Saturday, October 18, 2008

kembali pening dengan karenah misriyyin...

bismillahi walhamdulillah..

sampai di cairo airport ketika subuh hampir habis..sempat meng'snap' gambar langit ketika awal subuh di atas flight..mungkin akan disiarkan untuk kali yang akan datang yang tidak tahu bile..hehe..

selepas urusan imigresen dan mengambil barang kami pun menunggu la di luar..telepon si helwa.kerana dia dan niah yang akan menjemput kami pagi itu.masa telepon tetibe wa minta maaf.terfikir jugak kenapa la si helwa ni minta maaf tetiba.nak kata raya memang la.rupanya mereka kena tinggal dengan mushrif.so mushrif tu datang sorang-sorang je la dengan ammu.hehe

kelakar la plak..bile ingatkan mereka kena tinggal..rupa-rupanya silap inform..nak buat camne..da terjadi..so si mushrif dengan senyum panjang mengkhabarkan kawan-kawan kami kena tinggal..

sesampai di mansoura..turunkan bag ke rumah saya dahulu.disebabkan takde kunci ingatkan nak tumpang rumah bawah dulu.tapi diaorang takde plak.ke kelas.sampai time kuliah.padan la.then tinggal je la bag tu kat bawah tangga.ke rumah kak ida (beyt sirru asrar) untuk makan kerana helwa dan niah telah menyediakan makanan untuk kami.mereka ponteng kuliah semata-mata untuk menyambut kami.thank you...

masa sampai di rumah kak ida, en.mushrif masih ade di sana mengangkat bag.dia tanya bag letak kat mane?cakap letak kat bawah tangga tu je..en.mushrif cakap tak selamat tu bahaya.saya pun senyap je la dengan kaki melangkah ke dalam rumah kak ida.rupanya helwa ada kunci rumah saya.huhu.bergegasla kembali ke rumah dengan kak ida untuk menyelamatkan barang saya yang letaknya hanya di bawah tangga..

takut juga..arab ni bukan boleh percaya.sebab beberapa hari sebelum saya pulang ke malaysia rumah arab bawah kami kena pecah masuk.komputer kena curi..

mase da dekat dengan rumah nampak la en.mushrif dengan jiran sebelah ikhwah tengah duk angat bag dan kotak.mungkin mereka mahu menyimpan bag saya itu di rumah jiran sebelah.nasi baik la cepat.kalau tak sempat la bag-bag tu duduk menginap di rumah jiran sebelah.so alang kepalang da ade ikhwah tu..mereka la angkat bag ke atas.letak je bag kami kembali semula ke beyt sirru asrar untuk makan dan berehat.

kemudian ketika hampir asar saya balik ke rumah semula untuk menukar baju dan mengemas bag.oleh kerana tidak tahu telekung letak kat mana kena la pergi ke imtiyaz untuk solat.malam itu saya tidur di imtiyaz..thank you dila kerana tumpangkan bilik sampai selasa ni.sementara menunggu farah balik.and setinggi-tinggi penghargaan untuk ahli beytnya..terutama si umi (yang mahu namanya disebut disini..hehe) merangkap ketua rumah imtiyaz yang baru kerana sudi menumpangkan diri ini.

takut juga tidur sorang-sorang selepas kejadian pecah rumah tu.siang-siang takpe lagi.malam-malam bile dah tidur tak ingat dunia tu..orang pecah masuk pun boleh tak sedar.ye tak??

then esoknya jumaat ke rumah siddiq untuk mengambil kunci kerana kunci sebelumnya telah diberi ke una.una nak ambil barang kat rumah.dijamu nasi lemak oleh ain dan zura.beraya makan biskut raya home made cookies yang epa buat sendiri..sedaaaaaap!!!promote...promote..

then balik kemas bilik...terlepas rindu mendengar kuthbah jumaat arab.lepas asar rasa badan macam panas-panas dah..then si aimi dan zue plak datang.mahu meminjam tong air pcm.mereka mahu membuat majlis solat hajat dan kenduri kesyukuran pindah rumah baru.mase tu tong ada kat imtiyaz.so kami bergerak ke imtiyaz untuk mengambil tong dan solat asar..

