Wednesday, November 20, 2013

Lets follow Ammar

Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. 

Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah.

 Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya. 

Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki. 

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan.

 Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

 Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

 Al Fatihah buat arwah Ahmad Ammar Ahmad Azam.



apabila beliau dikurniakan umur yang cukup pendek tapi penuh keberkatan. tersentuh melihat ramainya orang memuliakan jenazahnya, pengakhiran saya pula bagaimana nanti??? semoga lebih terus bersemangat untuk terus menyumbang untuk ummah walau pun sekelumit kuman cuma jasa itu.

Engkau ibarat Ammar bin Yassir ke2 yang juga merindukan syahid bertermu RABBnya! Tenanglah dikau disana. semoga semangat jihad dan dakwahmu menyubur iman remaja dan rakan-rakan seusiamu yang lalai dalam arus duniawi. Rakan sebangsamu sibuk mencari keseronokan dunia dan leka, sanggup meredah rumah lama untuk mencari hantu tetapi jarang sekali ke rumah Allah (masjid) untuk mencari Tuhan!

#letsfollowammar

Thursday, July 4, 2013

Mesir, Morsi Hikmah dan PerancanganNya yg Tersembunyi

Mesir!

bismillahi walhamdulillah…
sekali lagi hak demokrasi dinafikan.kali ini di Mesir tanah air kedua saya.SEDIH! sungguh hanya Allah yang tahu apabila setahun lepas 30 Jun kami rakyat Malaysia di Mesir menyaksikan gegak gempita Misriyyin menyambut kemenangan atas jatuhnya pimpinan kuku besi Husni Mubarak.Semalam hati kami kembali terluka dengan penafian hak seorang Presiden yang dilantik secara sah melalui pilihanraya paling telus dan bersih dalam sejarah Mesir.
 
Paparan skrin Al-Jazeera "Morsi Overthrown" menitikkan manik-manik jernih buat mereka yang tahu dan mengerti kehilangan seorang pemimpin yang ingin memperjuangan Islam.atas nama Islam beliau sanggup bergalang ganti darah dan nyawanya!Namun jika mempunyai jiwa-jiwa Bani Israel yang masih mengalir dalam pembuluh darah rakyatnya dan karat-karat jahiliyyah masih utuh susah untuk mengubah negara yang hampir ranap.

"Rome is never built in one year"
"Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya"

sebaliknya rakyat mesir harus mengubah mentality mereka, bukan hanya duduk bersembang di kedai kopi untuk mengubah negara, bekerjalah untuk negaramu!buanglah sampah ditempat yang disediakan bukan hanya menjaga kebersihan di kawasan depan kedai dan rumahmu sahaja!kalau ditulis satu-satu sikap dan tabiat mahu tidak akan habis sampai beberapa muka surat.

Amerika dan Israel sedang bertepuk tangan meraikan kejatuhan ini.Ayuh rakan-rakan sahabat-sahabat marilah kita bergerak dan merancang strategi untuk sebuah kemenangan.Kalaupun bukan kita yang akan menjadi saksi kemenangan itu, tapi adalah juga usaha-usaha kita untuk memasakkan bendera kemenangan. Dalam perjuangan memerlukan strategi untuk melawan kebodohan dan kejahatan musuh. Analogi saya sama macam kita main Candy Crush untuk menang strategi perlu ada barulah kita layak untuk menaiki level/ tahap yang lebih tinggi.


Jika mahu lihat islam kembali dijunjung tinggi, usaha untuk itu perlu ada dan bermula dari sekarang. Mulakanlah dengan Madrasah Ramadan yang akan sampai menjadi tetamu kita minggu hadapan. Layanlah tetamu ini sebaiknya supaya nanti bila ia pulang kita mampu mengenggam ijazah taqwa.

Suka saya lihat semua orang Malaysia di Mesir bersatu menyatakan sokongan kepada Dr Morsi dan menolak ketololan orang-orang arab Mesir ini. Kenapa di sini kita boleh bersatu untuk mempertahankan perjuangan Islam yang dibawa oleh Muslim Brotherhood tetapi kita tidak mampu menerima perjuangan yang dibawa oleh PAS???

Jatuh dan kembali bangun selepas kalah itu tanda kita masih mempunyai semangat juang. Jangan biarkan emosi kesedihan itu menguasai, Rasulullah SAW lagi dasyat ujian di mana di saat Baginda sangat-sangat memerlukan pertolongan, 2 orang yang Baginda sayang dijemput menghadap Ilahi pada tahun yang sama.

*Tulisan ini sedikit bingkisan untuk merungkaikan kesedihan di hati, mengubat luka yang kembali berdarah..
*Kenangan paling manis dalam sejarah hidup berkelana di bumi Nabi Musa ini pernah berada dibawah seorang pemimpin yang Hafiz
*DrMorsi, Egyptian not deserved you as a good Leader!

#30062012
#03072013

el-Tir'ah
el-Mansoura
1004am - 40713

Friday, March 29, 2013

Sekejap yang bermakna

Bismillahi walhamdulillah..

Walaupun sekejap tempoh saya pulang ke Malaysia kali ini tapi ia cukup bermakna buat diri ini. Cas tenaga dan bekalan semangat untuk meneruskan perjuangan di ardhi kinanah. Sungguh Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Pulang saya kali ini bukan sahaja untuk menghadiri majlis walimah sahabat baik saya tetapi juga sepupu yang turut mengadakan majlis menyambut menantu. Above from all of that itu bukan tujuan sebenar saya pulang. Cuma diri ini perlu untuk menukar angin demi sebuah perjuangan.

