Monday, June 25, 2012

Hari ini dalam sejarah Mesir

bismillahi walhamdulillah...


Mesir, 24 Jun 2012, hari ini dalam sejarah Mesir berakhirnya sebuah penantian dengan perlantikan rasmi Dr. Mohamed Morsy sebagai Presiden Mesir pertama selepas revolusi lebih kurang setahun lepas 25 Januari 2011. hari ini air mata penduduk mesir basah di medan tahrir sujud penuh kesyukuran kepada Ilahi, Tuhan sekelian alam yang memberikan kemenangan bermakna ini.

teringat doa nabi yusuf dalam surah yusuf ni..

Maka tatkala mereka masuk ke (tempat) Yusuf: ...."Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah dalam keadaan aman." [Yusuf:99
Presiden negara kedua selepas Palestin yang menghafal quran.begitu juga semua ahli keluarganya yang juga menghafal quran.Beliau juga merupakan insan yang bukan melantik diri sendiri sebagai calon presiden tetapi menerima taklifan Majlis Syura ikhwan muslimin selepas calon pertama Ikhwan, Ir.Khairat Shatir tidak boleh bertanding atas beberapa masalah.

takbir!!!!Allahuakbar:)
Menewaskan calon fulul Mubarak Mohamed Syafiq dengan kemenangan besar walaupun berbagai-bagai provokasi dibuat untuk mengalahkan Dr.Morsy.Ikhwan Muslimin ditekan dari pelbagai sudut sehingga kepada pembubaran Ikhwan Muslimin. tetapi Alhamdulillah berkat doa dan kuatnya pergantungan kepada Allah maka hari ini Allah memberi kemenangan kepada yang hak kepada mereka yang ingin memperjuangan islam.

melihat kepada struktur politik dan kestabilan ekonomi banyak yang perlu Dr.Morsy kemudikan.moga Allah membantunya menghadapi mehnah dan tribulasi serta kekangan daripada pelbagai pihak mahupun dari dalam dan luar negara.kuasa besar dunia semestinya tidak mahu kepada kemenangan Dr.Morsy kerana mereka takut akan kebangkitan islam.

rakyat Mesir sujud syukur di Medan Tahrir
boleh masuk Guinness World Record ni

saya kagum dengan semangat orang mesir yang sanggup berpanasan di bawah mentari dengan suhu lebih 38 darjah celcius untuk membawa suara rakyat.walaupun begitu mereka tetap teguh di tengah medan tahrir berkumpul.

di mana saluran tv malaysia tidak menyiarkan kemenangan Dr.Morsy
bahkan seluruh dunia menyaksikan:)
melihat kepada penyelewangan yang berlaku semasa pilihanraya saya teringat kepada negara tercinta Malaysia.perkara yang sama berlaku kebobrokan politik yang membawa kepada pecah amanah rasuah dan pelbagai masalah sosial dan ekonomi.mereka yang meng'gila'kan kuasa terus bermaharajalela menabur wang demi mengutamakan periuk nasi sendiri.

Ke mana kesudahan Ahmed Syafiq? Minggu depan dia akan memberikan keterangan di mahkamah sbg saksi dlm kes pembunuhan penunjuk perasaan d Tahrir yg berlaku pd 2 dan 3 Februari 2011 yg dikenali sbg mauqiet aljamal. Ketika itu Syafiq sbg Perdana Menteri.dikatakan perancang utama.

Subhanallah, when Mubarak was in power, Dr. Mursi was in jail, and now that Dr. Mursi is in power, Mubarak is in jail! "O Allah, Owner of Sovereignty, You give sovereignty to whom You will and You take sovereignty away from whom You will. You honor whom You will and You humiliate whom You will. In Your hand is all good. Indeed, You are over all things competent." (Aali-Imran 3:26)


Ajaib sungguh penjara Mesir. Masuk kedalamnya Nabi Yusuf a.s dan setelah keluar diangkat menjadi Raja Mesir. Masuk kedalamnya juga Dr. Mursi dan setelah keluar diangkat menjadi Presiden Mesir.
~Ismail Haniyyeh, PM Palestin.


Jom kenali Presiden baru Mesir...
"Ingat, anda menang bukan kerana kekuatan anda. Bukan mereka yg disekeliling anda. Bukan juga usaha pasukan anda. Tapi ia kurniaan Allah. Jika anda mentaati Allah, kami akan mentaati anda. Jika anda menderhakaNya, maka kami akan menentang anda."







mari kita kenali Presiden Ke-5 Mesir:


 Dilahirkan pada Ogos 1951, di wilayah Syarqiyyah.
- Dia, isteri dan 5 orang anaknya merupakan penghafal al-Quran
- Menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari Universiti Kaherah pada tahun 1975. 
- Master dalam Kejuruteraan Metalogi dari universiti yang sama pada tahun 1978. 
- PhD dalam bidang kejuruteraan dari Universiti Southern California, 1982.