disebabkan dah janji dengan aida (housemate aimi dan zue) mahu tidur di rumah baru dia.so kena la pergi.sesampai je di rumah mereka terus makan panadol soluble..then tdo.kepala pusing..badan panas..sakit tekak..malam tu mereka ajak makan baru saya sedar.rupa-rupanya budak2 beyt siddiq pun ada..

untuk pengetahuan rumah mereka cantik dan selesa..masih dalam harga berpatutan..rumah tersbut adalah berkat pengobanan unit perumahan pcm..so sokong lah unit perumahan pcm..hidup unit perumahan!!

tolong je la mane-mane yang patut...naik ke rumah atas sekejap.melihat nadiah, intan dan wani.kemudian turun ke bawah kembali.kami sambung borak sambil membuat kerja.sudah lama rasanya tidak bersembang sebegitu.tidak seperti di malaysia..mahu borak dengan sape??hanya ummi dan ayah..rindu pada sahabat-sahabat..melihat telatah mereka yang sakat-menyakat tak kering gusi kami buatkan..suara pun da sedikit rock..after solat isyak..makan ubat sakit tekak..then tdo..

so, today adalah harinya..majlis kesyukuran dan solat hajat di beyt iltizam.ada laksa penang..colek..agar-agar dan air oren..besh2!!ramai orang datang...boleh jumpa dengan sahabat-sahabat yang hampir 3 bulan tak jumpa selepas pulang ke malaysia..rasa macam raya la plak..tapi memang raya pun..hehe..raya kan sebulan..

hari ini saya tidak ada suara...bangun-bangun pagi tadi..nak cakap..nape xdengar ape2 ni..cuba keluarkan suara..tak keluar pun..huhu..bersyukur..Allah tarik nikmat suara tu sekejap..suruh muahasabah..jangan banyak cakap..suara takde pun nak cakap lagi..hehe..moga Allah sembuhkan dan kembalikan suara saya...sangat susah bile tidak ade suara mahu bercakap.terpaksa mengguna bahasa isyarat...

so bersyukurlah dengan nikmat suara yang diberi.jangan digunakan untuk benda yang tidak berfaedah seperti mengumpat.esok dah start sekolah..kembali sibuk dengan buku.kembali sibuk dengan kuliah dan macam-macam lagi.bersedialah dari awal wahai diri..tahun ini dengan azam mahu mumtaz!!!ameen..ameen..ameen..


p/s:fakta menarik semasa ketibaan...

cuaca sejuk..dah nak masuk winter..sehari sebelum saya sampai (rabu) diorang cakap hujan air batu..really happen..ais seketul2 turun..
jerebu sangat tebal sepanjang perjalanan dari cairo ke mansoura...
jam sepanjang jalan..naseb baik jalan ke mansoura tak jam...
jalan kat tir'ah pun da jam sekarang...huhu..makin ramai orang agaknya...
student malaysia kat mansoura ni da 800 lebih..
junior saje da 400..nnt kita crite kisah junior baru mansoura plak ye dalam entri akan datang...
sesampai di istad jamiah mansoura..napelah mansoura ni makin kotor..kotor dari sebelumnya..bukan bermaksud sebelum ni bersih..kotor jugak..tapi la ni makin banyak sampah...


beyt imtiyaz
2345
18-oct-2008
tempat ku merempat untuk seminggu ini..
terima kasih tuan rumah..

4 comments:

As said...

jaga kesihatan baek2 ah..
harap2 blender tu sehat je sampai sana :D

kem salam ahlul bayt!

izzati.abdullah said...

hehe..sihat je alhamdulillah blender tu..tuan blender je demam tyme mula2 sampai ari tu..

ahli beyt xsmpai lagi..selasa ni paling awal..tu yang duk tdo rumah org..heheu too dear..jage kesehatan..nak exam dah tu!!

As said...

dah balik umah lum?

er..
untuk mengeratkan ukhwah kita, anda telah di tag :D aha!

sila klik di sini untuk maklumat lanjut

nur hamizah zakaria ... said...

salam dr...
time kacih sgat2 cOz byak tlOng sy dlm mengupdate kan blOg sy yg x sberapa

nie...

smOga kta sma2 akan mendapat naungan dr ALLAH swt d hari pengadilan-NYA nti...

amin...