Alhamdulillah atas nikmat yang Dia berikan. Sedih bila mengingatkan sahabat-sahabat satu batch saya sudah pulang untuk berkhidmat kepada negara. InsyaAllah akan tiba masanya nanti.

Saya ingin kongsikan cerita2 yang saya dapat untuk dijadikan ibrah. Belum sempat menaip kerana kesibukan minggu ini.

Kembali bersemangat untuk menggerakkan Mansoura Medical Academy (MMA) dan seterusnya untuk menamatkan pengajian dengan jayanya. Doakan!

Sincerely,
IzzatiAbdullah
Kuala Lumpur International Airport
Heading to Cairo via Amman
29th March

Wednesday, February 20, 2013

Hati yang gundah gulana

Bismillah...

Dear blog..

I don't know where n to whom i should express this feeling.but i feel stress since after winter break.

Orang lepas cuti semangat sebab dah nak mulakan semester baru.saya tidak! I want to go back to my homeland which is Malaysia.kalau cuti kat tempat lain tak sama dengan pulang ke kampung sendiri. Its it true in fact i go to Hurghada last week but this feeling not wipe out, thus i feel it more growing and it cause pain in my heart.

Kena tukar suasana neh untuk dapatkan balik semangat yang mula hilang untuk meneruskan baki perjalanan tahun 5 yang masih panjang.sudah di suarakan tapi ummi ayah memang la tak bagi saya balik sebab bukan time cuti.sudah explain keadaan stress saya tapi tidak diterima.akhirnya saya menangis sendiri.nak balik kejap je 10 hari.huuuuu :'(

Susah nak cakap dan tak tahu macam mana nak cakap lagi.saya rasa nak balik sangat!!!ummi ayah tolong la faham. I want to go back not just because my bestfriend wedding but both of ummi and ayah will be back also to attend my cousin's wedding. So alang-alang mereka dah dekat terengganu saya pun nak balik tumpang sekaki!

Stress yang memerlukan saya mencari ketenangan di rumah.tak sama dengan berada di sini.betol kadang-kadang homesick, tapi saya jarang homesick. Kalau hati saya terdetik untuk pulang there is something wrong inside me. Something i need to repair. Something which is unexplainable. Feel like the heart is going to explode anytime.

Tapi orang kata sibukkan diri dan jangan layan sangat perasaan ini.rehat dan buat-buat sibuk untuk habiskan waktu sehari-hari...makin memberatkan lagi kepala saya.

Tapi mereka tak bagi sebab saya kena ponteng kelas.call pun last2 i end up with silent.speechless!...no words to say.

Tak tahu nak cerita pada siapa..so tulis la kat sini,biarlah blog baca (padahal ramai je orang boleh baca).

Saya tengok parents orang lain senang je bagi anak2 mereka jalan2...hmmm!

......ya Allah ampunkan dosaku,dosa kedua ibu bapaku..lembutkan hati mereka dan aku mahu pulang!!!


Tuesday, January 8, 2013

pesan pada diri.: Niat belajar.

pesan pada diri.: Niat belajar.:   بسم الله الرحمن الرحيم Sama ada kita berada pada awal pengajian, tengah atau hujung, niat belajar mesti sentiasa diluruskan...

Monday, January 7, 2013

Sonamu

bismillahi walhamdulillah...

entry ke-2 tahun 2013.apa khabar iman kita pada hari ini?

semoga kita sentiasa dalam peliharaanNya. Membaca berita di dada akhbar dan Facebook tentang Tropical Storm Sonamu yang bakal membadai di Pantai Timur sehingga rabu ini merisaukan hati ini. Terbayang semua wajah yang tersayang di bumi Terengganu sana. Semoga semuanya selamat dalam jagaanNya.

Kedatangan Sonamu ini mungkin adalah peringatan Allah buat kita semua. Semua dari kita tidak mempunyai kuasa walaupun sebesar zahrah, yang berkuasa sekalipun pasti akan musnah suatu hari nanti kerana semuanya kembali kepada Allah.



Peringatan:
Dalam kelekaan berhibur dgn AJL, NASA telah merakamkan imej ribut tropika Sonamu di perairan Laut China Selatan. Sonamu dijangka akan 'singgah' dan membadai perairan timur semenanjung Malaysia pada 8 Januari ini. Kalau tengok imej yg dirakam tu amatlah besar skalanya dan menggerunkan. 

Sama-sama kita berdoa dan bersolat hajat agar dijauhkan bencana alam ini. 

Dilaporkan pesakit-pesakit di HSNZ yang tidak kritikal dibenarkan pulang ke rumah. Pembedahan ditangguhkan selama 3 hari dan semua barang di bahagian bawah dipindahkan ke tingkat atas bagi mengelakkan apa-apa yang tidak diingini berlaku..


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

hari ini Kristian Koptik di Mesir akan menyambut Krismas mereka.so isnin iaitu hari ini cutiii yeayyyyyyyyyy!

I just wish that the Coptics will celebrate their Christmas today in harmony without any incident like last year. There was bombed accident during their celebration near church in Alexandria.

May the Egyptians, Muslims and their Coptic brothers, live happily together, building the great nation. 

