Showing posts with label medical. Show all posts
Showing posts with label medical. Show all posts

Saturday, May 2, 2009

Diam, senyum dan diam sahajalah wahai doktor!

bismillahi walhamdulillah...

just read it from this blog Dr.Nur Izah's Weblog.

Doktor cuma ‘berdiam’ bila rakyat kritik khidmat mereka


Doktor cuma ‘berdiam’ bila rakyat kritik khidmat mereka

PENDEDAHAN berhubung isu penemuan dua doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) ‘mencuri tulang’ oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan sedangkan lebih 20 orang pesakit masih menunggu dalam kesakitan - memang menghangat.

Susulannya, pelbagai pihak lain turut mendedahkan versi pengalaman dengan doktor di hospital kerajaan. Semua doktor hospital kerajaan telah dicemuh oleh masyarakat.

Tetapi akhirnya lain pula cerita sebenarnya. Dua doktor yang dituduh curi tulang itu sebenarnya doktor pelatih yang baru habis bertugas sejak hari sebelumnya. Bilangan pesakit yang menunggu hanya lapan orang (selebihnya ahli keluarga yang menunggu).

Inilah bahana apabila membuat tuduhan tanpa usul periksa. Tidak rasa sedih dan terhinakah doktor dituduh sedemikian. Sedangkan kita tahu mereka bertugas dengan dedikasi, merawat pesakit berbilang kaum tanpa jemu, bekerja siang mahupun malam tanpa hirau penat dan lesu - tiba-tiba dituduh secara melulu sedemikian!

Jika ada pun doktor yang bersikap ‘curi tulang’ jangan dibuat andaian semua doktor begitu. Tempias nama buruk terpalit kepada institusi hospital kerajaan.

Pada hakikatnya ramai doktor masih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

Sebagai rakyat Malaysia, mungkin kita pernah menjadi pesakit di hospital mahupun di klinik-klinik kerajaan.

Soal menunggu lama adalah lumrah kerana kita maklum jumlah pesakit yang ramai. Cuma sikap sewaktu memeriksa pesakit perlu dilakukan dengan penuh dedikasi - bukan menunjukkan reaksi kurang selesa dan kurang berminat untuk merawat pesakit.

Pun begitu, kita percaya masih ramai doktor yang komited dengan tugas mereka. Mungkin hanya satu dua orang sahaja yang tidak beretika dan sanggup mencalitkan lumpur kepada nama baik hospital.

Doktor dan pembantunya, jururawat telah diberi kursus dalam membentuk etika yang baik sewaktu bertugas. Mereka tahu cara untuk berhadapan dengan jumlah pesakit yang terlalu ramai termasuk melayan pelbagai kerenah pesakit.

Petugas di hospital kerajaan harus memberi layanan terbaik kepada setiap orang tanpa mengira status dan kedudukan. Jangan kerana pesakit terdiri dari golongan kurang mampu dan ditempatkan di kelas kedua atau ketiga, mereka dilayan bagai orang yang tiada perasaan - diherdik dan ditengking sesuka hati.

Profesion doktor cukup mulia. Tetapi naluri manusia sentiasa mahu dilayan dengan cepat dan tidak sabar jika terpaksa menunggu lama.

Perkara ini dilalui oleh para doktor. Bilangan doktor tidak pernah bertambah. Seorang rakan yang memilih bidang ini pernah meluahkan ‘tidak ada masa yang cukup’ untuk mereka.

Ada masa mereka terlepas waktu makan tengah hari. Kalau mahu ke tandas pun perlu bergilir-gilir. Perkara-perkara seumpama itu adalah biasa bagi seseorang doktor.

Namun, kita belum lagi mendengar doktor menjerit marah kerana kepenatan. Belum pernah kita lihat mereka memberontak dan mogok tidak mahu merawat pesakit.

Kita pun tidak pernah melihat para doktor berpiket menuntut hak mereka. Tak dengar oun mereka meminta dihargai. Sebaliknya mereka terus bekerja penuh dedikasi siang dan malam tanpa jemu merawat pesakit.

Sebenarnya tidak ramai antara kita sedar bahawa waktu bila doktor bekerja. Mereka memulakan tugas sebelum pukul 8 pagi, dan jika on call kena bertugas hingga 36 jam.

Banyak masa mereka korbankan untuk pesakit daripada bersama di sisi ahli keluarga, ibu bapa dan anak-anak.

Mereka tidak pernah merungut tentang gaji. Tidak ada siapa antara kita yang serius memikirkan soal menjaga kebajikan doktor.

