Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Tuesday, March 17, 2009

salah siapa?

bismillahi walhamdulillah...

A: ala tak yah guna mushrif boleh tak?susah la?dah call 2 3 kali tak angkat pun...jom kita balik je la
B: dosa tak guna mushrif.

A: kenapa plak dosa?tak termaktub pun...
B: dosa sebab kita tak ikut apa yang pemimpin suruh.pemimpin kita kata suh guna mushrif untuk menjaga keselamatan.hadis n quran pun ada cakap kalau pemimpin itu masih mengamalkan apa yang islam suruh kita wajib mengikutnya.

ini adalah sebahagian perbualan saya dengan seseorang yang telah saya olah kembali.saya terdiam dan minda kembali berputar kenapa masalah mushrif ini tidak pernah luntur dan bila ia dibincangkan tidak pernah habis.kalau nak diikutkan saya ini bukanlah jenis yang ikut peraturan sangat.kadang-kadang selalu je tidak gunakan mushrif.bukanlah orang yang layak untuk berbicara persoalan ini.namun ini hanya bingkisan pendapat saya sahaja.

bukan apa malas nak menggunakah mushrif...dah mintak banyak kali tapi tak dapat dan tak bagi respond.sampai si pemanggil ni dah bosan tunggu.so last-last pergi la sendiri.lagipun malas dan tak mahu kacau waktu study mereka.manalah tahu si mushrif pulak banyak kerja.so terpaksa suruh orang lain menjadi mushrif ganti.tidak pun paling kurang akhowat dibagi muka masam kerana tidak suka dan rasa terganggu bila menjadi mushrif.

kalau dulu..mushrif ini mesti orang yang sama.call rumah mushrif yang bertanggungjawab then by the time nak pergi alih-alih muka yang sama juga yang menjadi mushrif.kesian la kat mushrif tu.penyataan di atas adalah sebahagian daripada common words yang keluar dari mulut-mulut pengguna mushrif (customers is always right).

kenapa kita tidak melihat menjadi mushrif itu satu amanah.amanah yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.jika seseorang melihat persoalan ini sebagai satu amanah dan tanggungjawab yang akan dibicarakan nanti mungkin mereka tidak mengambil lewa hal ini.malah perlu rasa bangga dan suka kerana dapat menambahkan pahala dengan kita menolong orang.

"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. "(Muhammad:7)

"
...Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. " (Al-Maa'idah:2)

perlu diingat bahawa orang yang tidak melaksanakan amanah ibarat sebelah kakinya di dalam neraka.manusia sahaja yang sanggup memikul amanah yang berat.tetapi mereka lalai dalam melaksanakan amanah tersebut.manusia sanggup menjadi khalifah di bumi Allah ini padahal sebelum itu, Allah telah menyoal gunung-ganang,para malaikat siapakah yang sanggup memegang amanah untuk menjadi khalifah.namun manusia yang lalai dan hina ini tanpa berkata tidak dengan segera bersetuju untuk memegang tanggungjawab berat itu.

jika Allah membalas ketidak amanahan kita dengan kekecewaan dan kedukaan jangan salahkan orang lain.sebaliknya tuding jari dan muhasabah diri sendiri dahulu.sudahkah kita laksanakah amanah Allah?amanah yang Allah pertanggungjawabkan seperti amanah untuk keluarga,sahabat,guru,persatuan,jiran dan masyarakat sekeliling?walaupun kita tidak suka dalam berpersatuan tetapi harus diingat mungkin Allah akan menguji kita sesuatu yang lain (spt kecundang dalam exam-nauzubillah) kerana kita tidak menunaikan hak Allah dalam berpersatuan.

jangan merasa berat untuk menolong ad-din Allah kerana kita tidak tahu dengan menolong orang lain maka Allah akan mudahkan jalan kita yang seterusnya.moga-moga dengan sekecil-kecil pertolongan kita pada agama Allah ini, Allah akan mudahkan kita menjawab exam nanti.ikhlaskan niat dalam kita membuat kebajikan supaya malaikat mencatit setiap nafas semasa kita membuat kebajikan dengan amal kebajikan dan pahala yang berganda.

~menulis bukan untuk mengata,menulis untuk membuahkan sedar buat yang lalai dan leka,buat yang lupa harus diingatkan...jom sama-sama kita check diri kita kembali..sudahkah kita melaksanakah hak-hak Allah??~

~top up pahala dengan iman dan amal~

Wednesday, May 7, 2008

--exam oh exam--

semalam terbace satu article kat web iluvislam..cam menarik je utk dikongsi..kepada yg exam..yg akan exam..sedang exam..dan telah exam..smoga kita semua diberi kejayaan yg cemerlang oleh Allah dlm setiap exam kita..rabbuna najahkum..