*This is the first year of Christmas in which the new Coptic Pope of Alexandria, Pope Tawadros II presided over. And it is also the first Christmas for Coptic under Islamist rule of the Arab Republic of Egypt.

so many things to do today.so need to plan my time wisely.after all may Allah bless and protect our beloved one in Terengganu from Tropical Storm Sonamu :)

Tuesday, January 1, 2013

1.1.13

Verse 1:
Duhai Tuhanku
Jatuh bangun ku menghamba Mu
Kadang cinta kadang ku melupa
Tegaku menyiksa hidup sendiri

Duhai Tuhanku
Untuk yang kesekian kali
Ku bersujud meminta kembali
Hati yang dipijar indah cinta Mu

Verse 2:
Tuhan.. aku tanpa Mu
Hidupku menderita
Sunyi hati kelam jiwa
Bagai terpenjara

Tuhan.. biarkan kini
Aku dalam rahmat Mu
Meski jatuh dan terbangun
Ku tetap bertahan

[Ulang Verse 2]

Ku tetap bertahan

bismillahi walhamdulillah..

syukur kerana masih dikurniakan umur sampai saat ini untuk merasa hidup di tahun baru! SELAMAT TAHUN BARU 2013 buat semua :)

saya kongsikan sebuah lagu dengan lirik di atas.semoga tahun baru ini lebih mengajar kita untuk terus mengejar cintaNya.senang diungkap tapi susah diamal dan melekat dihati.aaahhh....!

ya Allah, jangan sampai suatu masa nanti di saat aku jatuh cinta..aku akan melupakan cintaMu..

tetapi jadilah cinta itu yang membawa aku untuk lebih mencintaiMu..

azam tahun baru saya tahun ini biasa-biasa sahaja ingin menjadi pelajar dan anak soleh kepada kepada ummi dan ayah serta orang yang bermanfaat kepada insan sekeliling. Menjadi yang lebih baik dari tahun sebelumnya.

semoga Allah mengiringi setiap langkah..bismillah 2013 moga yang terbaik dalam perancanganNya  :) :) :)

#tahniah buat fiza yang bakal menamatkan zaman bujangnya pada februari nanti

#2012 meninggalkan memori yang manis dalam lipatan kenangan
#mungkin boleh masukkan dalam wishlist untuk menjadi sayap kiri pada seorang mujahid! hahaha...
#kena menambahkan ilmu di dada selama masih ada peluang menghirup udara bumi nabi Musa!!

Friday, December 28, 2012

Jumaat Terakhir 2012

bismillah walhamdulillah...

hari ini jumaat terakhir tahun 2012..sekejapnya masa berlalu.beberapa hari lagi tahun baru bakal menyingkap tabirnya.moga rahmat dan hidayahNya sentiasa bersama kita.jangan lupa membaca al-kahfi pada hari yang berkat ini.

jumaat yang berkat ini saya telah berjumpa dengan seorang makcik penjual tisu di tepi jalan di kawasan kediaman.makcik ini telah saya kenal lebih 5 tahun yang lalu. Tempat biasanya di jalan depan rumah saya. Hari ini saya menegurnya seperti biasa..

"Mama, kenapa dengan jari tu?" kata saya menunding jarinya yang berbalut..

"Terkena pisau.." katanya sambil menyambung..

"..sakit, jantung pun lemah" memegang dadanya untuk mengatakan dia kurang sihat sebenarnya...

makcik tu mengulang dua kali mengatakan dia tidak sehat!

"Tidak ke hospital atau berjumpa doktor?" kata saya...

"Tidak...tiada duit!"

aahhh..hati saya rawan!saya tidak mampu menolongnya..Teringat tokmak di kampung menjadikan hati saya makin sayu. Mungkin makcik ini sebaya dengan nenek saya, dalam usia sebegitu masih berada di jalanan untuk mencari rezeki. Saya tidak pernah bertanya jika dia mempunyai ahli keluarga yang lain atau tidak. Ada anak-anak atau suami atau tidak? Bukan tiada niat bertanya tapi saya tidak mahu dia sedih jika apa yang saya tanyakan nanti boleh mengundang sendu..

Mungkin masa tidak sesuai untuk saya bertanya.

Tolonglah mereka yang memerlukan bantuan tidak kiralah sekecil mana pun bantuan tersebut kerana mungkin dengan bantuan kita boleh menggembirakan insan ini. Janganlah nanti bergaji besar kurang cakna pada mereka yang memerlukan.

"Semoga Allah memberkati makcik ini" jagalah dia sebagaimana Engkau menjaga ibu ayahku di kampung!

saya tinggalkan makcik ini dengan seribu satu macam fikiran di kepala!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Azam saya supaya nanti apabila sudah bekerja sebagai doktor saya tidak akan melupakan tugas saya memberi bantuan pada yang memerlukan terutamanya pada golongan yang tidak berkemampuan kerana mereka datang dari jauh dan tidak mempunyai wang.

Sebelum itu, belajarlah dengan bersungguh-sungguh!Kutiplah ilmu dengan sepenuh daya. JANGAN PONTENG! kerana keBERKATan ilmu yang kita perlukan.kalau tidak datang ke kelas dari mana kita dapatkan ilmu tersebut. Ilmu tidak turun bergolek dari langit.

Sedih dengan sahabat-sahabat yang masih tidak serius dalam mencari ilmu sedangkan sudah 5 tahun di mesir. Sudah lama meneguk debu Mesir menjadikan kita immune dengan sifat malas ke kuliah!

Tiada antibodi yang lagi kuat melainkan semua itu datang dari dalam diri kita sendiri untuk melawan sifat malas!penyakit boleh diubati, malas boleh dirawat!

Ingatlah sahabat, jangan kita menggadai nyawa pesakit disebabkan kita tidak cukup ilmu. Jangan kita laburkan duit pesakit demi mencari kesembuhan dari tangan orang seperti kita!