- Bekerja sebagai pensyarah, pembantu, dan pengganti di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Kaherah,
- Pengajar dan pembantu di University of Southern California,
- Profesor dan pembantu di Universiti Ridge Utara di Amerika Syarikat di California antara tahun 1982-1985.
- Ketua Jabatan Bahan Sains, Fakulti Kejuruteraan Universiti Zagazig tahun 1985 - 2010.
- Pakar penyelidik bahan di bidang industri Mesir.
- Punyai puluhan penyelidikan "rawatan permukaan logam," dalam bidang saintifik.
- Mengambil bahagian dalam NASA dalam pembangunan enjin Space Shuttle pada awal tahun 80an.
- Sebahagian artikelnya diterbitkan oleh NASA.
- Memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation
- Ahli Jawatankuasa Provinsi Timur Menentang Zionisme, 
- Ahli Persidangan Antarabangsa pihak dan kuasa politik, kesatuan sekerja, 
- Ahli pengasas Jawatankuasa untuk menentang projek Zionis.

- Pengerusi parti kebebasan dan keadilan 
- Ahli Biro Bimbingan Ikhwan Muslimin
- Ketua blok Ikhwan Muslimin di Parlimen sesi 2000-2005, 
- Di Era Mubarak Dr. Mohamed Morsi antara yang ditangkap berkali-kali, selepas pilihanraya dimanipulasi 2005, 
- Ditangkap pada pagi Mei 18, 2006 dengan 500 ahli-ahli Ikhwan yang lain di utara Kaherah, 
- Menghabiskan masa 7 bulan di dalam penjara.
- Pada 2012 dilantik Majlis Syura Ikhwan bagi menyandang tempat bagi calon Presiden Mesir.
- Pada pusingan pertama pilihanraya, beliau memenangi tempat pertama dengan undi 5 764 952 undi iaitu sebanyak 24.4% seterusnya melayakkan beliau ke pusingan kedua yang akan diadakan pada 16 dan 17 Jun nanti.


sudah berulang kali buat peneman study malam ni:)

Sumber 
- Pilihanraya Mesir
- Facebook Ustaz Abdul Malik
- Facebook sahabat2 Mesir yang sama2 meraikan kemenangan.

tak tergambar dengan kata-kata saat mendengar pengumuman Dr.Morsy sebagai Presiden Mesir.ada air hangat menitis mengiyakan kebesaran ilahi. "jika mahu melihat islam tertegak di negaramu, tegaklah islam dalam dirimu dahulu"
moga Malaysia dan negara islam lainnya bakal mengorak langkah yang sama suatu hari nanti.sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat:)
love egypt as my 2nd hometown.

beyt hannan
240612
4 Syaaban 1433




Sunday, May 20, 2012

Salam Rejab

Pesanan Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre hafizahullahu ta'aala wa ra'aah sebentar tadi, Hari Selasa bermula 1 Rejab, jadi esok malam (Isnin) adalah malam 1 Rejab..Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab..

Jadi, esok malam, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab.. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT.. Yang paling bagus sekali Istighfar disebut sebagai "Sayyidul Istighfar" bermula dari esok malam..Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar..

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

(Allahumma baariklana fii rajabin wa sya’baana wa ballighnaa ramadhaan)

Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikan (Hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan”. (HR Baihaqi)
Jom puasa sunat esok untuk memperbanyakkan lagi amalan kita!..;)

Monday, May 14, 2012

Pesan Ulama Buat Pelajar Perubatan



Mutiara ilmu dari Fadhilatus Sheikh Dr. Yusri Rushdi Syed Jabr Al-Hasani buat Medical Student

kenali DR Yusri : http://putramanz.blogspot.com/2009/07/jom-kenali-dan-cintakan-ulama-syeikhuna_22.html

1. Adalah perlu bagi penuntut ilmu perubatan belajar dengan penuh tanggungjawab sehingga dia menjadi pakar dalam bidangnya. Ketika ayahku meninggal ketika aku masih belum tamat pengajian perubatan, aku terfikir untuk keluar bekerja dan mengumpul duit. Syaitan sentiasa mendorong berbuat demikian namun aku mengambil keputusan untut tetap meneruskan pengajian walaupun dalam keadaan payah. Imam Syafie berkata: Jika kamu meninggalkan seorang guru ketika belum sampai masanya, maka Allah akan haramkan kebaikan padamu. Menuntut ilmu memerlukan masa yang panjang dan kecerdikan (zakiyy).