Sekarang, amat jarang pesakit atau waris pesakit yang mengucapkan ‘terima kasih’ kepada doktor. Sebaliknya ada pesakit yang berani menghentak fail ke atas kepala doktor semata-mata kerana tidak diberi cuti sakit.

Tetapi doktor hanya diam, senyum dan meneruskan kerja. Bukanlah bermakna mereka tiada perasaan. Sebaliknya mereka dididik dan dipesan untuk bersabar dengan semua kerenah pesakit.

Jangan kerana desakan sesetengah pihak berkepentingan tertentu, mereka ini dijadikan mangsa dan bekerja dalam tekanan. Kelak ia hanya mendatangkan masalah kepada diri doktor, keluarga dan pesakitnya.

Mulai hari ini dan mengambil semangat baru sempena Hari Pekerja semalam, eloklah kita ringankan mulut untuk mengucapkan terima kasih kepada setiap doktor yang merawat kita.

p/s: wahai doktor, kamu perlu kelihatan super bertenaga, super mesra dan super ceria walaupun telah bekerja, bersekang mata, membanting tulang lebih dari 48 jam…hati-hati kalau nak selak akhbar yang ditinggalkan pesakit, atau meneguk air mana tahu ada pak menteri akan menangkap kamu…kalau rakyat Malaysia tahu gaya doktor Arab bekerja, baru mereka tahu menilai doktor di Malaysia, barangkali tak larat mereka nak buat aduan, kerajaan Arab pun tak larat nak layan rungutan-rungutan yang berkali ganda berlambak-lambak. Patut pun orang Arab suka doktor dari Malaysia…patut juga bos-bos saya di hospital dulu sangat-sangat menggalakkan saya berkhidmat di tanah Arab, mungkin lebih dihargai…

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Nur Izah Ab. Razak

8 Jumadul Ula 1430@ 3 Mei 2009

Madinah Al-Munawwarah.

Saturday, April 18, 2009

practical physiology



~exam fever:zero lazy~

bismillahi walhamdulillah..

baru sahaja pulang dari exam practical physiology..sujud syukur saya pada Pemberi Ilmu kerana Dia telah memberikan ilmuNya kepada saya tadi..2 hari sebelum ini saya kurang sihat.perubahan cuaca yang menandakan summer telah datang memberi sedikit impak kepada saya.

rasanya tahun-tahun sebelum ini pun saya mengalami demam setiap kali sebelum final exam bermula.teringat time 1st year..demam 2 hari terlantar tidak boleh bangun sehinggakan makan pun bersuap oleh housemate.tahun lepas pun saya demam tapi tidaklah seteruk mana.cuma panas-panas biasa sahaja

2 hari sebelum exam saya rasa kurang sihat.kepala berpusing,sakit tekak dan badan rasa panas sejuk panas sejuk.setelah dipaksa menelan panadol dan vitacid oleh housemate barulah saya makan.tu pun setelah puas mendengar leteran ciknut,cik amani n cik arah.
last year exam..tak cukup meja study:P

oleh itu, saya tidak dapat membuat persediaan secukupnya.'kalaulah'..masa boleh berputar kembali ingin saya persiapkan diri dengan sebaiknya.namun pada malam sebelum exam sakit kepala datang lagi.akhirnya malam itu saya hanya tidur dan tidak menelaah sedikit pun.cuma saya hanya berdoa pada Allah supaya berikan saya soalan yang saya dapat jawab dengan baik.tidak ambil kisah tajuk mana asalkan saya tahu apa yang akan saya jawab.

alhamdulillah Allah mendengar permintaan saya..semasa cabutan no soalan saya tidak banyak memilih.hanya mengambil no yang telah terbuka di depan mata 89..then bergerak menuju mencari di mana letaknya no soalan terbabit.saya dapat soalan berkenaan basal metabolic rate (bmr) dan vibration sense.mulakan menjawab soalan dengan bismillah di atas kertas sebelum doktor datang ke tempat saya untuk menyoal.

saya di'examine' oleh doktor perempuan yang mengajar kami digestion last part.antara soalannya ialah

  • what is tract of vibration sense?-gracile and cuneate tract
  • what is another sense carried by gracile and cuneate tract?-fine touch,fine pressure,consious proprioceptive
  • what is mean by bmr?-rate of energy expenditure per unit time under basal condition
  • what is basal condition?-complete physical and mental rest,post-absorptive and normal temperature
  • how to calculate the bmr?-equation
  • what is normal value of bmr?-40kcal/m2/h
saya amat bersyukur kerana dapat menjawab dengan baik walaupun tidak yakin akan mendapat full mark.teruskan usaha untuk subjek yang akan datang.