Tidak guna datang dari jauh tapi tidak ke kuliah. Bazirkan wang, tenaga dan masa. Ingatlah duit yang dilaburkan untuk membentuk modal insan seperti kita!

Walaupun penyakit ini dalam segelintir kalangan kita tapi ia perlu dirawat dari akar umbi kerana kita membawa nama baik kita, nama baik universiti dan persatuan!

sekian bebelan saya malam ini :) seeru 'ala barakatillah :)

#maaf tulisan tidak tersusun
#bestnya tengok sahabat2 Mansoura-Manchester habis final exam 6th year!
#sahabat2 konvensional tahun 6 tinggal lagi satu paper surgery dan satu subjek OnG
#adik2 semua sibuk dengan mid-year/mid-sem exam...all the best semua!


Thursday, December 20, 2012

Ada aku kesah?


bismillahi walhamdulillah…

kepimpinan dalam islam merupakan amanah penting bagi memastikan kesinambungan risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Perkara ini pernah ditegaskan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat RA ketika Abu Zar Al Ghaffari meminta jawatan, Baginda SAW menjawab: " Wahai Abu Zar..sesungguhnya ini amanah, engkau amat lemah, apabila engkau tidak menunaikan haknya ia akan memberikan penghinaan kepadamu di akhirat nanti.." (maksud Hadis).

dalam al-quran dan hadis banyak memaparkan kisah atau sejarah terdahulu serta sirah yang berlaku pada zaman Nabi SAW berkenaan konsep memilih seseorang atau lebih untuk dilantik sebagai wakil.Justeru konsep pemilihan merupakan salah satu cara untuk menaikkan atau melantik seseorang bagi membangunkan kepimpinan dalam sesebuah organisasi.

Dalam kisah pemilihan khalifah ke-3 selepas kewafatan Saidina Umar RA maka para sahabat yang menganggotai majlis syura telah berkumpul dan menyatakan pandangan dalam memilih seorang sahabat untuk dilantik sebagai khalifah ke-3.Zubair menyatakan pilihannya ialah Ali bin Abi Talib. Talhah pula memilih Usman bin Affan. Sa'ad pula memilih Abdul Rahman bin Auf. Maka terdapat 3 calon dalam menggantikan tempat khalifah dan hasil perbincangan selepas itu, Saidina Usman bin Affan telah dilantik menjadi khalifah ke-3.

Daripada peristiwa tersebut dapatlah kita lihat bahawa berlakunya pemilihan dan undian ke atas 3 calon. Hasil keputusan syura menunjukkan Saidina Usman bin Affan dipilih sebagai khalifah ke-3.
Walaupun situasi tidak sama sebagaimana pilihan raya yang berlaku pada hari ini namun dari sudut bahasa iaitu "memilih" ada dinyatakan. Situasi yang berlaku pada hari ini adalah berubah namun konsep pemilihan tetap berlaku mengikut situasi semasa.
Apakah hukum sekiranya kita tersilap memilih pemimpin?

pertama: golongan yang berpegang bahawa mengundi adalah satu kewajipan dan tanggungjawab sebagai ahli bagi memastikan pemimpin menjalankan amanah dengan sebaiknya.
Kesilapan memilih pemimpin yang tidak mengamalkan prinsip islam adalah tanggungjawab yang akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak. Tangan, kaki, mata, telinga, hati, bahkan seluruh anggota kita akan disoal dan akan bersaksi di hadapan Allah terhadap semua amal kita, termasuk amalan mengundi memilih kepimpinan.
Kedua: golongan yang hanya mendiamkan diri, tidak keluar mengundi untuk memilih pemimpin.
Mereka tidak peduli akan kehancuran social, tiadanya amar makruf nahi mungkar, tidak menjaga kebajikan ahli secara menyeluruh. Sikap ini melayakkan mereka untuk hilang hak mengeluh dan hilang hak bersuara, malah diam terhadap perkara mungkar yang sedang berlaku. Ini bermakna, mereka redha terhadap kemungkaran yang berlaku di depan mata.
"kalau saya turun mengundi apa yang saya dapat?"

apa yang kita dapat jika turun mengundi, ialah kita dapat mengekalkan wasilah perjuangan Rasulullah SAW. Jika pemimpin yang kita pilih tersebut membuat kebaikan dan kebajikan pahalanya juga akan tempias kepada kita, kerana kita yang memilih untuk menaikkan beliau dan sebaliknya jika pemimpin yang kita pilih membuat maksiat dan kezaliman kita juga akan mendapat dosa.

konklusi dari apa yang dinyatakan di atas saya berharap agar semua warga Perubatan Cawangan Mansurah agar dapat turun mengundi pada hari Jumaat ini bersamaa 21 Disember 2012 untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai ahli.

jika di Malaysia sahabat-sahabat di kampus univesiti sibuk bermanifesto dalam Pilihan Raya Kampus, tidak kurangnya kita di sini. Suasana tetap sama, walaupun sedikit berbeza. Tunjukkan sikap cakna kita terhadap perubahan yang bakal berlaku dalam struktur persatuan kita. janganlah nanti kita sibuk menyalahkan pimpinan jika apa yang kita inginkan tidak tercapai.

sekian wallahu'alam J

Muslimah Celik Politik
Fiqh Politik Islam

#alhamdulillah artikel ini telah dipaparkan di Page PERUBATAN Cawangan Mansurah dan juga blog JPC.