2. Seorang doktor Muslim perlu menguasai ilmu qawaid fiqhiyyah dan qawaid tibbiyah. Perlu juga menguasai maqasid syari’yyah iaitu menjaga akal, harta, agama, jiwa dan nasab. Contohnya dalam masalah percampuran nasab seperti bank sperma, ini dilakukan oleh mereka yang jahil dan tak beriman kepada Allah. Tak patut bagi seorang doktor Muslim melakukan demikian kerana kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam.

3. Seorang guru kamu yang mahir dalam ilmu perubatan umpama syeikh kamu dalam agama. Bersungguh-sungguhlah menuntut ilmu daripadanya.

4. Doktor Muslim perlu menguasai sepenuhnya ilmu perubatan. Jika dia mengambil keputusan untuk membedah seorang pesakit, padahal ada cara lain yang lebih baik untuk merawat pesakit tersebut, tetapi tidak diketahui oleh doktor tersebut lantaran kurang ilmunya, maka dia akan disoal di hadapan Allah di akhirat nanti. Doktor perlu tahu sejauh mana keperluan untuk melakukan pembedahan atau tidak, terutama kepada pesakit yang datang yang minta dibedah untuk mengubah ciptaan Allah. (pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan). Doktor Muslim tersebut perlu mengetahui hukum dan menasihati pesakit tersebut dengan baik.

5. Doktor Muslim perlu menghormati manusia sebagai ciptaan Allah. Sebenarnya, kebanyakan ilmu perubatan yang dipelajari hari ini diambil dari fahaman Barat yang menganggap manusia umpama sekeping daging yang tak berguna, bukan makhluq Allah yang perlu dihormati. Kita perlu perbetulkan kembali fahaman yang salah ini. Hubungan dengan pesakit adalah hubungan kasih sayang dan rahmah dengan makhluq Allah, bukan merawat dengan tujuan untuk membuat uji kaji atau bereksperimen. Anggaplah pesakit umpama diri kita sendiri yang perlu ditolong, pasti kita akan memberikan rawatan yang terbaik.

6. Doktor Muslim perlu arif dengan perkembangan terkini dan semasa ilmu perubatan, kerana ilmu ini berkembang dengan pesat, serta kaitkannya dengan hukum agama.

7. Doktor wajib menjaga rahsia dan aurat pesakit, dilarang berdua-duaan dengan pesakit yang berlainan jantina. Buka aurat untuk pemeriksaan sekadar perlu @ darurat @ jika tak dapat dielakkan sahaja.

8. Pastikan doktor Muslin ini berbeza dengan doktor bukan Islam. Kamu bukan dijadikan untuk dunia, tetapi kamu dijadikan untuk akhirat. Rezeki sudah ditentukan Allah, itqan (bersungguh-sungguh) dalam pekerjaanmu itulah yang dituntut. Hikam Ibhu A’thaillah menyebut: kamu sibuk dengan perkara yang telah ditentukan (rezeki), dan mnjauhkan diri dari perkara yang dituntut (bersungguh-sungguh) adalah dalil Allah mencabut pandangan baik dari jiwa kamu.

9. Saidina Ali meyebut; Kedudukan seseorang adalah pada apa yang dia kuasai, bukan apa yang dia miliki. Apa yang mampu kita beri pada orang lain itu lebih baik daripada apa yang kita miliki.

10. Penting bagi seorang doktor Muslim terlibat dengan misi kemanusiaan. Aku pernah bertanya kepada Dr. Abdul Qadir Qutb, seorang pakar pembedahan tentang bagaimana untuk menjadi hebat dalam bidang ini? Beliau menjawab: Mahu tak mahu, kamu perlu terlibat dalam misi peperangan, maka kamu akan mendapat pengalaman umpama kamu terlibat dalam ilmu perubatan selama 20 tahun.

11. Ketika terpilih untuk misi kemanusiaan di sempadan Afghanistan,aku sempatmerawat 150 orang pesakit. Seorang doctor Afghanistan merasa kagum lantaran banyak pembedahan yang aku lakukan berjaya. Beliau bertanya apakah rahsianya dan aku menjawab; Aku bukan membuatnya dengan tangan, tetapi aku membuatnya dengan hati.