untuk yang belum exam berusahalah selagi ada masa.jangan sia-siakan masa yang ada.jangan sampai selepas anda tidak berjaya menjawab dengan baik anda berasa menyesal dan berkata 'kalaulah' aku menggunakan masa yang sebelum ini dengan baik..sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.
jangan direnung letihnya usaha.bayangkan manisnya kejayaan:)

keluarlah dari zone selesa anda.bergerak ke arah zone usaha.jika anda tidak bersemangat.carilah dan kutip semangat anda untuk anda berjalan kembali di atas track yang betul.ini bukan masa untuk berjalan dan berlari anak.masa itu sudah tidak ada wahai sahabat.ini masa untuk kita memecut ke garisan penamat.jika kita masih berjalan...maka kita tidak akan sempat sampai ke garisan penamat bersama mereka yang menang!

~ingin melakar kejayaan seperti mereka:)~

Friday, March 13, 2009

Pheochromocytoma

bismillahi walhamudulillah...

just finished answer this question.so i want to share with all of you what i know about this disease.even i copied this article from wikipedia but i think this is better than we write the wrong info about that..so lets read about this.=)

A phaeochromocytoma (pheochromocytoma in the US) is a neuroendocrine tumor of the medulla of the adrenal glands (originating in the chromaffin cells), or extra-adrenal chromaffin tissue that failed to involute after birth [1] and secretes excessive amounts of catecholamines, usually adrenaline and noradrenaline.[2] Extra-adrenal paragangliomas (often described as extra-adrenal pheochromocytomas) are closely related, though less common, tumors that originate in the ganglia of the sympathetic nervous system and are named based upon the primary anatomical site of origin.

Traditionally it is known as the "10% tumor":

  • Bilateral disease is present in approximately 10% of patients
  • Approximately 10% of tumours are malignant
  • Approximately 10% are located in chromaffin tissue outside of the adrenal gland (paragangliomas)
  • Approximately 10% arise in childhood
  • Approximately 10% are familial
  • Approximately 10% recur after being resected
  • Approximately 10% patients do not have hypertension (Campbell's Urology)

Epidemiology

Pheochromocytoma is seen in between 2-8 in 1,000,000, with approximately 1000 cases diagnosed in United States yearly. It mostly occurs in young or middle age adults, though presents earlier in people with multiple endocrine neoplasia.

Inheritance and Genetic Syndromes

Up to 25% of pheochromocytomas may be familial. Mutations of the genes VHL, RET, NF1, SDHB and SDHD are all known to cause familial pheochromocytoma/extra-adrenal paraganglioma.

Pheochromocytoma is a tumor of the multiple endocrine neoplasia syndrome, type IIA (also known as MEN IIA) and type IIB MEN IIB. The other component neoplasms of that syndrome include parathyroid adenomas, and medullary thyroid cancer. Mutations in the autosomal RET proto-oncogene drives these malignancies [3]. Common mutations in the RET oncogene may also account for medullary sponge kidney as well. [4]

Pheochromocytoma linked to MEN II can be caused by RET oncogene mutations. Both syndromes are characterized by pheochromocytoma as well as thyroid cancer (thyroid medullary carcinoma). MEN IIA also presents with hyperparathyroidism, while MEN IIB also presents with mucosal neuroma. It is now postulated that Lincoln suffered from MEN IIB, rather than Marfan's syndrome as previously thought, though this is uncertain.

Features

The signs and symptoms of a pheochromocytoma are those of sympathetic nervous system hyperactivity, including:

A pheochromocytoma can also cause resistant arterial hypertension. A pheochromocytoma can be fatal if it causes malignant hypertension, or severely high blood pressure. This hypertension is not well controlled with standard blood pressure medications.

Not all patients experience all of the signs and symptoms listed. The most common presentation is headache, excessive sweating, and increased heart rate, with the attack subsiding in less than one hour.

Tumors may grow very large, but most are smaller than 10 cm.

Tumor Location

In adults, 90% tumors are located unilaterally and are solitary, and 10% are located outside the adrenal gland. In children 50% are adrenal, while 25% are bilateral and 25% are extraadrenal. The common extradrenal locations are the abdomen, thorax and urinary bladder.

Diagnosis

Histopathology of adrenal pheochromocytoma. Adrenectomy specimen.

The diagnosis can be established by measuring catecholamines and metanephrines in plasma or through a 24-hour urine collection. Care should be taken to rule out other causes of adrenergic (adrenalin-like) excess like hypoglycemia, stress, exercise, and drugs affecting the catecholamines like stimulants, methyldopa, dopamine agonists, or ganglion blocking antihypertensives. Various foodstuffs (e.g. vanilla ice cream) can also affect the levels of urinary metanephrine and VMA (vanillyl mandelic acid). Imaging by computed tomography or a T2 weighted MRI of the head, neck, and chest, and abdomen can help localize the tumor. Tumors can also be located using Iodine-131 meta-iodobenzylguanidine (I131 MIBG) imaging.

One diagnostic test used in the past for a pheochromocytoma is to administer clonidine, a centrally-acting alpha-2 agonist used to treat high blood pressure. Clonidine mimics catecholamines in the brain, causing it to reduce the activity of the sympathetic nerves controlling the adrenal medulla. A healthy adrenal medulla will respond to the clonidine suppression test by reducing catecholamine production; the lack of a response is evidence of pheochromocytoma.

Another test is for the clinician to press gently on the adrenal gland. A pheochromocytoma will often release a burst of catecholamines, with the associated signs and symptoms quickly following. This method is NOT recommended because of possible complications arising from a potentially massive release of catecholamines.

Pheochromocytomas occur most often during young-adult to mid-adult life. Less than 10% of pheochromocytomas are malignant (cancerous), bilateral or pediatric.

These tumors can form a pattern with other endocrine gland cancers which is labeled multiple endocrine neoplasia (MEN). Pheochromocytoma may occur in patients with MEN 2 and MEN 3 (MEN 2B). VHL (Von Hippel Lindau) patients may also develop these tumors.

Patients experiencing symptoms associated with pheochromocytoma should be aware that it is rare. However, it often goes undiagnosed until autopsy; therefore patients might wisely choose to take steps to provide a physician with important clues, such as recording whether blood pressure changes significantly during episodes of apparent anxiety.

Differential diagnosis

The differential diagnosis of pheochromocytoma includes:

Treatment

Surgical resection of the tumor is the treatment of first choice, either by open laparotomy or else laparoscopy.[5] Given the complexity of perioperative management, and the potential for catastrophic intra and postoperative complications, such surgery should be performed only at centers experienced in the area. In addition to the surgical expertise that such centers can provide, they will also have the necessary endocrine and anesthesia resources as well. It may also be nescessary to carry out adrenalectomy, a complete surgical removal of the affected adrenal gland(s).

Either surgical option requires prior treatment with the non-specific and irreversible alpha adrenoceptor blocker Phenoxybenzamine. Doing so permits the surgery to proceed while minimizing the likelihood of severe intraoperative hypertension (as might occur when the tumor is manipulated). Some authorities would recommend that a combined alpha/beta blocker such as labetalol also be given in order to slow the heart rate. Regardless, a "pure" beta blocker such as atenolol must never be used in the presence of a pheochromocytoma due to the risk of such treatment leading to unopposed alpha agonism and, thus, severe and potentially refractory hypertension.

The patient with pheochromocytoma is invariably volume depleted. In other words, the chronically elevated adrenergic state charactersitic of an untreated pheochromocytoma leads to near-total inhibition of renin-angiotensin activity. Volume depletion results. Hence, once the pheochromocytoma has been resected, thereby removing the major source of circulating catecholamines, a situation arises where there is both very low sympathetic activity and volume depletion. This can result in profound hypotension. Therefore, it is usually advised to "salt load" pheochromocytoma patients before their surgery. This may consist of simple interventions such as consumption of high salt food pre-operatively, direct salt replacement or through the administration of intravenous saline solution.

Historical

In 1886, Fränkel made the first description of a patient with pheochromocytoma, however the term was first coined by Ludwig Pick, a pathologist, in 1912. In 1926, Roux (in Switzerland) and Mayo (in U.S.A.) were the first surgeons to remove pheochromocytomas.

Footnotes

  1. ^ Boulpaep, Emile L.; Boron, Walter F. (2003). Medical physiology: a cellular and molecular approach. Philadelphia: Saunders. pp. 1065. ISBN 0-7216-3256-4.
  2. ^ EBSCO database verified by URAC; accessed from Mount Sinai Hospital, New York
  3. ^ Online 'Mendelian Inheritance in Man' (OMIM) MULTIPLE ENDOCRINE NEOPLASIA, TYPE IIA; MEN2A -171400
  4. ^ Diouf B, Ka EH, Calender A, Giraud S, Diop TM (2000). "Association of medullary sponge kidney disease and multiple endocrine neoplasia type IIA due to RET gene mutation: is there a causal relationship?". Nephrol. Dial. Transplant. 15 (12): 2062–3. doi:10.1093/ndt/15.12.2062. PMID 11096158.
  5. ^ Jaroszewski DE, Tessier DJ, Schlinkert RT, et al (2003). "Laparoscopic adrenalectomy for pheochromocytoma". Mayo Clin. Proc. 78 (12): 1501–4. PMID 14661679.

[edit] Additional images

Saturday, May 24, 2008

::do pray for my biochemistry exam tomorrow::

to all my friends please pray for my biochemistry exam tommorrow..

and for those who have exam tomorrow and throughout the whole week..good luck and wish you the best..give and try your best!!then pray to Allah..trust in Him..

bittawfeeq wan najah..(^_^)

-25 may (written biochemistry)

-26 may (mcq)

-28 may (oral)

Wednesday, May 7, 2008

--nasihat dari ayah--



salam utk entry kali ini..sempena fatrah imtihan yg sedang dan akan kita lalui..di sini ada satu benda yg sy nk share kat cni..iaitu email dari ayahanda tercinta..nasihatnya sempena imtihan..kerana sy terlalu takut dgn nama 'exam'..terlalu fobia dengan nama 'imtihan'..terlalu nervous dgn istilah 'peperiksaan'..

namun tnpa kita sedari..telah byk exams + imtihan + peperiksaan yg kita lalui sblm ini..sepnjang sy hidup lebih 2 dekad..bila difikir-fikir dan dihitung kembali telah byk exam yg telah sy pn tempuhi..ada yg berjaya dgn cemerlangnya..namun tidak kurang pula yg terkandas di tengah jalan..yg kurang dan tidak berjaya itu pula..jika kita tampung..bangun kembali..tambahkan usaha..insyaAllah..Allah akan bantu..Dia akan bg apa yg kita usaha..

jika anda kurang berjaya hari ini..ambillah langkah bijak..teruskan melangkah..teruskan usaha..jika rebah bangun kembali..walaupn anda terpaksa bertongkat sekalipun utk berjaya..teruskan perjuangan..moga2..langkah anda seterusnya tidak tempang..dan kejayaan mungkin milik anda..siapa tahu..andalah org yg dipilih oleh Allah utk berjaya..

ambillah pengajaran dari email ini..

Kakak,

Exam adalah satu proses biasa dalam penilaian. Kita tak perlu takut. Mula dengan UPSR, PMR dan SPM semuanya kakak telah lalui dan telah berjaya melaluinya. Yang penting utk exam kita hendaklah bersedia (be prepared) dan buat persediaan yang terbaik (prepare for the best)...selepas itu barulah kita berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Kita perlu ingat satu peperiksaan yang maha besar akan kita hadapi iaitu di alam kubur dan di Padang Mahsyar. Apabila kita lulus kedua2 peperiksaan tersebut bermakna kita akan mendapat kebahagiaan yang abadi selama2nya (bahasa matematik = infiniti).Itulah kejayaan dan kebahagiaan yang paling besar yang akan dinikmati oleh orang2 yang berjaya. Untuk berjaya dalam kedua2 peperiksaan tersebut kita perlu beriman dan beramal. Buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang. Kemudian jangan lupa berdoa dan selepas itu bertawakkallah kepada Allah, semoga Allah memberi kejayaan kepada kita.

Peperiksaan akademik hanyalah salah satu daripada peperiksaan yang perlu kita lalui didunia ini untuk menilai kemampuan dan keupayaan kita dalam perkara tersebut. Jadi kita perlu membuat persediaan rapi agar kita mempunyai ilmu yang cukup sebelum menduduki sesuatu peperiksaan. Kakak bakal menempuh ujian untuk mendapat ijazah MBChB dalam tempoh 6 tahun di Universiti Mansoura. Kakak mesti melalui tangga untuk mendapat ijazah tersebut bermula dengan tahun 1, 2, 3.... hingga tahun 6. Setiap tangga mempunyai ujian masing2 yang kita mesti hadapinya. Oleh itu kita mesti bersedia untuk menghadapi ujian disetiap tangga tersebut.

Pengalaman ayah semasa belajar dulu. Memang pelajar2 perubatan di UKM terpaksa belajar bersungguh selama 6 tahun untuk mendapat ijazah kedoktoran, sehinggakan mereka hampir2 tidak mempunyai masa untuk aktiviti2 lain semasa pengajian. Mereka menumpukan sepenuhnya kepada study. Pelajar2 jurusan Sains lain (spt ayah) agak kurang sikit tekanan berbanding dengan mereka. Ramai kawan2 ayah yang berjaya menjadi doktor setelah mereka berusaha dengan gigih selama 6 tahun di UKM. Mereka sekarang sudah memperolehi MD (UKM). Sesetengahnya telah menjadi Doktor Pakar. Kesemuanya melalui proses yang sama iaitu PEPERIKSAAN.Untuk berjaya kita tak boleh lari dari peperiksaan.