Wednesday, December 12, 2012

Arus Perubahan Bakal Berlaku...

bismillahi walhamdulillah...

sedar tak sedar sudah hampir tamat sesi kepimpinan yang lama.tahun ini PERUBATAN membuka satu lembaran baru dengan tertubuhnya Majlis Tertinggi Perubatan (MTP) membawakan seorang ikhwah dan seorang akhwat dari 7 universiti di Mesir ke Pusat membawa idea dan buah fikiran dari cawangan ke pusat.

berlakunya Mesyuarat Agung Khas untuk mengubal perlembangaan baru Perubatan, memberi impak baru kepada sebuah persatuan yang mengjaga kebajikan ahli keseluruhannya.kini Perubatan semakin bertapak kukuh sejajar dengan persatuan pelajar yang lain walaupun tidak kurang badai yang melanda.

ketika sesi kepimpinan hampir tamat maka akan berlaku pilihan raya untuk pemilihan jawatankuasa yang baru.pada tahun ini kerusi-kerusi panas sudah diketahui keputusannya kerana mereka menang tanpa bertanding.sesi pencalonan telah selesai maka sekarang tanggungjawab kita sebagai ahli untuk turun mengundi.sebelum mengundi eloklah kiranya kita mengenali calon-calon yang bakal bergelar pemimpin.





tahniah dan takziah buat Calon MTP serta Calon Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PCM yang telah menang tanpa bertanding.semoga Allah membantu langkah kalian dalam membawa hala tuju PCM ke arah yang diredhai Allah.seeru 'ala barakatillah :)

saya akan update isu-isu semasa yang bakal berlaku nanti..sudah nampak kempen-kempen dari calon-calon yang bakal bertanding.tahun ini ramai angkut batch untuk kempen secara pukal kerana ramai yang bertanding dari batch yang sama.kempenlah secara sihat untuk menunjukkan kredibiliti kita sebagai seorang mahasiswa..
sekian, wallahu'alam :)

ps:
#kena asah balik pena yg sudah hampir berkarat..duduk depan laptop ini je idea yg keluar.
#kena manage time to re-schedule my daily routine..masuk tahun klinikal tak pernah lagi berkongsi pengalaman..

Wednesday, September 5, 2012

AHLAN '12

Bismillahi walhamdulillah...

AHLAN wasahlan wamarhaban bikum kepada adik-adik baru gen8 yang bakal ke mansoura khususnya dan mesir amnya.saban tahun menunjukkan penambahan bilangan mahasiswa/i yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.

nasihat saya buat adik-adik yang bakal menjadi sebahagian 'keluarga besar' PERUBATAN Cawangan Mansurah datanglah ke Mesir untuk menjadi permata di celahan kaca kerana di Mesir semuanya ada.silap langkah anda akan merasai akibatnya.

carilah kawan-kawan yang baik yang boleh membantu menasihati sekiranya kita terleka kerana jauh dari keluarga membuatkan kita merasa 'bebas' untuk melakukan apa sahaja.

betulkan niat anda untuk belajar dan mengejar mumtaz kerana Allah.kenapa kita selalu diingatkan dengan niat?niat merupakan perkara asas yang akan memandu kita ke mana pun kita pergi.kalau niat kita salah kita akan menuju ke jalan yang salah, sebaliknya jika kita niat yang baik maka kita telah memilih jalan selamat dan insyaAllah akan dibantu oleh Allah.

janganlah pula kita masuk ke bidang perubatan ini kerana mengikut arahan ibu bapa.takut nanti kita yang bermasalah di masa hadapan. namun jika itu suratan takdir mengatakan adik-adik bakal menjadi doktor mohon doa moga Allah mudahkan laluan yang bakal dilalui di sepanjang liku-liku menjadi mahasiswa/i.

cubalah untuk mengaplikasikan konsep misr = mim + sod + ra dalam kehidupan seharian. (mim=musibah, sod=sabar, ra=redha) janganlah mengeluh dengan sikap arab yang bakal adik-adik lihat dan hadapi nanti.moga adik-adik berjaya menjadi doktor muslim yang bakal membangunkan malaysia suatu hari nanti.

kutiplah ilmu perubatan sebanyaknya disamping jangan dilupakan ilmu agama yang sangat banyak di mesir yang tidak dapat di tempat lain.kunjungilah madrasah IMAM NAWAWI jika berkelapangan (buatlah jadual supaya tidak tertinggal ilmu duniawi dan ukhrawi).

akhir sekali, SELAMAT DATANG, AHLAN, WELCOME ke MANSURAH:)



seeru'ala barakatillah...!!

9.28am
khamis 13/9/12
bintulu, sarawak

Thursday, August 30, 2012

5th year:)

bismillahi walhamdulillah...



alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan kasih sayangNya saya telah berjaya melangkah ke tahun 5.kalau diikutkan dengan usaha yang dibuat sangatlah tidak berpadanan dengan apa yang saya dapat, tetapi begitulah kasih sayangNya tetap memberi walaupun hambaNya sering lalai dalam setiap tanggungjawab.

walaupun saya tidak mencapai target yang dibuat, saya tetap bersyukur dengan apa yang saya dapat.alhamdulillah!!!

saya kena berusaha dengan lebih kuat lagi untuk tahun 5 mana markah subjek internal medicine sahaja sudah menyamai markah keseluruhan tahun 4!moga Allah membantu saya untuk menghadapi tahun 5 yang panjang dan mencabar:)

moga Allah redha
seere 'ala barakatillah...