12. Pesanan untuk pelajar perubatan; tuntutlah ilmu untuk mencari redha Allah, bukan tujuan untuk dipandang manusia. Ilmu perubatan adalah ilmu yang bermanfaat untuk manusia. Tanda menuntut ilmu kerana Allah: panjang masanya, bersungguh-sungguh, rendah diri kepada sahabat2 dan pesakit, hormati guru yang mengajar kita. Kekallah dengan apa yang telah ditentukan Allah, itu adalah tanda wali Allah

~Manusia adalah ciptaan Allah yang agung, jadi persediaan untuk merawat makhluq Allah ini perlulah hebat.

Dataran Hayyu A’syir, 7 April 2011.
Wallahua’lam.

Sunday, April 1, 2012

getaran IMAN

bismillahi walhamdulillah..

[khayalan di petang hari]

saya nak ajak sahabat-sahabat berkhayal bersama saya sebentar.
pernah tengok tak mesin ECG???
penah tengok wave yang mesin tu translatekan untuk kita baca tahap kesihatan jantung manusia?

agak-agak lah... bagaimana situasi pesakit??? doktor??? masyarakat??? engineer yang buat alat-alat canggih perubatan??? sekiranya mesin ECG or ECHO boleh baca dan translatekan getaran IMAN, GRADE IMAN, PENYAKIT ROHANI HATI dalam jantung setiap manusia???

saya tinggalkan sebentar untuk anda berkhayal dan melihat hasil khayalan kalian.
selamat berfikir. =) saya akan kembali untuk merumuskan apa yang terfikir. Insyaallah.









.......








mencanang jawapan khayalan jika...
ECG boleh membaca getaran IMAN dan menterjemahkan TAHAP KEIMANAN , PENYAKIT ROHANIAH jantung manusia???

1. bertambahlah amanah dan tanggungjawab seorang doktor. sudah pasti tugas doktor juga perlu merawat penyakit rohani jantung.

2.secar langsung pelajar perubatan perlu mempelajari ilmu rawatan fizikal dan rohani jantung.

3.Insyaallah golongan yang paling cuba menjaga kesihatan fizikal dan rohani jantung adalah doktor, kerana kitalah yang perlu terlebih dahulu menghayati pathophysiology, medication dan treatment untuk penyakit seperti ini.

4.Rawatan rohani jantung mungkin melonjak naik nilainya di mata manusia, kerana mereka merasakan ia adalah seperti penyakit-penyakit lain [ DM, Hypertension] yang common dalam masayrakat dan perlu dirawat.

5.ECG akan menjadi compulsary investigation for every single disease in the world!!!

6.akhirnya , tidak dapat tidak doktorlah, yang perlu mempelajari anatomy, physiology, pathophysiology, and treatment for "ROHANIAH HEART DISEASE"

walaupun ini khayalan semata-mata...cuba renungkanlah, bukankah ini sebenarnya tugasan kita dalam bidang ini??? berusaha menyembuhkan penyakit fizikal manusia demi memastikan kita dan mereka tunduk mentaati perintah ALLAH dengan penuh rela.





khayalan ini adalah copy paste dari post seorang sahabat yang ditampal di dinding group facebook..
semoga ianya menjadi satu motivasi buat kita yang bakal berkecimpung dalam bidang kesihatan..





selamat bekerja buat bestfriend tersayang sebagai seorang doktor!

Saturday, March 3, 2012

jatuhnya khilafah turki uthmaniyyah pada 3 MAC 1922

bismillahi walhamdulillah

RASA SEDIH DAN INGIN MENANGIS BILA MELIHAT GAMBAR INI..
Gambar ini adalah Gambar Khalifah terakhir kita Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Memperingati 90 tahun sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM.
KEMBALIKAN PEMERINTAHAN KHALIFAH!!!!!

Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Hari ini 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 90 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.

Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.

Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.

Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.

Kini, telah 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.

Bagaimana keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia.

Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walau pun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion).

Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini? 

Monday, November 7, 2011

walimah @ tanta


bismillahi walhamdulillah...

berkesempatan mengunjungi tanta untuk eidulADHA tahun ini atas jemputan sahabat yang baru mendirikan rumah tangga pada september lalu.atas inisiatif untuk mengeratkan silaturahim saya meninggalkan bumi mansourah menuju ke tanta bersama amani.thanks amani sudi temankan!

memikirkan kerja yang bertimbun di mansourah, kesian ajk ADHA dan MAWAR '11 (majlis ADHA & walimatul urus) yang bakal berlangsung esok hari, rasa tidak sedap pula.demi sahabat yang walimah nya di malaysia saya tidak dapat hadiri saya turun juga ke tanta.


