Tuesday, November 4, 2008

tahun baru matlamat baru..cabaran pun baru

bismillahi walhamdulillah...

serasa malam ini mahu menulis..ntah kenapa selepas pulang ke egypt hampir 3 minggu tidak banyak post yang saya tulis..mungkin kesibukan kelas yang sangat pack untuk tahun ini.ada yang harinya start lambat habis awal..dan start awal habis lambat pun ade..start lambat habis lambat pun ade...

this is my timetable this year..
celebratecelebrate
timetable for muafideen(foreigner)-malaysian student

yang atas skali ahad..cam free je kan..tapi ade lab anat dari kul 11-12...then kalau rajin boleh ikut kelas arab skali dengan budak mesir.tapi mostly tak ikut..sbb budak arab dah blaja banyak..huhu..kami ketinggalan jauh

then hari isnin adalah hari yang memenatkan walaupun start lambat.semua lab pada hari yang sama.dimulai dengan lab histology(12-2)..kemudian bergegas ke lab physiology(2-4) di department physiology tingkat dua..berlari solat di surau pharmacy kerana surau tibb dah tutup at that time..then kembali semula ke lab biochemistry (4-6)..barulah pulang ke rumah dengan berlari kerana mahu mengejar maghrib yang dah sempuk..p/s:maghrib skrg around 510pm n isyak 640pm..

hari selasa start kul 11..before that sepatutnya pkul 11 tu ada lab anatomy.tapi disebabkan clash ngn jadual lecture biochem so ditunda keesokkan harinya kul 10..camne la arab ni arrange jadual..2 3 kali ubah tetap ada clash dengan kelas lain..huhu..sngat tak sistematik..rasanya mahu je membawa mereka pergi ke negara yang lebih sistematik..bawak pi balik malaysia..biar mereka tengok camne universiti kami aturkan jadual..ni base on case hari ini..terpaksa batalkan kelas embryology kerana kekurangan tempat utk exam.lecture hall kami digunakan utk exam hall..da la tak cakap awal2..mari-mari duk depan pintu cakap...ade exam ni kamu semua kena keluar..tak ke bengang!!!
marahhari selasa habis kls kul 4..

hari rabu n khamis sama sahaja..dari pkul 8 sampai pkul 3 dan 4..kami rehat antara pkul 10-12..boleh la ke library menikmati asir lemon..hehe..ataupun berkelah di depan friend stall(macam kantin)..

tahun ini banyak belajar tentang brain..neuro system..metabolism..n segala macam jenis berkaitan otak..doakan saya hafal dan faham semuanya..moga mumtaz milik bersama!!!
doadoadoa

Saturday, November 1, 2008

who wanna be a psychiatrist??

bismillahi walhamdulillah

to those who are interested in the psychotic field, who always psycho you are advices to read this.why we need more and more psyhchiatrists??Yes, we do need more psychiatrists and we are happy to hear that many more are interested in this field. At this moment, the ratio for psychiatrist in Malaysia is 0.3 / 100,000 population.

Secondly, there are a few signs that indicate whether a person is suitable to be a psychiatrist. One of them would be... you find that during med school, your friends are comfortable to confide in you. However, this skill can be developed with training.

There are several ways to become a psychiatrist.

a) You have to undergo the compulsory service years (I think its 4 years now) and then apply for MMed progam. There will be an entry exam to qualify as a candidate. You will be working in any of the KKM hospitals / private if you wish after completing the course.

b) You can apply for trainee lecture in one of the universities, then you can get in the program earlier. You will be working as a lecturer after you graduate.

May Allah bless you and facilitate the pathway for you... to contribute to the well being of the Muslim ummah (and others as well)

Dr. Tuti
UKM Medical Center

this article is adapted from Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) yahoo groups!

Sunday, October 26, 2008

mengeratkan ukhwah

bismillahi walhamdulillah...

entry ini untuk menjawab tag yang diberi oleh hasanah.macam best je tagged ni.to as sory la lambat balas tag ni.tenet takde kat rumah.so macam susah je nak pergi mencari cc dengan class yang pack..huhu.but i try my best to answer your tagged!hehe..tagged untuk mengeratkan ukhwah..

Every question is referring to 1 person.
I would like to answer them in Malay :D
dah lame tinggal english..sambil mengopy tagged ini dari blog as..da malas nk tulis balik!!hehe

1. What is the relationship of you and him/her?
sahabat dunia dan akhirat

2. Your 5 impressions towards him/her.
- sangat ramai secret admire,so
- kena cari insan yg boleh menjaga dia secepatnya..hehe
- pandai bijak
- penyayang dan
- suka melaghokan diri dengan saya

3. The most memorable things he/she had done for you.
bergayut =P

4. The most memorable things he/she have said to you?
you always in my heart,no one can replace me as no one can replace you..
actually lots of words yang dia kata menyentuh hati..tak tertulis di sini

5. If he/she become your lover, you will...
ya,sangat bertuah,n akan sayangkan dia dulu kini dan selamanya

6. If he/she become your enemy, you will...
menghantar bom ke rumahnye..mungkin??

7. If he/she become your lover, he/she has to improve on...
to be like herself rite now da cukup

8. If he/she become your enemy, the reason is...
sbb dia selalu sedikit bertuah dan sedikit comey dari saya

9. The most desirable thing to do on him/her is?
maw melancong bersama dia..

10. The overall impression of him/her is...
fantastic..interesting..sumber inspirasi

11. How do you think the people around you will feel about you?
perisa strawberry, mungkin?tiru ayat en as..kdng2 cam kekasih pn ade..

12. The character of you for yourself is?
semulajadi manja dengan dia :D

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
sedey when cannot help or make her happy..

14. The most ideal person that you wanna be is?
wiser..nak gembirakan hati semua orang

15. For the people who care about and likes you, say something about them.
kamu dihargai as much..sangat sayangkan kamu semua..rindu pun ade!!

16. Ten people to tag?
yes, those are friends of mine :D rindu!

1. Jah
2. wa
3. hajar za
4. fatimah
5. mai
6. nana
7. miftah
8. candlesky
9. kak pah
10. sape2 je la yang rasa nak try this tagged

17. Who is no. 2 having a relationship with?
She knows better :D

18. Is no. 3 a male or a female?
all are female except yg last..female or male? ;)

19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
kenalkah mereka..sbb no 10 tu tak taw sape..keh2..

20. How about no. 5 and 8?
begitu juge dgn mereka..did they know each other..mybe by heard their name call in others story??

21. What is no. 1 studying about?
she's now in 2nd year medical student in iium kuantan

22. Is no. 4 single
tidak dapat dipastikan sekarang..

23. Say something about no. 6
nana..aku rindu ko..ngeh2..

p/s:
to as sory r lambat mereply ur tagged..hehe..kls sgt pack this year..

Saturday, October 18, 2008

kembali pening dengan karenah misriyyin...

bismillahi walhamdulillah..

sampai di cairo airport ketika subuh hampir habis..sempat meng'snap' gambar langit ketika awal subuh di atas flight..mungkin akan disiarkan untuk kali yang akan datang yang tidak tahu bile..hehe..

selepas urusan imigresen dan mengambil barang kami pun menunggu la di luar..telepon si helwa.kerana dia dan niah yang akan menjemput kami pagi itu.masa telepon tetibe wa minta maaf.terfikir jugak kenapa la si helwa ni minta maaf tetiba.nak kata raya memang la.rupanya mereka kena tinggal dengan mushrif.so mushrif tu datang sorang-sorang je la dengan ammu.hehe

kelakar la plak..bile ingatkan mereka kena tinggal..rupa-rupanya silap inform..nak buat camne..da terjadi..so si mushrif dengan senyum panjang mengkhabarkan kawan-kawan kami kena tinggal..

sesampai di mansoura..turunkan bag ke rumah saya dahulu.disebabkan takde kunci ingatkan nak tumpang rumah bawah dulu.tapi diaorang takde plak.ke kelas.sampai time kuliah.padan la.then tinggal je la bag tu kat bawah tangga.ke rumah kak ida (beyt sirru asrar) untuk makan kerana helwa dan niah telah menyediakan makanan untuk kami.mereka ponteng kuliah semata-mata untuk menyambut kami.thank you...

masa sampai di rumah kak ida, en.mushrif masih ade di sana mengangkat bag.dia tanya bag letak kat mane?cakap letak kat bawah tangga tu je..en.mushrif cakap tak selamat tu bahaya.saya pun senyap je la dengan kaki melangkah ke dalam rumah kak ida.rupanya helwa ada kunci rumah saya.huhu.bergegasla kembali ke rumah dengan kak ida untuk menyelamatkan barang saya yang letaknya hanya di bawah tangga..

takut juga..arab ni bukan boleh percaya.sebab beberapa hari sebelum saya pulang ke malaysia rumah arab bawah kami kena pecah masuk.komputer kena curi..

mase da dekat dengan rumah nampak la en.mushrif dengan jiran sebelah ikhwah tengah duk angat bag dan kotak.mungkin mereka mahu menyimpan bag saya itu di rumah jiran sebelah.nasi baik la cepat.kalau tak sempat la bag-bag tu duduk menginap di rumah jiran sebelah.so alang kepalang da ade ikhwah tu..mereka la angkat bag ke atas.letak je bag kami kembali semula ke beyt sirru asrar untuk makan dan berehat.

kemudian ketika hampir asar saya balik ke rumah semula untuk menukar baju dan mengemas bag.oleh kerana tidak tahu telekung letak kat mana kena la pergi ke imtiyaz untuk solat.malam itu saya tidur di imtiyaz..thank you dila kerana tumpangkan bilik sampai selasa ni.sementara menunggu farah balik.and setinggi-tinggi penghargaan untuk ahli beytnya..terutama si umi (yang mahu namanya disebut disini..hehe) merangkap ketua rumah imtiyaz yang baru kerana sudi menumpangkan diri ini.

takut juga tidur sorang-sorang selepas kejadian pecah rumah tu.siang-siang takpe lagi.malam-malam bile dah tidur tak ingat dunia tu..orang pecah masuk pun boleh tak sedar.ye tak??

then esoknya jumaat ke rumah siddiq untuk mengambil kunci kerana kunci sebelumnya telah diberi ke una.una nak ambil barang kat rumah.dijamu nasi lemak oleh ain dan zura.beraya makan biskut raya home made cookies yang epa buat sendiri..sedaaaaaap!!!promote...promote..

then balik kemas bilik...terlepas rindu mendengar kuthbah jumaat arab.lepas asar rasa badan macam panas-panas dah..then si aimi dan zue plak datang.mahu meminjam tong air pcm.mereka mahu membuat majlis solat hajat dan kenduri kesyukuran pindah rumah baru.mase tu tong ada kat imtiyaz.so kami bergerak ke imtiyaz untuk mengambil tong dan solat asar..

disebabkan dah janji dengan aida (housemate aimi dan zue) mahu tidur di rumah baru dia.so kena la pergi.sesampai je di rumah mereka terus makan panadol soluble..then tdo.kepala pusing..badan panas..sakit tekak..malam tu mereka ajak makan baru saya sedar.rupa-rupanya budak2 beyt siddiq pun ada..

untuk pengetahuan rumah mereka cantik dan selesa..masih dalam harga berpatutan..rumah tersbut adalah berkat pengobanan unit perumahan pcm..so sokong lah unit perumahan pcm..hidup unit perumahan!!

