baru-baru ini ada diadakan perjumpaan mentor yang membentangkan tentang tajuk ukhuwwah islamiyyah oleh ustaz salman maskuri.ustaz membincangkan dari buku karangan Dr.Abdullah Nasih Ulwan bertajuk ukhuwwah islamiyyah.sedikit perkongsian dari perjumpaan tersebut:
antara cara mengeratkan ukhuwwah:
- sayang (mahabbah)
- ziarah menziarahi
- duduk bersama
- memberi hadiah
- hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah.
- disertai dengan iman dan taqwa.
- tolong menolong semasa senang dan susah
- nasihat menasihati.(kata-kata atau nasihat yang baik merupakan hadiah yang paling baik buat sahabat)
- berterus terang / memberi pujian.
- berpisah dengan temannya minta doa (doa tanpa dia tahu)
- berjumpa dengan sahabat, maniskan senyuman.
- cepat-cepat suakan tangan untuk bersalam
- membanyakkan ziarah sahabat dari semasa ke semasa.
- sentiasa bagi ucapan tahniah.
- bagi tahu benda yang mengembirakan mereka (memasukkan kegembiraan dalam hati mereka)
- sentiasa cakna atau amik perhatian --> tolong menolong
- selagi mana kita tunaikan hajat sahabat selagi itu Allah akan bagi pertolongan.
- menunaikan hak muslim (spt apabila dia mati menghadiri pengebumiannya, apabila dia sakit kita menziarahinya, apabila dia bersin mendoakan kesejahteraanya....dll)
kemudian ada satu lagi kisah, iaitu 2 orang sahabat bernama Masruq dan Qaisamah.kedua-dua sahabat ini mempunyai beban hutang yang banyak.kedua-duanya telah melangsaikan hutang masing-masing tanpa pengetahuan sahabat mereka itu.Qaisamah telah melangsaikan hutang Masruq tanpa pengetahuan Masruq.begitu juga Masruq telah melangsaikan hutang Qaisamah tanpa pengetahuan Qaisamah.
moga kita dapat mengambil iktibar dari 2 kisah sahabat tadi.tanamkan dalam diri untuk bersahabat kerana Allah dunia dan akhirat.wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment