Wednesday, September 17, 2008

17september2008

bismillahi walhamdulillah..

tarikh 17 sep merupakan ulang tahun ke-2, tarikh kami pelajar-pelajar perubatan 1st bacth tajaan yayasan terengganu ke mesir.mengimbas kembali detik 2 tahun lepas, serasa macam baru semalam melihat sanak saudara berkumpul dan menghantar ke Sultan Mahmud's Airport. sekejapnya masa berlalu. dah 2 tahun berlayar dan mengembara mengutip cebisan-cebisan ilmu yang diibaratkan debu yang berterbangan di bumi mesir.

sebelum sampai ke mesir, pelbagai andaian dibuat.pelbagai imaginasi yang menerjah fikiran.sesampai sahaja di cairo airport ketika itu waktu pagi sangkaan kami jauh meleset. kemajuan dan pembangunan di mesir jauh ke belakang berbanding malaysia.perkataan arab pertama yang dilihat adalah "mamnu' tadkhin" atau no smoking. teringat pada pertanyaan si alya yang tidak langsung mempunyai basic dalam bahasa arab.tapi alhamdulillah dia seorang yang sangat cepat belajar dan tidak malu bertanya, malah sekarang lebih meshi bercakap arab daripada saya yang mempunyai basic dalam arab selama 5 tahun.gambar atas - merupakan boarding pass pertama yang menandakan bermulanya kembara kami di bumi an-biya' itu.walaupun telah pudar tulisannya insyaAllah akan disimpan sebagai kenang-kenangan. ini kerana kami merupakan antara yang terakhir menggunakan MAS untuk ke cairo sebelum MAS memberhentikan operasi penerbangan ke cairo.

sangkaan kami bertambah meleset apabila hampir 2 minggu berada di cairo. dengan karenah orang arab yang ternyata kami tidak mampu untuk bercerita di sini. hanya yang menetap dan pernah datang ke sini sahaja yang boleh menafsirkannya. so apalagi marilah cuti-cuti di egypt kalau mahu merasakan karenah arab yang paling kasar jika dibandingkan dengan arab-arab dari negara berhampiran.

2 minggu terawal kami menetap di rumah terengganu atau sekarang lebih dikenali sebagai asrama darul iman yang telah di renovate dengan cantiknya. ini kerana pelbagai urusan penghantaran pelajar ke universiti perlu diselesaikan sebelum pelajar dibenarkan tawzi' (berpindah atau dihantar).tidak banyak yang dilakukan sepanjang 2 minggu di cairo. menghadiri aktiviti suai kenal di arma (Asrama Rumah Melayu Abbasiyyah atau Malaysian Hall Cairo) bersama rakan-rakan perubatan dari tajaan yang lain.
gambar atas - ini adalah batch saya yang seramai 18 orang.3 orang tiada dalam gambar termasuk saya.gambar ini diambil di percutian selepas final exam baru-baru ini di ismaeliya.ketika itu saya masih dalam fatrah exam histology manakala meen dan hilmi (2orang dentist) juga masih dalam fatrah exam.

selepas 2 minggu duduk rilex-rilex di cairo kami telah dipindahkan ke mansoura pada 30sept dengan sebuah bas.perjalanan yang mengambil masa hampir 3 jam ke sana dihiasi dengan permandangan truly egypt..dapat la tengok padang pasir,orang menanam, rumah-rumah tradisional egypt.kami di sambut dengan paluan kompang di markas dpmm mansoura. meriah sekali sambutannya. walaupun masa itu adalah bulan puasa.

ramadhan pertama saya sambut jauh dari keluarga tersayang.tidak terasa kerana kawan-kawan ramai ada di sini. selepas terawih dan berbuka puasa kami dipindahkan ke rumah sewa masingmasing. alhamdulillah kami dapat rumah yang baik.kami ditempatkan di 2 buah rumah berasingan. proses undi telah dilakukan 2 minggu sebelum itu untuk menentukan housemate. bermulalah aktiviti membersihkan rumah. esoknya kami tidak ke kelas kerana sibuk membersihkan rumah.gambar atas - inilah akhawat y1st batch yayasan terengganu. susah nak cukupkan kami yang tak berapa nak ramai ni. atas dari kiri: umi,ana,alya,qayah,yana,aimi dan cik nuT aka kak long. bawah dari kiri: meen,saya dan asma.

sekian dahulu untuk kali ini. happy 2nd anniversary untuk budak-budak yayasan terengganu 1st batch medic mesir. moga terus sukses dalam pengajian. harap ukhwah kita sampai bila-bila.keep on moving.tolong menolong dalam apa jua keadaan.insyaAllah.mumtaz dalam semua hal.jadi doctor yang baik untuk agama bangsa dan negara.ameen..ameen..ameen!!
future doctors

5 comments:

lukpi said...

senior2 yang sengal..
eyh silap taip pulak..
senior2 yang baekk..;P

nnti kitorg g mansourah..
jamulah kitorg cam hri tu..
ohh bestnyaaaa..mkn free

izzati.abdullah said...

yo la tu sengal..sengal2 pn ur senior jgk!!

bodek la tu..nk mkn free..ingt kamu juge da jd sr.hehe..

nk mkn free kena la turun mansoura dulu..

As said...

hayt..tarikh tuh kamu tinggal saye~!

huuu

take care

izzati.abdullah said...

saya tggl kamu di dunia realiti sahaja..xtggl kamu di dlm hati sy..hehe..thnks ye en as..

Anonymous said...

oklah... tp patut kena update yg baru, baru best tengok pengalaman medic terengganu kt sini...