tolong je la mane-mane yang patut...naik ke rumah atas sekejap.melihat nadiah, intan dan wani.kemudian turun ke bawah kembali.kami sambung borak sambil membuat kerja.sudah lama rasanya tidak bersembang sebegitu.tidak seperti di malaysia..mahu borak dengan sape??hanya ummi dan ayah..rindu pada sahabat-sahabat..melihat telatah mereka yang sakat-menyakat tak kering gusi kami buatkan..suara pun da sedikit rock..after solat isyak..makan ubat sakit tekak..then tdo..

so, today adalah harinya..majlis kesyukuran dan solat hajat di beyt iltizam.ada laksa penang..colek..agar-agar dan air oren..besh2!!ramai orang datang...boleh jumpa dengan sahabat-sahabat yang hampir 3 bulan tak jumpa selepas pulang ke malaysia..rasa macam raya la plak..tapi memang raya pun..hehe..raya kan sebulan..

hari ini saya tidak ada suara...bangun-bangun pagi tadi..nak cakap..nape xdengar ape2 ni..cuba keluarkan suara..tak keluar pun..huhu..bersyukur..Allah tarik nikmat suara tu sekejap..suruh muahasabah..jangan banyak cakap..suara takde pun nak cakap lagi..hehe..moga Allah sembuhkan dan kembalikan suara saya...sangat susah bile tidak ade suara mahu bercakap.terpaksa mengguna bahasa isyarat...

so bersyukurlah dengan nikmat suara yang diberi.jangan digunakan untuk benda yang tidak berfaedah seperti mengumpat.esok dah start sekolah..kembali sibuk dengan buku.kembali sibuk dengan kuliah dan macam-macam lagi.bersedialah dari awal wahai diri..tahun ini dengan azam mahu mumtaz!!!ameen..ameen..ameen..


p/s:fakta menarik semasa ketibaan...

cuaca sejuk..dah nak masuk winter..sehari sebelum saya sampai (rabu) diorang cakap hujan air batu..really happen..ais seketul2 turun..
jerebu sangat tebal sepanjang perjalanan dari cairo ke mansoura...
jam sepanjang jalan..naseb baik jalan ke mansoura tak jam...
jalan kat tir'ah pun da jam sekarang...huhu..makin ramai orang agaknya...
student malaysia kat mansoura ni da 800 lebih..
junior saje da 400..nnt kita crite kisah junior baru mansoura plak ye dalam entri akan datang...
sesampai di istad jamiah mansoura..napelah mansoura ni makin kotor..kotor dari sebelumnya..bukan bermaksud sebelum ni bersih..kotor jugak..tapi la ni makin banyak sampah...


beyt imtiyaz
2345
18-oct-2008
tempat ku merempat untuk seminggu ini..
terima kasih tuan rumah..

Wednesday, October 15, 2008

bye..bye..malaysia - part 2

bismillahi walhamdulillah...

hari terakhir di malaysia..berada di rumah kak sa dan abg ja sahaja.pagi itu sempat melihat damia dan iman ke sekolah.sangat comel berbaju hijau dan tudung putih.mereka ada exam pada minggu tersebut.

makan sardin..ntah kenapa tetiba rasa nak makan sardin.so ummi la masakkan..best..best..then menunggu mereka balik pada petang itu untuk ke airport.petang itu hujan dengan lebatnya.semacam tahu perasaan yang membuak dalam hati...sedih..

bertolak ke airport selepas solat maghrib.sampai 30 minutes kemudian.sesampai di klia kaunter check in masih tidak dibuka.saya mengambil kesempatan untuk membeli top up sambil menunggu kedatangan kak ida dan pak yen.

tunggu punya tunggu sampai kaunter dibuka hampir setengah jam kemudian..kak ida masih tidak sampai.katanya mahu mencari parking.lama la jugak menunggu.then nampak kelibat dia.pergi la tegur.ternyata tidak silap orang.hehe.rupanya nasib baik dia tidak terhimpit dengan kesesakan lalu lintas akibat hujan lebat di serdang.nasib baik tidak banjir kilat..lagi parah.

