akhirnya ramadhan pergi jua selepas 29 hari kita ditarbiahNya..berjayakah kita?hanya Allah yang Maha Mengetahui.ramadhan pergi tanpa ucapan selamat tinggal, tanpa pelukan mesra, tanpa tangisan sayu..
"seandainya kamu beribadah krn Ramadhan, Ramadhan akan pergi, sekiranya kamu beribadah kpd Allah, Allah hidup tak mati-mati" ~ Yusuf Al-Qardhawi
apa yang diamalkan sepanjang bulan ramadhan cubalah untuk istiqamah di bulan lain.moga kita menjadi yang lebih baik dari yang sebelum ini walaupun seinci kita berubah..
biasanya di hari mulia ini kita menziarahi kubur datuk nenek yang telah tiada.tahun ini saya berkesempatan untuk menziarahi kubur tokki dan tok serta mak sedara yang telah lama dijemput ilahi.sudah lama tidak berkesempatan untuk berziarah mereka.seingat saya kali terakhir ketika di sekolah menengah dahulu.
entah malam sebelumnya saya bermimpikan tok datang berjumpa.ummi kata kurang doa kut untuk tok.sesampai di kubur tengok sudah ada mereka yang membersihkan pusara mereka.saya lihat mata ayah sudah merah..kemudian turut mengaminkan doa yang dibacakan oleh ayahanda.
kepada semua pembaca..maaf dihulur tanda kemaafan andai ada tersilap bicara tersalah kata terkata tidak sengaja..moga kita semua kembali kepada fitrah yang suci selepas ramadhan ini..
sehari selepas pulang saya sempat mengikut ayahanda ke kota bharu kerana dia ade court case di sana.kes anak bunuh ibunya..tapi anak itu disahkan kurang sehat.so peguam takde soalan nak tnya kat ayah makanya kami pun dapat pulang awal.huhu.
sementara menunggu ayah di mahkamah saya dan ummi ke kedai Jaafar Rawas mencari bahan bacaan baru..here are my new books:
1)travelog haji mengubah sempadan iman by muhd kamil ibrahim 2)travelog dakwah meniti hari esok 3)salju sakinah 4)satu rasa dua hati by ust pahrol mat joi
ade beberapa wish list yang belum dibeli.koleksi terbaru dari ust hasrizal.belum berkesempatan untuk membeli.
kemudian dengan tidak dirancang ayah mengajak saya ke rumah cik nut.sesampai dirumahnya saya cuba call..dia kata dia baru sahaja keluar.surprise tidak menjadi..hahaha..takpe2 kurang saya da kenal rumah dia..
ditengah jalan singgah membeli akok.semasa singgah solat zohor di jerteh saya kagum dengan binaan masjid hadhari.besarnya.siap ada lif walaupun setingkat.ada aircond lagi..tapi menyedihkan jemaahnya yang pasti hanya satu saf..
~mengharapkan berjaya melalui universiti ramadhan~
alhamdulillah syukur pada yang Esa kerana limpah dan kurnianya saya selamat sampai di bumi malaysia.cumanya terlalu letih..sakit pinggan kerana duduk yang terlalu lama dalam flight..tambahan kerusi egypt air yang kurang selesa dan cuaca yang kurang baik menyebabkan flight seakan bergoyang apabila berlanggar dengan awan dan ditiup angin.hanya doa yang mampu dipanjatkan pada masa itu..
perjalanan yang mengambil masa hampir 13 jam dari cairo ke kuala lumpur memenatkan dan memboringkan..hanya tidur makan dan tidur kembali.pesawat tidak menyediakan kemudahan skrin tv untuk setiap seat.yang paling terseksa adalah mereka yang duduk di tepi tingkap.terpaksa memanjangkan leher untuk melihat skrin tv ditengah2..
melangut di klia lebih kurang 7 jam menunggu flight ke terengganu..abg ja n kak sa datang menjenguk sambil2 mengambil jubah yang dikirim.budak2 ber3 tu sudah mengantuk..
apa pun syukur saya selamat sampai.sesampai di lapangan terbang sultan mahmud saya disambut oleh ummi dan ayah serta nenek.huhu.sebak pula.sesampai di rumah,mengemas bag takut2 buah yang dibawa membusuk.alhamdulillah ok..
kemudian surf internet untuk menonton siri yang tertinggal dalam nur kasih..lepas zohor saya melelapkan mata sekejap sebelum pulang ke rumah nenek utk berbuka puasa.petang itu sebelum sampai di rumah nenek saya singgah di rumah aimi untuk menghantar kiriman kepada ibundanya..alhamdulillah amanah tersebut telah selesai.tinggal perfume cik nut sahaja belum diberi..