Buku-buku berselerak diatas meja. Nota-nota kuliah berterabur lari daripada susunan asalnya. Jadual peperiksaan menggantikan jadual kuliah yang dahulunya menghuni ruang kosong di bucu almari. Kawannya, si jadual ‘study’ bertenggek di sebelahnya sebagai peneman dan juga sebagai ‘reminder’ kepada si tuan pembuat jadual agar bersistematik dalam menguruskan waktu untuk belajar di saat-saat genting ini.

Tarikh-tarikh di kalendar di pangkahkan besar-besar agar jelas kelihatan kuantiti masa yang sudah hilang. ‘Exam’ sudah semakin dekat begitu juga dengan cuti musim panas. Gundah bercampur dengan girang. Gelojak kedua-dua perasaan mula berkecamuk. Mengelirukan.

Exam oh exam. Kenapa mesti wujudnya ‘exam’? Apakah rasionalnya ‘exam’? Dunia ini memerlukan ‘exam’ kah? Kenapa para akademik begitu taksub dengan istilah puaka ini sehingga terasa tersiksa pelajar-pelajar dibuatnya. Kesian mereka. Terpaksa mengharungi musim ‘exam’ seolah-olah mengharungi musim satu wabak penyakit. Ia datang dan pergi membawa segala macam jenis sindrom. Bagi mereka yang tidak tahan, lemah imun psikologinya, sindrom ‘stress’ dan kemurungan akan menghinggap seolah-olah taun yang merencam sistem pencernaan.

Malangnya, wabak ini wabak bermusim.Selagi berstatus sebagai seorang pelajar jangan harap ingin lari daripadanya. Kitaran ‘exam’ sentiasa berulang.‘Exam’ datang dan pergi tetapi perginya pasti kembali.

Oh tuhan, apakah ada ubat! Apakah ada vaksin yang mampu mempertahankan diri ini daripada wabak yang menakutkan ini?

Apabila datang musim ‘exam’ maka bermulalah wabak ini. Wabak ini begitu dahsyat. Semua pelajar pasti dijangkitinya. Semua pelajar pasti jatuh ‘sakit’. Ketika inilah ramai yang akan mula mencari Tuan ‘Doktor’. Ramai akan mencuri segala ruang yang ada untu berbicara kepada-Nya merayu agar dihulurkan bantuan dan dipermudahkan ujian. Tuan ‘Doktor’ memang sudah lali dengan keterbiasaan ini. Keterbiasaan dimana diri-Nya hanya diseru ketika musibah mendatang.

Namun demikian, rayuan bantuan yang dipinta secara ikhlas dan sopan pasti disambut baik oleh Tuan ‘Doktor’. Amat jarang sekali untuk Dia menolaknya. Tetapi, Tuan ‘Doktor’ tidak menghulurkan ubat seperti yang dipinta secara magik. Wujud dengan sekali hembusan mahupun mencul, entah dari mana, di telapak tangan secara tiba-tiba. Apatah lagi untuk melihat-Nya adalah sesuatu yang mustahil. Oleh sebab itu, ramai yang akan rasa kecewa. Tidak kurang juga ada yang rasa was-was, diracuni keraguan.

Walaupun begitu, usahlah kita kecewa, usahlah kita putus asa. Firman-Nya sahaja sebenarnya sudah cukup untuk melemahkan vektor jahat yang dibawa oleh wabak ‘exam’ ini. Percuma tanpa sebarang bayaran.



Kata-kata yang diberi bakal menyembuhkan dengan keizinan-Nya. Namun, tidak memadai sekiranya kata-kata-Nya diambil secara bulat-bulat sebagai penawar. Ubat tidak boleh menyembuhkan tanpa ada usaha. Usaha mesti datang dari pesakit itu sendiri bagi melengkapi terapi yang dimintanya.

‘Exam’ itu satu wabak dan wabaknya bermusim. Musimnya tetap dan datangnya dapat dijangka. Oleh sebab itu, ada sahaja masa untuk kita bersedia. Persediaan mental itu sudah tentu perlu dan persiapan bekalan ilmu untuk menghadapinya itu pastinya wajib. Berilah apa sahaja ubat pun tetapi jika diri sendiri yang menempah bahana, jika diri sendiri yang lalai dan menjerumus kepada kecelakaan tiada siapa mahupun apa yang dapat membantu.