3 pasang pengantin berkongsi mengadakan walimah pada hari yang sama.nurul liyana mohd nor dan suaminya shafiq affandi baharin segak mengenakan persalinan putih.berbaju pink: pengantin perempuan merupakan mahasiswi tahun 5 perubatan tanta dengan suaminya ustaz yang sedang menyambung pengajian master dalam bidang al-Quran.manakala yang terakhir merupakan pasangan zulkifli mohamad (tahun 5 perubatan) dan isteri yang baru menamatkan pengajian di malaysia.


sesampai kami di tanta kami di layan sebagai vip majlis.tidak pernah lagi saya menjadi vip sebelum ini.meraikan kami yang datang jauh dari mansourah mungkin dengan kekecohan timbalan pengerusinya kami makan di tempat vip.makan daging unta 

apapun pengalaman di tanta kali ini mengurangkan rindu kampung halaman untuk melihat sawah padi.smoga ukhuwah yang terjalin akan terus erat.susah untuk mencari ukhuwah semanis dan seerat dengan sahabat2 semasa di darul Quran.tautan hati kami sungguh kuat walau di mana kami berada..ameen!

Tuesday, October 25, 2011

untuk adik2 yang disayangi

bismillahi walhamdulillah...

sudah lama saya ingin menulis surat cinta buat adik-adik seperjuangan yang diri mereka sangat Allah sayang.merekalah insan yang dipilih Allah untuk menjadi seorang yang tabah dan cekal.

wahai adik2 yang disayangi, ingatlah ujian bukan membuatkan kita lemah tetapi mampu membina kekuatan jika kita menyelak tabir hikmah yang ada.janganlah berputus asa.inilah masa untuk kita muhasabah dan mendekatkan diri kepadaNya.jangan hiraukan bisikan syaitan yang bakal mematahkan akal sihat kita.abaikan juga kata-kata yang membingitkan telinga.

bangunlah wahai jiwa yang telah berusaha dan bertawakal padaNya.anda telah berusaha sebaiknya tetapi rezeki anda Dia simpan untuk suatu waktu yang terbaik buat anda.saya bukanlah insan yang layak untuk menguraikan mutiara kata semangat buat adik-adik semua.namun atas permintaan seseorang saya tuliskan juga.moga-moga kata yang bakal terluah ini mampu menyelusur masuk ke hati-hati untuk bangkit meneruskan perjuangan kita yang masih panjang.

saya juga pernah melalui jalan yang adik-adik lalui sekarang.pernah gagal dan pernah mengulang tahun.tapi atas nasihat dan semangat dari ayah bonda, sahabat-sahabat dan housemates saya bangun!tanpa menoleh ke belakang gagal kali kedua saya istikhoroh sama ada mahu meneruskan perjuangan di bumi mesir atau tidak.akhirnya Allah masih memilih saya untuk terus berjuang di sini.banyak hikmah yang saya singkap untuk dua tahun kebelakangan ini.alhamdulillah~

terima kasih buat adik beradik PUTERI yang tak pernah meninggalkan saya dan tidak putus-putus mendoakan yang terbaik buat saya.tidak lupa buat ahli beyt yang selalu menceriakan dan merawat duka saya.tak saya lupa jasa mereka terutama kanutt yang selalu bebel kat saya!kata-kata dan cerita dia saya sematkan dalam hati moga suatu hari nanti saya dapat lalui dan belajar apa yang dia cerita...alhamdulillah bile saya dengar apa yang doktor ajar kat kelas 'macam pernah dengar je'..saya senyum sendiri, ni macam pernah soal kanutt je..hahaha.

sekarang adik-adik perlu setting balik niat, kenapa saya nak amik medik ni?kenapa saya datang sejauh ini?setting kan kembali niat asal anda pada mula-mula anda mencecahkan kaki di bumi mesir yang penuh debu ini.jangan pernah menyerah kalah.jika niat anda betul dan ikhlas, Allah akan mudahkan.

kemudian settingkan balik jadual hidup anda.jangan ingat anda gagal kali ini anda akan gagal lagi pada masa akan datang.hidup perlu diteruskan.muhasabah kembali kenapa aku diuji begini.adakah hak yang aku belum tunaikan?hak sesama ahli beyt hak sesama sahabat atau siapa sahaja.paling penting adakah aku tunaikan hak Dia Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Allah tidak akan menguji hambanya melainkan dengan kemampuan.pusingkan kembali tabiat atau cara study.maybe pada masa itu ada cara yang salah yang patut dibetulkan.akhir sekali ingatlah Allah sentiasa kerana Dia tidak pernah melupakan hambaNya..ihfazillah yahfazka!

-kegagalan lalu menjadikan saya seperti yang anda lihat saya sekarang...