Sunday, August 5, 2012

Nuzul Quran:)

bismillahi walhamdulillah..

salam nuzul quran buat semua.tarikh keramat 17 Ramadhan bermulanya penurunan wahyu pertama dan pelantikan rasmi Nabi Muhammad saw sebagai nabi dan rasul terakhir.kemudian tarikh 17 Ramadhan 2 hijrah berlakunya perang badar menunjukkan semangat jihad muslimin menentang musyrikin.



telah lebih separuh ramadhan meninggalkan kita.sudah tercapaikah misi dan target kita?quran kita sudah berapa juzuk hari ini?bersempena hari mulia ini marilah kita kembali kepada quran dalam setiap kehidupan kita.jika berasa letih lemah dan lesu selaklah kembali lembaran surat cinta ILAHI ini..


★ We ask: "Why are we tested?"

Allâh answers: ••► "Do people think that they will be left alone because they say: "We believe," and will not be tested. And We indeed tested those who were before them. And Allâh will certainly make (it) known (the truth of) those who are true, and will certainly make (it) known (the falsehood of) those who are liars, (although Allâh knows all that before putting them to test). [Surah Al Ankaboot (29): 2-3]

★ We Ask: "Why could I not get what I desire?"

Allâh answers: ••► "May be that you dislike a thing which is good for you and that you like a thing which is bad for you. Allâh knows but you do not know. [Surah Al-Baqarah (2): 216]

★ We Ask: "Why is this burden so hard?"

Allâh answers: ••► "Allâh burdens not a person beyond his scope." [Surah Al-Baqarah (2): 286]

★ We Ask: "Why do i feel so frustrated?"

Allâh answers: ••► "So do not become weak (against your enemy), nor be sad, and you will be superior (in victory) if you are indeed (true) believers." [Surah Al-E-Imran (3): 139]

★ We Ask: "How do i face this?"

Allâh answers: ••► "And seek help in patience and As-Salât (the prayer) and truly it is extremely heavy and hard except for Al-Khâshi'ûn [i.e. the true believers in Allâh - those who obey Allâh with full submission, fear much from His Punishment, and believe in His Promise (Paradise,) and in His Warnings (Hell, )]." [Surah Al-Baqarah (2): 45]

★ We Ask: "To Whom should i only put my hope?"

Allâh answers: ••► "Allâh is sufficient for me. Lâ ilâha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), in Him I put my trust and He is the Lord of the Mighty Throne." [Surah At-Tawba (9): 129]

★ We Ask: "What could i get from this all trials and tests?"

Allâh answers: ••► "Verily, Allâh has purchased of the believers their lives and their properties for (the price) that theirs shall be the Paradise." [Surah At-Tawba (9): 111]

★ We Ask: "I can't take it anymore!"

Allâh answers: ••► "and never give up hope of Allâh's Mercy. Certainly no one despairs of Allâh's Mercy, except the people who disbelieve." [Surah Yusuf (12): 87]

★ We Ask: "Till when should i be in this languish state?

Allâh answers: ••► "Verily, along with every hardship is relief, Verily, along with hardship is relief (i.e. there is one hardship with two reliefs, so one hardship cannot overcome two reliefs)" [Surah Ash-Sharh (94): 5-6]





17 Ramadhan 1433H


beyt hannan


mansoura mesir

Thursday, July 5, 2012

Nisfu Syaaban


bismillahi walhamdulillah...
SELAMAT MENYAMBUT NISFU SYAABAN.imarahkan 15 hari sebelum kita menyambut pesta ibadah dan kedatangan tetamu agong Ramadhan.BALIGHNA RAMADHAN:)
Apakah Hukum Membaca Yasin 3 Kali Di Malam Nisfu Sya'ban ?
Jawapan dari Ustaz Abdul Kadir Al Jofree :
Sebagai menjawab persoalan yang diajukan, Nisfu Sya'ban biasanya dimaksudkan 15 Sya'ban. Malam nisfu Sya'ban pula adalah malam 15 Sya'ban (14hb siangnya, malamnya, dipanggil malam 15 ya).
Di negara Arab dan Nusantara, biasanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Sya'ban setiap satu dengan niat tersendiri, yang akan diajarkan oleh para guru. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya, memandangkan dilakukan oleh para Fuqaha' zaman berzaman dari dahulu lagi.
Perkara ini tidak dinisbahkan kepada Rasulullah sendiri. Akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadah tersebut tidak bertentang dengan syara' (samaada dilakukan bersendirian mahupun beramai-ramai itu sekadar satu teknik dakwah). Contohnya, zikir, doa, membaca Al-Quran, membuat kelas ilmu dan sebagainya.
Para ulamak kita di tempat lain (di Mesir, beberapa tempat di Saudi, Yaman, Siria, Nusantara, dan lain-lain) kebanyakannya tidak bersetuju dengan fatwa tersebut (Fatwa Dr Yusof Al Qardhawi yang menolak amalan Yasin 3 kali dan mengatakan ia adalah bid'ah yang diada-adakan). Oleh kerana itulah amalan beramai-ramai pada malam Nisfu Sya'ban ini dilakukan oleh para ULAMA' zaman berzaman di merata tempat sejak zaman salaf lagi.
Di bawah ana nukilkan tulisan Sidi Abu Muhammad pada menceritakan Nisfu Sya'ban dengan jelas dan adil ya...
Adapun kelebihan Malam Nishfu Sya'baan itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada Mu'az bin Jabal radhiallahu 'anhu,
bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam yang maksudnya :
"Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya'baan, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan."
 [ Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban]
Di Malam Nishfu Sya'baan juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.
Berkata Imam asy-Syafi'ie dalam kitabnya al-Umm:
"Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya 'Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nishfu Sya'baan."
Malam Nishfu Sya'baan merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu'az bin Jabal radhiallahu 'anhu di atas.
Adapun cara menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi'in dari penduduk Syam. 
Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah,
Bahawa para tabi'in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma'dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nishfu Sya'baan. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.