Oleh itu kuatkan semangat... belajar bersungguh2....berdoa...dan bertawakkal kepada ALLAH. Mudah2an kita berjaya didunia dan diakhirat. Pepatah Arab mengatakan " man jadda wajada" sesiapa yang berusaha dia akan berjaya, insyaallah.

SELAMAT BELAJAR DAN SELAMAT BERJAYA
SALAM DARI AYAH DAN UMMI

Thursday, April 24, 2008

::[practical biochemistry]::

alhamdulillah..
syukur ke hadrat ilahi..
practical exam utk tahun ni dah hbs..alhamdulillah..

mula-mula jawab milk sheet..isi tempat kosong..walaupn cam ade yg xingt..tp overall ok la..xtggl tmpt kosong..alhamdulillah..then mase for xprmnt..unknown solution..
dapat solution yg senang gak la nk cam..sbb dr luar cam dah taw je ape..hehe..org dp cakap solution tu albumin or globulin..

sblm tu masa dlm kls lab..slalu dpt solution ni utk buat experiment yg last2..cam mini test la..alhamdulillah..

then sy wak la test mula2..biuret test to detect the solution is protein or carbohydrate..then dah taw solution tu protein wak la 2nd test..heat coagulation test..dpt cloudness at the top part of the solution..then tuk sahkan solution tu btol ke tak..buat confrimatory test..alhamdulillah btol la solution tu albumin or globulin..

masa nk tulis report tu jiran meja sy sorg ikhwah ni(xtaw name dia ape)..kesian dia,masih xtaw lagi dia punye solution tu ape..yg pasti dia cakap solution dia bkn protein..then sy pn cakap la try wak molish test balik..takut salah buat td..ajar la dia smpai test last yg dpt taw solution dia tu reducing mono or disaccharide...sy ajar smpi situ je..sbb lps tu dah xingt kena buat ape..then mase sy dah siap nk anta report tu dia xsiap lagi..rasa cam bersalah la plak..sbb dah xleh ajar dia..tp xpe la..moga2 apa yg sy tolong tu dia dapat jawab..ameen!!

tp report sy kurang puas hati skit la..xingt sgt..lupa..tu la xhafal btol2..ape2 pn tawakal pada Nya..Dia dah bg tu cukup dgn usaha kita yg xseberapa..
walaupn sehari seblmnya..dilanda penyakit malas..n xde mood nk bace..juz tgk buku practical biochem tu je..
xtahu kenape tetibe je malas..tp malas tu perkara biasa..kalau dia datang..mmg xleh nk buat ape la..tp yg sebenarnya kite kena halang n lawan nafsu..baru boleh jadi pelajar cemerlang..hehe

bak kate housemate.."kalau kita tak usaha camne kita nk mintak ngn Allah..then kalu malas tu kena lawan sbb nnt kita xleh mintak ngn Allah sbb kita xusaha"..

ramai pula org bg semangat tyme2 camni..nk2 akak yg dah jauh dr kami..yg dh hbs perjuangan di bumi nabi musa ini & skrg meneruskan perjuangan di tanah air sendiri..

yesterday i got msg from kak rohazlina..atau kami panggilnya kak na..dia bg kate2 smgt.."slm.zety sht k?cmne ngn xm?jg kshtn tu..ykn zety blh..yg lps 2 jgn duk fikir sgt,cukuplah amik sbg pnglaman,pndang ke depan,coz byk lagi yg duk tunggu..senyum skit"..itulah kak na..rindu ngn panggilan zety tu..coz she is the only one who called me using dat name..

then last nite also..hannan's diserang heart attack disbbkan bill electric yg melambung tinggi..xpernah2 jdi camtu..huhu..disebabkan terlalu mahal tuan rumah kami terus membawa faturah (resit) tersebut kpd kami..biasanya mereka akan dtg 3 bln sekali dgn bayaran electric utk 3 bln..tp mlm td mereka smpi..huhu..terkejut besar jugak..mama pn kate kathir2..kathir awi ya aulad (byk..byk2 sgt anak2ku)..lps ni kena berjimat ye..brg naik..bil naik..sume naik..huhu

then biasanya baba naik ke rumah skali..tp dia duk rumah bawah (selang satu rumah arab) kami..je xnaik pun..kami pun panggil dia ikut beranda rumah..smbil melaung 'we miss u baba'..disbbkan lama sgt xjumpa baba..masing2 bergegas turun ke bawah nk jumpa ngn baba..dah lama benar xjumpa baba ni..sbb baba kami sakit seblm ni..kalu p rumah dia pn dia xkuar rumah sgt..