masa untuk check in..timbang barang nasib baik cukup-cukup 60kg untuk 2 orang.saya la paling berat 36kg..huhu..tu dah kira banyak benda yang dibuang.hehe..mintak window sitting dengan abang tu..no 50G dan 50H.

pukul 2245 kira-kira sejam untuk boarding kami melangkah ke tempat berlepas.bersalaman dengan ummi dan nenek.pak yen dan ciksu.abg ja dan kak sa.bersama sepupu yana dan sofia serta anak sepupu iman, damia dan nuha.nasihat yang sama belajar rajin-rajin.

melangkah ke tempat pengesahan passport...kemudian ke aero train...sampai di gate C2..tiba di sana ada si pramugari yang cek bag tu cakap bag ni berat kena masuk cargo jugak..nak buat camne..dah prosedur..hanya mampu tawakal kepada Allah supaya barang tu selamat dah la..melangkah je la ke dewan perlepasan dengan satu bag galas sahaja.

pukul 2330...kami menaiki kapal terbang..egypt air ke bumi mesir..sempat menghantar pesanan terakhir untuk sahabat-sahabat di malaysia.menelepon ayahanda dan bonda untuk ucapan selamat tinggal...

p/s:crite menarik di atas flight..

kami duduk di kawasan ekor..apabila terlanggar awan..sanagat terasa gegarannya..
terpaksa memanjangkan leher untuk melihat tv dalam pesawat..
melihat karenah penumpang yang tidak reti bahasa...duduk di tempat kosong untuk menikmati tidur yang selesa..dibuat macam katil pula!!
sempat berasmaradana di atas flight..tidur di atas ribaan isteri (husnu zhon) di seat yang kosong..
melihat steward yang kena marah sebab tak tukar selimut untuk orang yang naik dari bombay..rasanya tu silap penumpang yang tidak reti bahasa kerana duduk di tempat orang..then diorang guna selimut tu...macam2 manusia..

bye..bye malaysia...moga ada kesempatan untuk aku kembali lagi..kembali menabur bakti..kembali untuk bertemu orang-orang tersayang..(^_^)

Tuesday, October 14, 2008

bye..bye..malaysia - part 1

bismillahi walhamdulillah..

selamat tinggal malaysia..jumpa lagi next year..tak taw la boleh balik ke tak.sebab ayahanda tak bagi balik.dia suruh tinggal di mesir cuti summer tahun depan.boleh kah anaknya menghadapi cabaran tersebut?will see..rasa cam tak boleh je..saya mahu pulang juga..hehe

terpaksa tinggal sehari di rumah sepupu di bandar seri putra kerana flight dari terengganu 14 oct petang ke klia.flight ke cairo pula 15 oct jam 2345.terbang malam lagi tahun ini.tidak dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah di waktu malam.hanya kegelapan yang menghiasi alam.

berbalik hari terakhir di terengganu.malam sebelumnya mak saudara dari sebelah ummi datang.cik long mi,ayah de and mak nor,marini(cousin) dan mak rose.masa itu saya tengah packing bag.huhu.naseb baik la pada sebelah petang tu pak su dah kemas kotak untuk makanan.kalau tak memang nak kena perli la dengan mak saudara."tak nak balik mesir lagi ke?tak kemas-kemas bag lagi ni"..hehe..banyak pula kiriman yang dibawa untuk dimuatkan dalam bag.kalau diikutkan hati mahu je sumbat semua benda yang dibawa oleh mereka ke dalam bag.namun beg itu tidak mampu menampung berat dan kuantiti yang banyak..hehe
malam tu tinggal masukkan semua barang dalam bag je..

esoknya ayah teh datang bersama nenek.nenek bawak sarapan pagi.nasi lemak kampung dan kayu keramat.tengah hari itu dapat nasi tomata special dari suala.lauk ayam merah dan dalca.tambah dengan acar.best.disebabkan sangat banyak terpaksa la bawak bekal ke rumah abg ja (cousin) di bandar seri putra.flight dari terengganu ke klia pukul 405ptg.mak saudara dan pak saudara ramai yang menghantar.terima kasih tidak terhingga untuk mak dan pak syid,ayah de cik de dan muzammil,suala pak su dan hasbullah,ayah cik cik ijan dan adhan...