Para tabi'in tersebut menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan dengan dua cara:
* Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.
* Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.
Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan dengan membaca Al-Quran seperti membaca surah Yaasiin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi'in itu.
Berhubung dengan persoalan sholat khas Nishfu Sya'baan, maka berlaku khilaf antara ulama kita, ada yang mensabitkannya seperti Hujjatul Islam al-Ghazali dan ada yang memandangnya sebagai bid'ah yang keji. Khilaf berlaku pada pengkhususan sholat yakni memandang adanya satu sholat khusus malam tersebut seperti tarawih atau sholat hari raya. Untuk keluar dari khilaf bagi sesiapa yang hendak bersholat, maka lakukanlah sholat-sholat sunnat seperti sunat Awwabin (di antara waktu Maghrib dan Isya'), sembahyang tahajjud, akhirnya sembahyang witir atau sembahyang sunat muthlaq . Sembahyang sunat muthlaq ini boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada Malam Nishfu Sya'baan atau pada malam-malam yang lain.
Sedikit tambahan lagi:
Amalan-amalan ini merupakan teknik yang pelbagai dalam menyampaikan dakwah oleh para ulama silam yang amat pakar dalam menyampaikan dakwah mereka ke seluruh pelusuk dunia. Adapun teknik-teknik amalan yang dilakukan oleh sesetengah pihak bergantung kepada para ulamak yang mengajarkan dan kepada siapa diajarkan. Semuanya adalah dibenarkan selagi mana tidak melanggar syara'. Sama ada hendak solat sunnah, berzikir atau membaca Al-Quran bergantung kepada kemampuan individu.
Perkara-perkara ini tidak patut sama sekali diperselisihkan atau ditentang. Biarlah manusia lain ingin beramal sedayanya tanpa kita sibuk menutup jalan-jalan kebajikan ini. Apapun perkara ini adalah dalam batasan perselisihan yang dibenarkan oleh syara'. Berlapang dadalah jika pihak lain tidak bersetuju dengan kita, selagi mana menjaga akhlak Islam.
Malang sekali jika perkara-perkara besar dalam masyarakat tidak dihiraukan, tetapi kita lebih suka membicarakan adakah boleh melakukan amalan pada malam nisfu Sya'ban atau tidak. Tetapi, kita lebih risau jika digolongkan di kalangan mereka yang menentang apabila perbuatan makruf dilakukan, manakala apabila perbuatan mungkar dilakukan, duduk diam sahaja tidak diendahkan. Na'udzubillah min zalik. Inilah akibatnya jika tidak mempunyai kefahaman jitu dalam ikhtilaf serta ujub dengan diri sendiri dalam ilmu yang dimiliki.
Semoga kita sama-sama dapat menggarap kemuliaan malam Nisfu Sya'ban yang menjelang. Semoga Allah menggolongkan kita di kalangan mereka yang mendapat pengampunan dan rahmat-Nya pada malam tersebut. Amiin.
Wallahu A'lam
Sumber: http://jomfaham.blogspot.com
-artikel i luv islam

Monday, June 25, 2012

Hari ini dalam sejarah Mesir

bismillahi walhamdulillah...


Mesir, 24 Jun 2012, hari ini dalam sejarah Mesir berakhirnya sebuah penantian dengan perlantikan rasmi Dr. Mohamed Morsy sebagai Presiden Mesir pertama selepas revolusi lebih kurang setahun lepas 25 Januari 2011. hari ini air mata penduduk mesir basah di medan tahrir sujud penuh kesyukuran kepada Ilahi, Tuhan sekelian alam yang memberikan kemenangan bermakna ini.

teringat doa nabi yusuf dalam surah yusuf ni..

Maka tatkala mereka masuk ke (tempat) Yusuf: ...."Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah dalam keadaan aman." [Yusuf:99
Presiden negara kedua selepas Palestin yang menghafal quran.begitu juga semua ahli keluarganya yang juga menghafal quran.Beliau juga merupakan insan yang bukan melantik diri sendiri sebagai calon presiden tetapi menerima taklifan Majlis Syura ikhwan muslimin selepas calon pertama Ikhwan, Ir.Khairat Shatir tidak boleh bertanding atas beberapa masalah.

takbir!!!!Allahuakbar:)
Menewaskan calon fulul Mubarak Mohamed Syafiq dengan kemenangan besar walaupun berbagai-bagai provokasi dibuat untuk mengalahkan Dr.Morsy.Ikhwan Muslimin ditekan dari pelbagai sudut sehingga kepada pembubaran Ikhwan Muslimin. tetapi Alhamdulillah berkat doa dan kuatnya pergantungan kepada Allah maka hari ini Allah memberi kemenangan kepada yang hak kepada mereka yang ingin memperjuangan islam.

melihat kepada struktur politik dan kestabilan ekonomi banyak yang perlu Dr.Morsy kemudikan.moga Allah membantunya menghadapi mehnah dan tribulasi serta kekangan daripada pelbagai pihak mahupun dari dalam dan luar negara.kuasa besar dunia semestinya tidak mahu kepada kemenangan Dr.Morsy kerana mereka takut akan kebangkitan islam.

