Friday, December 29, 2006

salam eidul adha 1427H

Send this free eCard
Send this eCard !



kullu am waantum bikhair..
kullu sanah waantum taiibin..
salam eiduladha 1427H

-------------------------------------------------------------------------------------

Dr.Nurul 'Izzati Abdullah Zayawi
faculty of medicine,
mansoura university,
egypt..

..my future..

hm...

slps form 5..
setelah hampir sebulan lebih,ana telah dikejutkan dengan satu surat...ana telah diterima masuk ke Darul Quran JAKIM, kuala kubu bharu, selangor...perasaan time tu hnya DIA yg tahu betapa gembiranya hati ini kerana dipilih untuk menghafal kalamNya yg juga merupakan mukjizat yg maha agung..sujud syukur ana pada Ilahi setelah beberapa kali ditapis ana layak ke sana..

masa interview nak ke sana...ana di interview oleh seorang lecture dari pusat matrikulasi uia untuk mengesahkan result trial spm ana layak untuk masuk prog persijilan tahfiz dq/uia..cik razak tanya soalan macam2 spt...politik terengganu...n paling kelakar dia tanya berapa tingkat wisma darul iman...ana jawab manala ana hafal sume tu...

lepas tu ana perlu di interview oleh seorang ustazah dari darul quran..ustazah norzila..ana dikehendaki menghafal semuka dari lembaran ayat suci al-quran dalam masa sejam..bayangkan..macam mana???dgn xde teknik menghafal yg betul...xtahu nak start hafal macam mana..ana pun hafal la ayat tersebut..ayat 123-129 surah at-taubah..page last..alhamdulillah ana selalu dengar ayat 2 akhir dari imam masjid kusza..satu kemudahan bagi ana kerana xbyk sgt ulang ayat 2 last tu..then masuk la ke dalam bilik interview...tasmi' la..lepas dah baca ustazah tnya, kalau diberi peluang masuk dq nak masuk tak..dia kata hafal quran ni berat sgt amanah dia..ana pun jawab ana sanggup mencuba..

alhamdulillah berkat sokongan dari umi n ayah ana pergi mendaftar ke bumi barakah darul quran..
tinggal la di sana selama 8 bulan..

dan yg paling sedih n menjadi pengalaman paling berharga ana diuji dengan kegagalan pertama dalam hidup ana.byk yg ana dapat dari kegagalan itu..Allah uji orang yg Dia sayang..bukan nak kata kat sini..cume tu la yg ana sematkan dalam hati..dan yg paling ana sedih adalah kegagalan ni telah memberi satu tamparan hebat buat ana sendiri dan kesedihan pada ayah n umi..

paling ana bangga duk kat dq ialah ukhwah yg tak mungkin ana jumpa sepanjang ana hidup 18 tahun kat bumi ni.sahabat byk menyokong dari belakang.ye la bukan senang nak jadi seorang hafiz n hafizah..pegang amanah dan kalam Allah..ukhwah kat sini terlalu manis untuk dinilai dan dirasa..no one can ever replace u all..isk3..

time orientasi kami kena basuh cukup2 oleh abang2 dan akak2 senior..yg pasti orientasi tu xde lagi yg macam batch kami punye selepas tu..org kata syadid sgt kut..xtau la..tapi yg pasti tu la yg paling baik..sampi sekrang masih teringat lagi setiap bait kata2 yg dipesan semasa orientasi..motto n matlamat yg xmungkin lupa time tu..'DEMI ALLAH TERCINTA AL-QURAN 30 JUZUK TERSEMAT DI DADA'..

to be continue...

to introduce myself..

salam...

ahlan wasahlan wamarhaban bikum ila my blog..hehe..
to introduce my self to all of u..tak kenal maka xcinta,rite??

ana dilahirkan di kuala terengganu,kat hospital besar.then masa 6 thn ana xp sekolah tadika coz aku tak suka p tadika..cekgu garang kut..hehe..then sekolah rendah di sek.keb.gong badak,k.trg..masa upsr dapat 5a..

lepas tu dapat la masuk smka tok jiring..mula2 xnak masuk sekolah tu..ape kelas masuk sek agama..dapat masuk sbp ke mrsm baru gempak..tu my point of view la time tu..zaman jahiliyah xtau ape2...lama2 sayang kat sekolah tu...masa nak kuar ari tu sedih sgt..byk sgt kenangan kat sekolah tu...masa pmr dapat la 9a...then my bestfren p la ke sester..sedih sgt time tu..sampi nak tukar duk kelas 2nd..tapi untuk hilangkan kesedihan Allah pilih untuk ke bumi makkah menunaikan rukun islam ke-5.then lepas balik...stdy la seposen..pastu masa form 5 dapat masuk kelas 1st..dalam rangkin top ten tu..xtahan..hehe..disebabkan byk main n tdo..masa form 5 orang lain pun ramai yg naik..then masa spm dapat la 9a 3b...sikit je A1..ape pun syukur kepada Ilahi..

tu yg terbaik...hehe..kalu xbyk tdo kuat study..boleh kut dapat straight a1..tapi masa dah xdapat putar balik...kena teruskan perjuangan...

need to stop here..lain kali sambung lagi...

Thursday, December 28, 2006

--testing blogger--

salam...

salam ukhwah fillah abadan abada...dari bumi mesir..doakan semoga ana berjaya di sini...buat sahabat2 seperjuangan xkira di mana berada..semoga sentiasa teguh istiqamah berjuang dgn agama Allah..n sentiasa mendapat rahmat dan hidayahNya..

doakan sy terus berjuang utk agama Allah bangsa n negara dan berjaya membawa pulang MBBCh from egypt..will going to miss every body..