‘Exam’ usah terlalu dirisaukan. Ya, ia memang satu wabak, satu perkara yang menakutkan. Tetapi, di sebaliknya ada manisan Rahmah yang menunggu untuk dihirup oleh mereka yang sabar dan yakin datangnya adalah satu ujian.

‘Exam’ usah terlalu dirisaukan. Walaupun ia sukar, sukarnya ada satu pengajaran. Satu pengajaran bagi mereka yang angkuh dan bongkak agar mereka sedar hakikat sebenar menjadi seorang insan yang perlu kepada tuhan, yang lemah tatkala dihurung musibah.

Hadapilah ‘exam’. Jadikanlah ia sebagai satu kayu ukur. ‘Exam’ akademik, jadikanlah ia sebagai tanda aras kefahaman kita terhadap sesuatu subjek. ‘Exam’ kenaikan pangkat, jadikanlah ia sebagai indikasi dedikasi kita terhadap sesuatu tugas. Namun, yang paling penting sekali, ‘exam’ takwa. ‘Exam’ terbesar yang graduasinya adalah graduasi segala graduasi. Sijilnya adalah sijil di atas segala sijil. Exam yang mengundang pahit kepada manis fantasi hidup di dunia yang penuh dengan ilusi. ‘Exam’ yang hanya ada dua kemungkinan;


"Lulusan syurga ataupun buangan neraka"

Sunday, April 27, 2008

.:{ilmu..carilah ia dengan hati yg bersih}:.

salam...

dikala fatrah imtihan yg bakal ditempuhi sahabat2..rata2 mereka xkluar rumah ataupn bilik utk menelaah..sampai hancur lumat..buku2..dihafal dihadam sebaiknya sebelum menjawab soalan2..yg bagai peluru meluncur laju menembak mangsa2nya..

masa nilah ramai yg melepaskan tensen dgn menjerit kat dalam bilik sorg2..bcakap sorg2..tdo pn kadang2 mimpi..melayari blog2..tgk video2 kat youtube..tp ade juga yg mencari Allah dikala itu..dgn menghayati ayat2 quran..moga dikurniakan ketenangan..

namun ingatlah sahabat2..carilah ilmu dengan hati yg bersih..ikhlas kerana Allah..utk mencapai redha Allah..kerana hati yg kotor menyebabkan ilmu itu payah tuk menerobos ke dasarnya..sempena musim imtihan ni perbanyakkan taqarrub pada Allah..serahkan semuanya pada Allah..usaha kerana Allah..kerana Dia Maha Mengetahu ape yg terbaik buat kita..kita hanya mampu merancang..tp Dia lebih mengetahui apa yg lebih baik buat kita..berharap..tawakal..doa sepenuhnya dgn Allah..kerana kita insan lemah..xpunya ape2..melainkan dgn apa yg dberi olehNya..

pesan imam syafie:

saudaraku:"ilmu tidak akan diperoleh melainkan dengan 6 perkara: kebijaksanaan, kesungguhan, punya kehendak, punya bekalan, menghormati guru, dan masa yg panjang"

“Kejayaan hakiki dalam menuntut ilmu adalah keberkatan dari pemilik ilmu tersebut.Bukti keberkatan itu adalah bilamana seseorang berjaya mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.Maka,berhasillah ilmu itu sebagai nur,pembimbing manusia menemui jalan kebenaran.Adapun natijah bertulis hanyalah penilaian kecil yang tidak harus diperkecil.Justeru,jadilah penuntut ilmu yang cemerlang lagi terbaik dari segenap aspek!”

ya Allah..

ajarilah aku ape yg aku tidak ketahui..
ingatkanlah ape yg aku lupa..
kurnia keberkatan dalam stiap ilmuMu..

kurniakan kejayaan yg cemerlang kepada kami smua..ameen!!!

-dikala merehatkan minda utk stdy histo pule-
1030pm..

Friday, April 18, 2008

::Menutup aurat bukan sekadar bertudung::


SOALAN

Menutup aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam.Bolehkah ustaz memberikan nas-nas dari al-Quran ataupun rujukan hadis yang menjelaskan balasan bagi wanita Islam yang tidak menutup aurat.

JAWAPAN

DALAM kamus Lisan al-Arab karangan Ibn Manzur menjelaskan makna tabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan perhiasan serta kecantikannya kepada lelaki. (Ibnu Manzur, Lisan al-Arab, jld:3, hlm:33).

Ini bermaksud apa sahaja perbuatan seorang wanita dalam menghiasi wajahnya serta tubuhnya supaya dilihat oleh orang lelaki dan ia termasuk juga memperagakan fesyen pakaian.