rakyat Mesir sujud syukur di Medan Tahrir
boleh masuk Guinness World Record ni

saya kagum dengan semangat orang mesir yang sanggup berpanasan di bawah mentari dengan suhu lebih 38 darjah celcius untuk membawa suara rakyat.walaupun begitu mereka tetap teguh di tengah medan tahrir berkumpul.

di mana saluran tv malaysia tidak menyiarkan kemenangan Dr.Morsy
bahkan seluruh dunia menyaksikan:)
melihat kepada penyelewangan yang berlaku semasa pilihanraya saya teringat kepada negara tercinta Malaysia.perkara yang sama berlaku kebobrokan politik yang membawa kepada pecah amanah rasuah dan pelbagai masalah sosial dan ekonomi.mereka yang meng'gila'kan kuasa terus bermaharajalela menabur wang demi mengutamakan periuk nasi sendiri.

Ke mana kesudahan Ahmed Syafiq? Minggu depan dia akan memberikan keterangan di mahkamah sbg saksi dlm kes pembunuhan penunjuk perasaan d Tahrir yg berlaku pd 2 dan 3 Februari 2011 yg dikenali sbg mauqiet aljamal. Ketika itu Syafiq sbg Perdana Menteri.dikatakan perancang utama.

Subhanallah, when Mubarak was in power, Dr. Mursi was in jail, and now that Dr. Mursi is in power, Mubarak is in jail! "O Allah, Owner of Sovereignty, You give sovereignty to whom You will and You take sovereignty away from whom You will. You honor whom You will and You humiliate whom You will. In Your hand is all good. Indeed, You are over all things competent." (Aali-Imran 3:26)


Ajaib sungguh penjara Mesir. Masuk kedalamnya Nabi Yusuf a.s dan setelah keluar diangkat menjadi Raja Mesir. Masuk kedalamnya juga Dr. Mursi dan setelah keluar diangkat menjadi Presiden Mesir.
~Ismail Haniyyeh, PM Palestin.


Jom kenali Presiden baru Mesir...
"Ingat, anda menang bukan kerana kekuatan anda. Bukan mereka yg disekeliling anda. Bukan juga usaha pasukan anda. Tapi ia kurniaan Allah. Jika anda mentaati Allah, kami akan mentaati anda. Jika anda menderhakaNya, maka kami akan menentang anda."







mari kita kenali Presiden Ke-5 Mesir:


 Dilahirkan pada Ogos 1951, di wilayah Syarqiyyah.
- Dia, isteri dan 5 orang anaknya merupakan penghafal al-Quran
- Menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari Universiti Kaherah pada tahun 1975. 
- Master dalam Kejuruteraan Metalogi dari universiti yang sama pada tahun 1978. 
- PhD dalam bidang kejuruteraan dari Universiti Southern California, 1982.

- Bekerja sebagai pensyarah, pembantu, dan pengganti di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Kaherah,
- Pengajar dan pembantu di University of Southern California,
- Profesor dan pembantu di Universiti Ridge Utara di Amerika Syarikat di California antara tahun 1982-1985.
- Ketua Jabatan Bahan Sains, Fakulti Kejuruteraan Universiti Zagazig tahun 1985 - 2010.
- Pakar penyelidik bahan di bidang industri Mesir.
- Punyai puluhan penyelidikan "rawatan permukaan logam," dalam bidang saintifik.
- Mengambil bahagian dalam NASA dalam pembangunan enjin Space Shuttle pada awal tahun 80an.
- Sebahagian artikelnya diterbitkan oleh NASA.
- Memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation
- Ahli Jawatankuasa Provinsi Timur Menentang Zionisme, 
- Ahli Persidangan Antarabangsa pihak dan kuasa politik, kesatuan sekerja, 
- Ahli pengasas Jawatankuasa untuk menentang projek Zionis.

- Pengerusi parti kebebasan dan keadilan 
- Ahli Biro Bimbingan Ikhwan Muslimin
- Ketua blok Ikhwan Muslimin di Parlimen sesi 2000-2005, 
- Di Era Mubarak Dr. Mohamed Morsi antara yang ditangkap berkali-kali, selepas pilihanraya dimanipulasi 2005, 
- Ditangkap pada pagi Mei 18, 2006 dengan 500 ahli-ahli Ikhwan yang lain di utara Kaherah, 
- Menghabiskan masa 7 bulan di dalam penjara.
- Pada 2012 dilantik Majlis Syura Ikhwan bagi menyandang tempat bagi calon Presiden Mesir.
- Pada pusingan pertama pilihanraya, beliau memenangi tempat pertama dengan undi 5 764 952 undi iaitu sebanyak 24.4% seterusnya melayakkan beliau ke pusingan kedua yang akan diadakan pada 16 dan 17 Jun nanti.


sudah berulang kali buat peneman study malam ni:)

Sumber 
- Pilihanraya Mesir
- Facebook Ustaz Abdul Malik
- Facebook sahabat2 Mesir yang sama2 meraikan kemenangan.

tak tergambar dengan kata-kata saat mendengar pengumuman Dr.Morsy sebagai Presiden Mesir.ada air hangat menitis mengiyakan kebesaran ilahi. "jika mahu melihat islam tertegak di negaramu, tegaklah islam dalam dirimu dahulu"
moga Malaysia dan negara islam lainnya bakal mengorak langkah yang sama suatu hari nanti.sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat:)
love egypt as my 2nd hometown.

beyt hannan
240612
4 Syaaban 1433