saya dijamu dengan pelbagai juadah.dari kueh kepada beberapa jenis lauk.seronok berbuka ramai2 dengan pak sedara mak sedara dan sepupu.hilang penat.best.sebulan duduk makan sorg2 and 2 dengan zura..huhu..rasa air tangan dari org2 kampung memang best..huhu..will be waiting for the next makan besar on da last day of ramadhan!menunggu sanak saudara pulang ke kampung halaman.
tarikh keramat yang biasa menjadi pilihan untuk dijadikan hari istimewa oleh insa-insan yang bakal bertukar status.kalau tahun lepas 080808 menjadi pilihan namun ini tidak kedengaran pula 090909 menajdi rebutan disebabkan ia jatuh di bulan ramdhan.mana ade orang buat kenduri walimah di bulan puasa ini..hehe..
090909 juge bumi mansoura bertambah sepi dengan kepulangan sebilangan besar pelajar tahun 2 yang telah tamat exam pada hari sebelumnya.cuma yang masih terus berjuang adalah mereka di tahun 3 dan di tahun 1.semoga terus tabah dan bersemangat utk berjuang walaupun melihat sahabat-sahabat mereka pulang.
kepada yang tidak pulang, teruslah mengutip mutiara ilmu dari sekolah kehidupan di bumi barakah ini.mungkin rezeki anda masih belum ada untuk pulang.rindu pada keluarga adalah perkara sinonim dengan pelajar yang belajar jauh dari keluarga.kalau ditnya budak2 yang jauh di luar negara mereka lebih faham dan lebih tahu apa itu rindu pada keluarga.
bukan saya nak membezakan antara belajar dalam dan luar negara.cumanya di dalam negara..kalau kita sakit,sekejap sahaja sudah boleh sampai ke rumah.tapi jika berada di luar negara setiap tahun pelru dikira dari segenap aspek jika mahu pulang.aspek yang paling utama adalah duit.jika mereka yang berkemampuan dan bertajaan tidak perlulah ditanyakan.lebih dari separuh akan mengatakan ya utk pulang sejak dari mula semesta lagi..
menempuh perjalanan beribu batu yang memakan masa berbelas jam memang memenatkan dan meletihkan.siapa kata seronok naik flight lama2.tambah2 dengan keadaan sekarang H1N1..sudah pasti keselamatan dan kesihatan pula diambil kira.
bagi saya pulang setiap tahun tidaklah menjadi masalah kerana saya bertajaan dan jika tidak cukup badjet parents boleh tolong top upkan.pulang adalah untuk me'recharge' energy yang hampir empty untuk bekalan setahun kemudian.pulang juga utk melihat dan menjalin ukhwah dan silaturahim sesama keluarga dan sahabat handai..
kalau yang punya adik beradik sedar tak sedar adik2 mereka sudah besar.hilang nikmat masa melihat adik membesar.dan keluarga semakin bertambah besar dan mungkin juga berkurang atas kelahiran dan kematian..
selamat pulang sahabat-sahabat.daku bakal menyusul 2 3 hari lagi..semoga selamat semuanya..saya tinggalkan anda dengan lagu
Krisdayanti - Mencari Cinta (OST Ketika Cinta Bertasbih)
sedar tak sedar syaaban sudah sebulan pergi meninggalkan kita..kini ramadhan kembali menjengahkan tabir..petang ini syaitan dan iblis serta konco-konco nya akan diikat dan dibelenggu selama sebulan.bulan yang menyaksikan pesta ibadah dan promosi untuk mengutip saham pahala yang berlipat kali ganda.
(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barang siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Karena itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.
bulan yang di mana di dalam terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu malam.bulan yang pahala dilipatgandakan.bulan tarbiyyah.bulan yang doa dimakbulkan tanpa halangan.banyak lagi kalau ingin dinukilkan disini.yang pasti janganlah kita melepaskan peluang untuk merebut sebanyak mungkin saham akhirat.
kali ini saya merupakan kali ke 3 saya berpuasa di bumi mesir.puasa di sini lebih meriah jika dibandingkan dengan tanah air tercinta.meriahnya bukanlah dari segi pesta makanan ketika berbuka dengan juadah yang pelbagai di bazar ramadhan ataupun pelbagai hotel yang mengadakan promosi makanan dengan puluhan menu.bukan juga dengan ramaiya orang ke pasar raya untuk memborong dengan harga runtuh!(elakkan pembaziran ye kawan2)
tetapi meriahnya mereka berlumba-lumba membuat persiapan rapi untuk menyambut bulan mulia ini.baju untuk ramadhan siap dijahit sebelumnya.tidak seperti kita...hanya ada baju untuk eid sahaja.rumah dibersihkan dan disusun atur rapi.tanglung dan lampu serta pelita dipasang disepanjang lorong.banner,poster,kain rentang dan flyers direntangkan di lorong2 dan masjid2 tentang fadhilat dan hebatnya bulan ini.