dlm pd itu kami bgtau dia..jiran kami kat atas (mama arab) cakap dia kate paip rumah kami bocor..kami pun percaya la..then baba cakap tu bkn paip rumah kami yg bocor..paip rumah bawah kami (rumah arab bawah)..smpt lagi baba berseleroh.."ckp kat mama atas sy engineer sy tahu la..mama kat atas bkn engineer"..pastu baba pesan suh stdy molek2..kalau nk naik tahun..so jgn mls2 ye..baba bersemangat dgn tangan skali..menunjukkan aksi best!!

mama juge ade cerita pasal 2 org anaknya..yg manar(perempuan) dapat jayyid dalam xm yg lps..n ahmed najah dlm xm..yg mama n baba xsangka the one n only son tu dpt najah..sbb dr cerita diorg ahmed ni malas stdy..hehe..tp xpela..dah berjaya pn..

sekian cerita tuk practical..
jom kita setady tuk written,oral,mcq pule..

Tuesday, April 22, 2008

::[practical histology]::

alhamdulillah penantian utk exam practical histo berakhir juga..hari exam yg di nanti telah tiba..dah xsabor nk exam ni..

gap pas exam practical physio hari tu digunakan sbaiknya utk menghafal dan hadam sbaiknya identification yg diperlukan dalam practical histo..skodeng slide histo malam..ngantuk la ble tgk slide histo..cam boring je..tp kena hafal jgk..kalau tak camne nk lulus..hehe..sambil itu tidak dilupakan utk menghafal step experiment dan report..huhu

pagi tu kami duk tunggu kat depan dept histology..doctor xdtg lagi..duduk je la kat lantai kat depan tu..sambil duk ngafal dgn kawan2..b4 dat senior ade gak exam ngn kitaorg..diorg xm kat dept atas tu..xtahu plak dept ape..dept microbiology kut..teka je..hehe

then tunggu punye tunggu..sampailah masa exam..kena beratur nk tnda kedatangan..hari ni xikut roqom julus plak..ikut je..sape cepat dia cepat la..kena gak bayar LE 3..xtaw la plak duit tu dia nk guna wak ape..beli apparatus lab kut..beli microscope ke..beli slide baru ke..sbb byk sgt slide yg dah pecah..huhu..arab ni suke wak pecah slide..xpn kadang2 diorg curi wak balik rumah..padahal benda tu boleh je pinjam..tp myb mahal kut diaorg xmampu..tp kami budak malaysia share la ramai..bg setiap rumah..hehe..tp xdpt byk la..pak cik tu bg xsampai 5 pn utk kami padahal kami ramai je..nisbah satu kotak slide tu utk 10 org..tp kami kena share lebih dari 10 org..huhu

then berbarisla kami tunggu nk masuk lab..dia bg pd kumpulan kecil plak..satu lab tu dlm 30 org je..sbb dia ade 2 set soalan..so hari tu dalam 60 org je yg exam..sbb xramai..setiap org kena tgk dan identify 15 station..terdiri dari 12 slide yg bwh microscope..3 gmbr cell yg besar..yg diambil ngn camera..setiap slide tu kena bg dia punya identification dan specific stain jika ade la..

overall alhamdulillah dapat jawab sume..cuma ade satu je la xingt..over confident sgt..sblm ni mmg ingt je identification utk "hyaline cartilage"..tp nk wak camne Allah xbg ilmu Dia mase tu..tp syukur je la..alhamdulillah kerana yg lain masih dpt jawab dgn puas hati..

lusa plak exam practical biochem..

masa utk menghafal report,milk sheet dan step experiments..huhu..jgn malas2..berusaha!!