Dalam persoalan ini anda boleh lihat adanya tiga kategori wanita. Yang pertama, menutup aurat dengan sempurna. Kedua, menutup aurat tetapi tidak sempurna dan ketiga, langsung tidak menutup aurat.

Kumpulan pertama menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat.Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna. Kategori ini mutakhir ini cukup banyak.

Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertonton kepada orang.

Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita Muslim dalam persoalan menutup aurat masih cetek. Ungkapan "Daripada tak tutup langsung lebih baik tutup." Kata-kata ini, tampak baik, semacam positif, pada hakikatnya suatu yang dangkal.

Kenapa perlu dibandingkan dengan yang tidak menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah kira baik… Kenapa tidak dibandingkan dengan yang lebih sempurna dalam menutup aurat?

Itulah manusia yang banyak sangat beralasan dalam urusan dunia dibandingkan dirinya denga yang lebih baik, manakala dalam urusan agama membandingkan dirinya dengan yang paling teruk.

Tidak salah berfesyen dalam bertudung tetapi sebelum dilihat kepada aspek fesyen, adalah lebih baik dilihat aspek hukum. Mungkin ada yang berpendapat bahawa pandangan saya agak jumud. Tetapi suka saya nyatakan bahawa takut saya pada Pencipta mengatasi keinginan nafsu manusia. Cuba lihat diri anda yang sempurna kejadiannya, cantik, rambut ikal mayang, sihat dan sebagainya.

Manusia itu sempurna tidak kira lelaki mahupun perempuan. Siapa yang menjadikan manusia berpasangan, ada lelaki ada perempuan? Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah Allah SWT.

Dialah yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kamu wahai wanita hendaklah menutup aurat.

Suruhan ini bukan daripada saya atau mana-mana ulama atau mufti, tetapi suruhan ini datangnya daripada Allah yang menjadikan kamu. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitungnya nikmat tuhan, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - Wahai 'AhlulBait'dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji). (al-Ahzab: 33)

Seorang ahli tafsir mengulas ayat ini dengan berpendapat: "Tabarruj wanita bermakna dia (wanita) meletakkan penutup (kain selendang) atas kepalanya dan tidak mengikatnya sehingga boleh dilihat leher dan segala perhiasannya, termasuklah rantai dilehernya." (Ibn Kathir, jld: 3, hlm: 482-483).

Manakala Abu Ubaidah berpendapat: "Tabarruj bermaksud seorang wanita menampakkan kecantikannya yang memungkinkan orang lelaki ghairah."(Tafsir al-Alusiy, jld: 21, hlm: 8)


Ulasan ulama dalam ayat di atas serta kaitannya dengan perhiasan di zaman jahiliah. Maksudnya sebelum kedatangan Islam orang Arab perempuan memang sudah menutupi kepala mereka.

Setelah Islam menyinari bumi, dan lokasi sinaran itu ialah Mekah. Jadi masalah sosial juga berlegar dalam persoalan masyarakat hari itu.

Selepas turunnya ayat dari surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud: Dan hendaklah kami tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliah yang dahulu dan terus dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan daripada kamu, hai 'ahl al-bait' dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.

Lantaran itu, wanita-wanita Islam segera menutup aurat dengan sempurna sehingga tidak mendedah rambut, leher dan segala perhiasan di leher mereka. Inilah perbezaan yan ketara antara wanita Islam zaman ini dengan wanita Islam di zaman Nabi SAW.

Generasi al-Quran ini cukup unik dan dinamik. Apabila sampai sahaja perintah Allah SWT melalui al-Quran, mereka segera menyahut tanpa sebarang bantahan dan alasan.
Sebagai balasannya, Allah SWT menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, yang pastinya di atas sifat tunduk dan patuh kepada perintah dan suruhan Allah SWT, mereka kelak akan dibalas dengan syurga yang tidak tergambar nikmatnya.

Hari ini macam-macam alasan diberi untuk melepaskan diri daripada perintah Allah SWT.
Dulu, zaman Nabi SAW, orang-orang Arab kuat nafsu, sebab itulah wanita zaman itu kena berkelubung, pakaian warna hitam, tutup muka dan sebagainya. Kalau betul apa yang didakwa, minta tolong kemukakan kes-kes rogol dan pencabulan yang ada pada masa itu. Itu di zaman jahiliah.

Wanita Melayu juga pada satu ketika dahulu, mungkin awal 1950an, perempuan-perempuannya berkelubung dengan kain batik, bila dengar suara lelaki lari menyorok, tidak mudah keluar rumah.