tidak kurang dengan golongan bangsawan di sini.mereka menjemput segenap pelusuk kampung termasuk kami golongan pelajar asing untuk berbuka bersama mereka.mereka mahu merebut pahala memberikan makanan pada mereka yang berpuasa sama seperti pahala orang yang berpuasa.tilawah dan qiamulail dijadikan wadah lengkap di setiap masjid bermula dari satu ramadhan lagi.
last but not least, saya ingin mengucapkan RAMADHAN KAREEM! kepada semua umat islam seluruh dunia.meriahkan bulan ini dengan amalan2 wajib dan sunat.moga kita semua mendapat ijazah dari universiti ramadhan ini..
Setting NIAT, Upgrade IMAN, Download SABAR, Delete DOSA, Approve MAAF & Hunting PAHALA. BiaR Kita Getting GUEST LIST Masuk SURGA-Nya . Pulang ke kampung SURGA bersama! Guna Kereta JIHAD yang Berbahan Bakar ISTIQOMAH, dengan pemandu KEIKHLASAN, Melalui Jalan IMAN,, dan jangan lupa bawa peta QUR"AN & SUNNAH,juga Bekal TAQWA....
muhammad izzat md kamal + wan aimi rashidah wan mokhtar
majlis berlangsung pada 24 julai 2009 di Kg.Sungai Derhaka, Kuala Terengganu.di rumah pengantin perempuan.akad nikah dilakukan sebelum solat jumaat.aimi merupakan perintis kepada batchnya..yang mana org sentiasa tertanya-tanya 2nd batch ni tak de ke yg nak anta wakil utk kawen..hehe..aimi juga perintis kepada bdk2 SHAMS spm 05.she da 1st among them. dia juga yg pertama kawen antara family yt yg kawen..
esoknya majlis di rumah pengantin lelaki di pasir mas, kelantan.izzat aka pokjat merupakan pengerusi perubatan mansoura bg 2 sesi 07/08 dan 08/09 manakala aimi merupakan penasihat pcm 08/09.keduanya merupakan org kuat pcm.(gmbr diatas kredit to alya.photographer berjaya on dat day.diambil dari facebook)lagi berita n cerita boleh di bace di sini..blog pcm..
muhammad ikram ishak + nurul huda abd aziz
pasangan kedua ini diijabkabul pada hari isnin yg lepas.ikram merupakan pelajar tahun 3 perubatan mansoura manakala kak huda baru sahaja menamatkan pengajian di universiti perguruan sultan idris.majlis di sebelah pihak lelaki bakal diadakan selepas raya insyaAllah..(gmbr kredit to ust.salman..diambil dari blog beliau)
fadhil + tina (sorry nama penuh xtaw)
pasangan ini merupakan pelajar semester 7 program mansoura manchester.tarikh yg tepat tidak dapat dipastikan.ikatan kasih dari pantai timur (terengganu-tina) dipateri kukuh berijabkabulkan pasangan dari selatan (fadhil-johor)..dgr cerita mahu mengadakan majlis kembali di mansoura..tercapailah hajat2 kami yg xkesampaian nk pergi ke majlis mereka.
syahid + amalina ismail
diijabkabulkan pada 19 mei 2009.merupakan pelajar perubatan di uia kuantan.amalina merupakan sahabat saya di dq dahulu.dia juga telah mengikut jejak langkah banat2 dq gen6 yg lain.amalina merupakan yg ke 3 batch gen6 yg mengakhiri zaman bujang selepas nurul dan atiq.ceritanya boleh dibaca di sini.
wardah roslan + faizal norhalim
wardah merupakan banat ke4 yg menamatkan zaman bujang dengan ikatan cinta yg halal.diijabkabulkan 1 Ogos 09 yg lalu.pasangan ini kedua-duanya berasal dari kelantan.wardah merupakan pelajar tahun 2 perubatan di uia.faizal juga merupakan pelajar perubatan di russia...
Baarakallahu lakuma wa baaraka 'alaikuma jama'a baynakuma fil khairin
Semoga Allah memberkatimu dan mudah-mudahan mengekalkan keberkahan atas dirimu dan mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan.
p/s:
kredit to alya,hannah utk gmbr di facebook. do pray for my exam isnin 17 aug 2009.