terpisahlah saya dengan ayahanda tercinta..ayah tidak mengikut menghantar ke klia.hanya ummi dan nenek sahaja.knape ayah tidak menghantar.dia nak menjadi menantu yang baik.belanja nenek naik flight.macam tahun lepas.lagipun ayah sibuk dengan kerjanya.huhu.terngiang-ngiang nasihatnya ke telinga supaya belajar rajin-rajin.begitu juga nasihat dari mak sedara dan pak sedara belajar bersungguh-sungguh.

berkisar kisah naik flight tahun ini.beg carry yang dibawa sangat berat.macam tahun lepas saya tolong bawa laptop.so terpaksalah mengarry benda tersebut.sampai mak cik yang duk sebelah cakap.napelah tak masuk cargo je bag tu.kalau boleh masuk cargo saya tak bawak masuk da mak cik oi!!..tahun ni plak sebab saya bawak benda electronic cooler laptop dan blender so terpaksa la bawak naik benda tu.stewardess tu siap cakap ni mas bukan air asia.kalau berat tu bawak masuk cargo la.huhu...ade sedikit kesilapan di situ.terlupa untuk masukkan buku-buku ke dalam beg cargo tu yang menambah berat beg carry tersebut.satu pengajaran berguna next time...

sesampai di klia petang itu.di sambut oleh abang ja yang baru pulang dari kerja dengan viva nya.kereta kecik yang menampung banyak bag.satu beg besar.satu kotak makanan.satu bag carry saya.satu bag ummi dan satu bag nenek.macam sardin jugak la kereta itu.abang ja cakap rasa memang dah tak muat untuk beg yang banyak itu.tapi nak buat macam mana kak sa tak reti nak bawak kereta viva yang manual berbanding gen2 yang auto.sampai di rumah mereka tergelak dengan telatah damia dan iman yang menyiram adiknya sampai basah.mula-mula ke-3 beradik itu bermain siram pokok.kemudian terjadi siram adiknya..nuha..kesian nuha basah kuyup dibuat oleh iman dan damia.

malam itu kami di jamu dengan nasi beriyani.best..sedap dari nasi beriyani gam putrajaya yang dimakan masa bulan 8 hari tu.abang ja beli tu takut ada orang kempunan nasi beriyani plak bile balik ke mesir..thnks abg ja and kak sa.tidur bersama iman dan damia atas katil mereka.rindu sangat pada mereka!!

to be continue..

Sunday, October 12, 2008

dah nak balik...

bismillahi walhamdulillah..

mengikut perkiraan esok dan lusa adalah hari-hari terakhir saya berada di bumi malaysia.sebelum berlepas ke egypt.menyibukkan diri dengan mengemas dan packing barang-barang yang diperlukan.

banyak yang perlu dibawa kali ini.maklumlah baliknya setahun sekali.tapi next year ayahanda tidak bagi balik.dengan kata lainnya suruh duduk dengan pak arab dan mak arab kat sana.segala macam benda la yang kena bawa pulang..
antara barangan yang akan dibawa pulang..dari pakaian hinggalah ke alat tulis dan rempah ratus.sume ada..

perencah masakan, rempah ratus, maggi, insant bubur maggi, alat tulis, baju, dan macam-macam lagi.baru habis shopping semalam.

mulakan crite saya meng'shopping' dan memborong serta memhabiskan duit mak ayah dalam sekelip mata.tidak sampai sehari bout 1000.huhu.kalau dilihat sekali tengok memang la sangat banyak.tapi apabila dikira purata.1000 tu dibahagi 12 baru berapa kan?hehe...