Maksudnya pergerakan dan perwatakan mereka dikawal oleh kedua-dua orang tua. Adakah pada awal tahun 1950 banyak kes rogol, pencabulan, buang anak, gugurkan janin, anak luar nikah, lari dari rumah, kanak-kanak hilang dan sebagainya?
Keruntuhan moral, budaya dan ancaman luaran yang menyebabkan segala macam bencana manusiawi yang tidak pernah berlaku di zaman jahiliah dan juga di awal kemerdekaan berlaku hari ini.

Dewasa ini orang pakai tudung sempurna pun tidak selamat, ini pula sengaja mendedahkan aurat semacam bersedia untuk dibaham.

Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Adalah suatu yang salah kalau orang perempuan merasakan kaum lelaki akan tertawan dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.

Jarang pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Biasanya pembeli akan memilih kuih tertutup dengan tudung saji. Kecantikan dan rupa paras yang Allah SWT berikan adalah untuk tontonan suami bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah.

Monday, March 17, 2008

--kisah rabiatul al-adawiyyah dengan 2 orang tetamu--

salam mujahadah utk semua..

di sini saya ingin berkongsi satu cerita dengan pembaca sekalian..cerita ini saya dengar semasa di dalam lecture..sambil menunggu kedatangan doctor..masa diisi dengan tazkirah pendek dari ikhwah..

ceritanya bermula..

pada suatu hari rabiatul adawiyyah didatangi 2 orang tetamu ke rumahnya.kemudian beliau menjamu 2 orang tetamunya dengan 2 keping roti.sebelum sempat 2 orang tetamunya menjamah roti tersebut datanglah seorang peminta sedekah yang sudah beberapa hari tidak menjamah sebarang makanan.maka rabiatul adawiyah memberi kesemua roti tersebut kepada peminta sedekah terbabit.

2 orang tetamu rabiatul adawiyah pun merasa hairan kenapa rabiatul adawiyah memberi kesemua roti tersebut kepada peminta sedekah itu.kenapa tidak menyimpan sekeping untuk dimakan dan dibahagikan antara mereka berdua...

tidak lama selepas itu datang seorang pesuruh raja yang datang menghantar 18 keping roti kepada rabiatul adawiyah.namun rabiatul adawiyah menolak permintaan 18 keping roti tersebut dan menyuruh pesuruh raja terbabit mengembalikan kembali semua roti itu kepada raja.2 orang tetamunya itu bertambah hairan dengan penolakan rabiatul adawiyah itu.kemudian pulanglah pesuruh raja itu bertemu dengan raja.

sesampai di istana pesuruh raja itu lalu menkhabarkan bahawa rabiatul adawiyah tidak mahu menerima roti-roti pemberian raja tersebut.raja naik murka..lalu pesuruh raja itu mengaku bahawa dia telah mencuri 2 keping roti dari 20 keping roti yg sepatutnya sampai kepada rabiatul adawiyah.kemudian pesuruh raja itu dihukum dengan menghantar kembali 20 keping roti kepada rabiatul adawiyah..

rabiatul adawiyah tidak mahu menerima 18 roti yg diberikan raja pada mulanya kerana beliau yakin bahawa Allah akan membalas satu sedekah yg diberikannya kepada peminta sedekah yg kelaparan itu dengan 10 kebaikan..kerana beliau benar-benar yakin dengan Allah..beliau telah mendapat kembali 20 keping roti yg dianggap sbg pemberian Allah kepadanya..

moral dari cerita ini:

daripada cerita ini kita hendaklah ikhlas apabila memberi sedekah.tidak mengungkit apabila sedekah diberikan.tidak meletakkan dalam fikiran apabila kita bersedekah maka duit yg ada pada kita akan berkurang.sebaliknya yakinlah dengan Allah..DIA akan membalas kembali pahala sedekah kita dengan benda yg lebih baik..jom tanamkan dalam hati sifat suka bersedakah..

p/s:infaqlah utk palestine..

Monday, February 25, 2008

--The Making of True Muslimah--

KETENTUAN-KETENTUAN ALLAH TERHADAP ISTERI NABI

28. Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: "Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut'ah[1212] dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. (al-ahzab:28)


[1212]. Mut'ah yaitu: suatu pemberian yang diberikan kepada perempuan yang telah diceraikan menurut kesanggupan suami.

alhamdulillah pd ptg jumaat lalu sy telah diberi kesempatan oleh Allah utk menghadiri satu majlis ilmu yg diberi tajuk the making of true muslimah..yg didiskusikan oleh ust.salman maskuri..antara intipati yg dipelajari dlm majlis tersebut adalah mengenai cara bagaimana nk menjadi muslimah sejati..ust ada mengariskan 10 perkara utk menjadi true muslimah..ikuti kupasan lanjut di bawah..