Friday, April 18, 2008

::[Practical Physiology]::

salam...

pujian selawat dan salam buat rasul junjungan Muhammad saw..
tahmid takbir n tasbih pada Allah..

pada 17hb april 2007 bermula exam practical utk thn ni..dimulakan dengan physio..
bersemangat nk xm..sampai xsabo2..tunggu hari exam..

xramai org exam hari ni..sbb dah kumpulan terakhir,mmg skit la..budak malaysia pn xramai..so cepat la sampai giliran..

kitaorg exam dekat dalam lab kat dept physio..sblm masuk kat dept pak cik tu panggil nama kitaorg berdasarkan roqom julus (angka giliran)..sampai giliran kena pakai la lab coat..kan doctor potong markah..sambil berbaris lagi menunggu utk masuk ke lab..

kena tandatangan kehadiran..pastu kena cabut no soalan..dapat la no 93..
cari punya cari kat lab b..

dapat soalan pasal how to measure arterial blood pressure..n effect of staircase phenomenon yg ade gmbr staircase,clonus,tetanus..actually utk soalan abp tu kena ade partner..tp xde la plak org kena no 94..so xyah buat la..doctor juz tnya pasal kegunaan stetoscope..ade gak la soalan xleh jawab..3 soalan rasanya..tp alhamdulillah yg lain tu ok je..bersyukur la..xdpt fullmark pn..insyaAllah Dia akan ganti dgn yg lebih baik..

pasni ade gap 3 hari utk histo n biochem..

so kena hafal identification histo..sambil belek2..step nk buat experiment biochem dgn report..berusaha!!jgn mls!!..bljr btol2..

Sunday, December 30, 2007

--future doctors should try this--

The medical specialty for you is.... Surgery

Surgery is the best of all specialties. As a surgeon, you will work hard and be paid well for your efforts. Now that all your cutthroat behavior is finally paying off, you will obtain extreme satisfaction from opening up peoples' bodies and thereby saving their lives. Every once in a while, you'll accidentally sew up the body with your wristwatch inside, but no one will be the wiser.

To find out what specialty best fits your unique personality, go to:

What Medical Specialty Is For You?

dun know da test is true or not.but u should try it.wak suke2..n da test is not the matter...but we should stdy hard to achieve our ambition n continue for da specialty..insyaAllah lets pray for all future doctors..n balik berkhidmat utk agama bangsa n negara..

Tuesday, October 2, 2007

"kenapa anda mahu jadi doktor?"

adapted from:www.saifulislam.com

“Kenapa anda mahu jadi doktor?”, saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey.

Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.
”Sebab minat biologi?”, saya bertanya.
Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.
”Sebab suka tolong orang?”, saya terus bertanya.
Ramai yang mengangguk.

”Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma”, saya menyambung provokasi.

“Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor, isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari”, saya terus mencucuk jarum.

”Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya”, saya berkongsi cerita.

Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan.

Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda tidak akan diberikan kemudahan untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda ’termengandung’ semasa sedang membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.

Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti.
Bukan calang-calang kerja.

Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang? Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti.
”Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?”, soalan yang sama saya ulang sekali lagi.
Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya.

PERSOALAN NILAI

Kuliah kali ini adalah tentang nilai. Apa nilai yang dibawa dalam sebuah pekerjaan? Dalam sebuah kehidupan.
Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya ’melayan suami’, tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya.

Hanya ‘bibik’ sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki.
Seorang ibu membuat kerja rumah kerana NILAI KASIH SAYANG. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian.

Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.

NILAI DUIT

Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah, walaupun wang berjaya diperolehi.

Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum. Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi.

Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk. Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan… tetapi output daripadanya merunsingkan saya.

Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur.Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem’poligami’kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita.

Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material?

NILAI - HARGA - KORBAN

Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa… itulah harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas bekerja.

Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang, ’mereka adalah generasi yang kesunyian’.

Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.

Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka dengan tabiat ”Begin With the End in Mind”. Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan.

TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN

Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.
Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.
Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.

PROVOKASI DEMI MASA DEPAN

Atas provokasi inilah, saya mengajak adik-adik di bangku pengajian perubatan, untuk menyemak hubung kait bidang ini dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.
Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.
Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.
Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.

JIKA KERJA JADI IBADAH

Jika kerja jadi ibadah, CEO kita adalah Allah. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.
Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.
Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.
Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.
Teruskan cita-cita kalian menjadi doktor. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.
Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Sunday, January 7, 2007

...exam...

salam mujahadah exam...

selamat berjuang buat sahabat2 yg akan menduduki exam tidak lama lg especially buat budak2 medic mansoura university yg exam pada 17th january 2007 (physiology), 21st january 2007 (anatomy), 23rd january 2007 (biochemistry), 25th january 2007 (histology)..

n selamat berjuang juga buat sahabat2 yg berada di tanah air tidak kira dalam ape jua bidang sekalipun..n sesiapa je yg memperjuangkan agama Allah..

SALAM JUANG buat semua..ikhlaskan niat keranaNya..insyaALLAH syurga tempat kita dan redha ALLAH milik kita..