tapi nak wak camne..ni la padahnya anak sorang.huhu.bukan nak membuka cerita saya ni anak sorang or what.tapi untuk menilai dan menghargai pengorbanan parents kita.untuk yang belajar jauh, yang baliknya sekali sekala mak ayah mana yang tidak akan memenuhi permintaan anaknya. yang berkemampuan sudah pasti akan menurut dan memenuhi sahaja permintaan tersebut.apa tidaknya hanya sesekali memenuhi permintaan anaknya.

hari sabtu tersebut dimulakan dengan mengambil cermin mata yang sudah seminggu dibuat.maklumlah power dah naik.so kena tukar power baru.sebelah kanan sahaja dah 400 lebih.kiri pula 200.yang sebelum ini hanya 300 dan 100 lebih sahaja.ummi pun buat spek di kedai yang sama.tapi powernya turun.nasihat ummi banyakkan mengaji al-quran.suruh power tu turun sikit.
spek yang powernya berat sebelah..pasni kena jaga mata!

kemudian saya ke arena sports..mencari bag galas,seluar trek dan sandal.alhamdulillah ada.sandal sahaja tidak ada warna yang berkenan.dah berkenan tapi ummi kata nanti cari kat al-ikhsan takut ada warna yang dicari.kemudian ke emporium hock kee seng untuk mencari seluar dan t-shirt.sempat la membeli 2 helai seluar da 2 pasang t-shirt.kemudian menanti ayah di belakang emporium tersebut.

then terus bergerak ke al-ikhlas jalan tok lam.mencari sandal tersebut.namun hampa.sekali lagi warna menjaga halangan.tukang kedai tu kata dah habis stok.orang beli untuk hari raya hari tu.kemudian kembali semula ke arena sports untuk membeli sandal tersebut.beli je la kat arena tu.then terus ke surau di kawasan area dekat dengan sabasun.

selepas itu, acara membeli dan membelah di sabasun. banyak yang dibeli.antaranya instant drink.milo yang pasti.di mesir tidak ada milo.hanya coklat sahaja.tapi tidak sesedap produk malaysia.huhu.perencah masakan.biskut buat alas seminggu 2 sebelum ke kelas.nak wak camne housemate tak balik lagi.saya yang pertama sampai.huhu.

antara yang wajib dibeli rempah ratus.perencah instant.manggi.instant drink.bihun.kepada adik-adik yang ingin menyambung pengajian di mesir pastikan anda membawa ikan bilis dan belacan.hehe.ikan bilis tidak ada di sana.lengkuas pun tidak ada di sana.halia dan kunyit masih boleh menggunakan serbuk yang ada dijual di sana.

kalau nak senang bawak juga la serunding dan sambil.lapar time balik kuliah tu boleh terus makan dengan roti.nak besh lagi masak nasi panas-panas makan dengan sambal.lagi satu tahun ini ada benda special yang dibawa terbang ke sana.jeng..jeng..jeng..teka ape dia??

blender untuk kemudahan masa depan..

blender..nak masak senang.masuk je bawang, cili dan rempah ratus.kemudian blend.then tumis.masuk la ayam or ikan or daging.then jadilah ayam masak merah.tu secara kasarnya lah.nak lagi detail kena menuntut la.

alat tulis pun kalau nak best cari la kat sini.kat sana mahal gile.pensil tekan tu boleh mencecah harga belasan ringgit.tapi pakai tak sampai satu hari dan tercabut sana sini.

tu je la setakat ini dahulu persiapan saya untuk pulang ke mesir kali ini.biskut raya tak bawak balik banyak pun.boleh la kalau nak rasa sikit sorang.

ok la..got to packing..esok saya update lagi untuk yang last..

p/s:entry ini bukan untuk menunjuk2..mahupun berbangga dengan apa yang ada.cuma mahu para sahabat bersyukur dengan apa yang diberi oleh kedua parents kita.bahagiakan mereka sebelum mereka menutup mata.balas la pengorbanan mereka dengan kejayaan kita..ameen!!!

wallahu'alam..