1 - mempunyai hala tuju yg betul..meletakkan akhirat sbg matlamat utama bukan dunia sbg pegangan utama dalam hidup..
teringat lirik lagu: muslimah sejati akhirat utama
kerana dunia bukan pilihannya
mujahidah sejati hatinya berbeza
kerana daiasuh iman dan taqwa

2 - mempunyai akidah yg mantap dan benar contoh teladan yg boleh kita ambil dari seorg syahidah pertama dalam dunia islam iaitu sumayyah (keluarga yasseer).sumayyah sayyidatul syuhadaa kerana sanggup syahid demi mempertahankan akidah islam yg dianutinya walaupn terpaksa berkorban nyawa..

3 - mempunyai ilmu
nabi saw bersabda : sebaik-baik wanita adalah wanita ansor kerana mereka tidak
malu keluar mencari ilmu agama.
utamakan fardhu ain..jgn lupa kefardhuan yg lain.
manage time utk mencari ilmu..pandai bahagikan masa dgn tanggungjawab yg digalas
kumpul ilmu sebanyak mungkin utk bekalan masa hadapan.

4 - mempunyai semangat utk intim dgn Allah.
bersungguh-sungguh beribadat dan qiamullail..
membuat hubungan yg baik dgn Allah
jaga puasa
sentiasa ingat Allah xkira senang atau susah.

5 - wara'-->jaga dari perkara2 haram dan syubhat.

6 - wanita yg banyak sedekah.

7 - wanita yg jaga dirinya dari fitnah lelaki.
*jaga pakaian,suara,malu dan cara berjalan.
*rasa bahawa Allah melihat.
*jaga percampuran antara lelaki dan perempuan.
*teman yg baik kepada kawan2 yg lain.
*kurangkan mengumpat..
*jaga rahsia

8 - wanita yg berjuang menegakkan islam

9 - org islam lelaki dan perempuan kena saling tolong-menolong
*amar makruf nahi mungkar
*nasihat menasihati
*prihatin dgn kesusahan wanita yg lain

10 - menjadi isteri yg baik kepada suami.
*siapkan diri utk jadi perempuan yg baik.
*lidah yg sentiasa berzikir.
*bersyukur dgn nikmat Allah.
*jadi isteri yg baik.
*mendorong suami utk perkara kebaikan.
*kalau kamu layan baik,ikut suami suruh,cari redha pahala sama dgn org yg
berjihad.
*mengembirakan suami semasa dipandang.
*taat kepada suami.

Friday, December 28, 2007

--Fadhilat Menuntut Ilmu--

1-surah ali-imran ayat 18:

Allah menyatakan bahawa tiada tuhan yg selain Dia;(demikian pula) para malaikat dan org yg menuntut ilmu yg menegakkan keadilan;tiada tuhan selain Dia,Yang Mahaperkasa,Mahabijaksana.

Allah memuliakan org yg menuntut ilmu pada tangga ke-3.yg pertama adalah Allah.yg kedua adalah malaikat.

2-surah al-mujadalah 11:

wahai org2 yg beriman!apabila dikatakan kepadamu, "berilah kelapangan di dalam majlis2,"maka lapangkanlah,nescaya akan memberi kelapangan utkmu.dan apabila dikatakan,"berdirilah kamu,"maka berdirilah,nescaya Allah akan mengangkat (darjat) org2 yg beriman antara kamu dan org2 yg diberi ilmu beberapa darjat.dan Allah Mahateliti apa yg kamu kerjakan.

Sunday, December 16, 2007

--ape itu bid'ah??pendapat izzuddin assalim(sultanul ulama'=sultan kpd ulama'2)--

alhamdulillah syukur seinfiniti dgn nikmat kurniaan Allah pada kita semua..nikmat yg paling besar dlm hidup ini adalah nikmat iman n islam..alhamdulillah..

skadar perkongsian ilmu yg sy dpt dr kawan yg menghadirkan diri utk kls tafsir n tawheed yg diadakan stiap pg oleh ust salman..

syukur krn walaupn xdpt pergi ke kls tersebut pg td kerana Allah amik nikmat kesihatan sekejap..namun masih ade kesempatan bg sy utk mendengar ilmu tersebut dr org lain..alhamdulillah..

bid'ah

dari segi bahasa bermaksud apa2 yg direka tanpa ada wujudnya sbelumnya itu.
dari segi syariat bermaksud apa2 yg diperbaharui yg menyalahi syariat.

dibahagikan kpd 5:

(1)-bid'ah wajib: iaitu bid'ah yg wajib dilaksanakan sprti contoh pembukuan al-quran dlm mashaf.ia tidak dilakukan di zaman rasulullah.sbaliknya hanya ditulis di atas kulit2 kayu n batu utk tujuan penghafalan.atas initiatif oleh khalifah uthman bin affan al-quran telah dibukukan dlm satu mashaf yg diambil name sempena nama beliau iaitu mashaf uthmani.tujuan pembukuan al-quran ini adalah utk mengekalkan al-quran supaya boleh diturunkan oleh kpd generasi akan dtg.disbbkan oleh ramai para huffaz telah syahid di medan perang khalifah uthman takut akan hilangnya al-quran di muka bumi.namun Allah telah menetapkan bahawa salah satu mukjizat al-quran ialah kekal hingga akhir zaman dan Allah akan menjaganya supaya xhilang dari muka bumi ini..
berkat cetusan idea oleh khalifah uthman dan mukjizat al-quran kita masih lagi dpt membaca al-quran yg di turunkan kpd nabi saw.

(2)-bid'ah haram: iaitu org jahil xmempercayai ulama.lebih mengagungkan artis pelakon dari ulama.mereka kadang2 mencaci,menghina dan mengabaikan ulama dalam menetapkan hukum syariat.tidak menghormati org tua.skrg ramai antara org2 yg berjaya mengabaikan ibu bapa mereka.ada yg sanggup menghantar mereka berdua yg telah bersusah payah membesarkan,menyekolahkan,memberi wang shingga berjaya ke rumah2 org2 tua dan membiarkan mereka tnpa dijenguk.sama2 lah kita menjauhi perkara ini..

(3)-bid'ah sunat: iaitu seperti solat terawih berjemaah pada bulan ramadhan di masjid2.krn para sahabat yg menlakukan perkara tersebut.krn rasulullah saw xmewajibkn perkara tersebut.jika baginda saw mewajibkan maka akan menyusahkan ummatnya..maka yg disarankan adalah dgn berjemaah di rumah di mana suami menjadi imam kpd isteri dan anak2..ape salahnya kita ikut benda yg baik,selain dapat bertaaruf dgn jiran2 di masjid kita jugak boleh beriktikaf di masjid yg mempunyai pahala dan ganjaran yg besar.

(4)-bid'ah makruh: menetapkan hari utk melakukan ibadat2 tertentu.contohnya menetapkan tiap2 malam jumaat sahaja perlu membaca surah yaasin.tidak pada malam2 yg lain.jika benda tu baik.maka kita hendaklah istiqamah melakukannya.tidak hnya menetapkan pada hari2 atau waktu2 tertentu sahaja.

(5-bid'ah harus: dalam bab makan dan minum.rasulullah saw hanya makan 1/3 sahaja dari perut baginda.baginda apabila baginda lapar dan berhenti sebelum kenyang.kita boleh amik pengajaran dari perkara ini kerana kita makan untuk hidup dan bkn hidup utk makan.manakala 1/3 untuk air dan minuman dan 1/3 lagi utk udara.

wallahu'alam..
smoga jadi iktibar dan pengajaran.

kitab nur zhulam..

Tuesday, November 20, 2007

--cara menutup aurat yg dituntut oleh islam--




BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?

Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.

Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)

Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.

Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..

"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."

Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :

ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء

Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )

Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.

Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

‘Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini

Larangan Nipis

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)

Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.

Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-

يرحم الله المتسرولات

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)

TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-

" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)

Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-

a) Perbezaan dengan binatang.

Allah SWT berfirman :

" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

b) Agar kaum wanita tidak disakiti

Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.

c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.

Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »

Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »



d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.

Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.

e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.

Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.

Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW

من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?

adapted from:


by
nur_izz

Sunday, November 4, 2007

--HE knows BEST--



jgn bersedih jika anda tidak mendapat ape yg anda inginkan..tp bersyukur lah dgn ape yg ade..keep on praying..He will answer your prayer within da suitable time He decide not wat u r decide..insyaAllah..

spt dalam firmannya...berdoalah kepadaku..nescaya aku akn kabulkan..tidak di sini kte akan dapat balasan di sana..insyaAllah..

Thursday, November 1, 2007

--ikhlas--

ikhlas...satu perkara yg kadang2 kte sbgai insan yg bergelar muslim hanya memandang enteng perkara ini.kdg2 terfikirkah kalian bahawa terima atau tidaknya satu2 ibadah dan amalan kte adalah dgn ikhlas kepada Allah..selain niat..ikhlas merupakan satu elemen penting dalam ibadah.


ikhlas patut diterapkan dan diamalkan dalam kehidupan seharian..namun,bercakap atau menyebutnya begitu senang..n cukup payah untuk dipraktikkan..kerana ikhlas merupakan ibadah hati..hanya Allah yg menilainya..tidak pada manusia..manusia hnya mampu mem'gred'kan pekerjaan seseorg dgn A+..A..B..C..mumtaz..jayyid jiddan..jayyid..bagus..ahsan..baik..dan sebagainya..tp yg menilainya hanyalah Allah..

oleh itu kte sbg sorg hambaNya perlulah ikhlas melakukan amal dan pekerjaan supaya mendapat ganjaran yg baik di akhirat kelak..

sbg contoh..ikhlas kan niat kte dalam menuntut ilmu Allah ini..ape yg kte korbankan dan perjuangan dalam menuju jihad ilmu ini biarlah hanya Allah yg menilai..buat la ape sahaja yg kte mampu tp ikhlaskan niat kpd Allah..biarla ape yg org nk kate kat kte..tp yg penting Allah lah yg menilainya..

pesanan buat tngan yg menulis dan mata yg melihat juga..smoga kte same2 amalkan..muhasabah la stiap amalan kte..

Friday, February 23, 2007

_tanggungjawab jihad_

Sabda Nabi s.a.w Maksudnya: "Sesiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang (jihad) dan tidak pernah berlintas dalam dirinya untuk berperang (berjihad), maka dia mati atas satu cabang nifaq (kemunafikan)" *1

Huraian..

Hadith ini memasukkan mereka yang tidak menyertai jihad atau berhasrat menyertai jihad sebagai golongan yang mati di atas satu cabang dari nifaq (sifat munafiq). Ini kerana sifat golongan munafik sejak pada zaman Nabi S.A.W. takutkan dan enggan menyertai perang jihad.

Perkataan jihad di dalam Islam memang luas maksudnya. Ianya merangkumi, jihad harta benda, pendidikan, dakwah dengan lisan, penulisan dan seumpamanya. Namun apabila kita menyebut peperangan atau di dalam bahasa Arabnya al-Harb, atau disebut sebagai al-Jihad al-Qitali iaitu jihad peperangan atau mungkin diterjemahkan sebagai perang jihad maka kita maksudkannya ialah peperangan menentang musuh demi menegakkan al-din dengan senjata. Kata al-Zurqaniy (wafat 1222H):


"Jihad di segi syarak ialah mencurahkan tenaga dalam memerangi golongan kuffar" *2


Islam tidak memerangi golongan kuffar melainkan dengan alasan yang kukuh iaitu pencerobohan atau kemelampauan terhadap umat Islam. Inilah pegangan jumhur (majoriti) ulama bahawa `illah (punca) sebenar mereka diperangi ialah (al-Hirabah) iaitu kerana penentangan dan peperangan yang mereka lancarkan. Oleh itu, bagi golongan non-muslim yang tidak melancarkan peperangan dan permusuhan mereka terhadap umat Islam, maka mereka tidak diperangi dan dibunuh. Antara dalil-dalil dalam perkara ini ialah ayat-ayat berikut:

Firman Allah :


(maksudnya): "Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas" (Surah al-Baqarah: ayat 190)

Juga ayat 36 daripada Surah al-Taubah:

(yang bermaksud): "Perangi golongan musyrikin itu keseluruhannya seperti mana mereka mereka memerangi kamu keseluruhan".




Pengajaran Semasa

1. Umat Islam hari ini adalah bertanggungjawab untuk membela saudara muslim yang sedang ditindas di serata dunia. Jihad dalam peringkat sebegini boleh mencapai ke peringkat fardu `ain, terutama ke atas bahu para pemerintah umat.


2. Jika kita tidak mampu untuk membela saudara kita kaum muslimin lain yang tertindas disebabkan halangan-halangan yang ada, maka kita hendak berazam satu hari nanti untuk melaksanakan tanggungjawab itu apabila Allah membuka ruang untuk kita.


3. Antara tanda umat Islam berazam membela saudara mereka yang tertindas ialah dengan cara membina kekuatan persenjataan negara-negara umat Islam dan memastikannya berada di tangan mereka yang berhasrat membela umat.


..diri kita di mana...?

adaptasi..
nur_izz

Thursday, February 1, 2007

-ayat ke-58 surah yaasin-

ﺴﻟﻡ ﻘﻮﻻ ﻤﻦ ﺮﺐ ﺮﺤﻴﻤ

diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan maha kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku.

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang dan mencintai islam.

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan penghantar maklumat yang aku dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin.

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang beriman kesihatan zahir batin.

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan AMINNNNN.