Sunday, April 24, 2011

lama tak update~

bismillahi walhamdulillah...

sudah lama tak menulis.tiada kesempatan untuk meluah rasa di sini.hari-hari balik lambat dari kuliah kemudian malamnya dihiasi dengan tuisyen.begitulah hidup saya sekarang.cumanya malam ini saya mahu luahkan perasaan berbuku saya sekarang..bercampur baur..semua ada!

petang tadi saya mendapat call ada liqo mentor (SC untuk mentor) sebelum exam.saya dapat call sekitar jam 550petang yang mana maghrib akan masuk dalam masa setengah jam lagi.dalam hati berbelah bahagi mahu pergi atau tidak.kan tak pergi nanti Allah tanya amanah..so pergilah dengan dalam hati ni hanya Allah sahaja yang tahu masa tu..istighfar dan pujuk hati betulkan niat.kan tak dapat pahala plak gi dengan niat yang salah...





saya tak suka buat kerja last minute dan saya tak suka tak organized dan sistematik.saya juga bukanlah orang yang perfect dalam bab ini.tapi saya cuba untuk menjadi lebih organized dan sistematik.tidak salah untuk kita mencuba.kadang2 orang nampak kita berdakwah ke sana ke mari tetapi lupa akan hal yang kecil.tak nampak.atau buat2 tak nampak.kena muhasabah balik setiap yang kita buat.

bercakap atas dasar nasihat untuk diri sendiri.saya cuba untuk tanamkan 10 sifat peribadi muslim dalam diri.tarbiah terbesar adalah tarbiah untuk diri sendiri.kena bentuk diri sendiri dahulu dalam masa yang sama tidak mengabaikan orang sekeliling.


ntah la, sebagai seorang bakal pengamal perubatan masa adalah sangat penting buat kita.even sesaat.if kita lambat sesaat maka nyawa pesakit adalah dibawah tanggungjawab kita.so bayangkan if kita lambat dan kita tidak dapat menyelamatkan nyawa mereka apa yang kita akan jawab nanti?ye btol kalau itu takdirnya Allah mengambil nyawa pada masa itu, tapi perlu diingat kita kena berusaha dan melakukan sehabis baik dalam setiap yang berlaku.

sorry if ada yang pernah kena beleber dan marah dengan saya seperti adik2 comel di rumah sebelah.korang tahu kan saya macam mana.terima kasih kerana memahami dan terima kasih juga atas segalanya.kata orang kalau kita tak suka orang buat benda yang kita tak suka..jangan kita buat benda tu kat orang lain sebabnya maybe benda tu akan berulang..dunia ibarat putaran roda..kalau tak kena kat kita kena plak kat anak cucu kita..cubalah membuat sesuatu dengan usaha yang MUMTAZ,selebihnya serahkan tawakal kita pada Allah..

sekarang tengah berbahagia sebab cuti sampai hari isnin.kerana ikan masin (fisikh correct me if i'm wrong) kami bercuti dan cuti hari pembukaan sinai serta good friday, ester day..tengah menghafal dan revise untuk practical yang bakal menjelma seminggu lebih lagi..

thanks sebab baca entry yang ntah pape ni sampai habis..moga ada manfaat..sirru'ala barakatillah..




Saturday, April 2, 2011

Gempa di Greece terasa di eGypt

bismillahi walhamdulillah...

semalam ada berita gempa di greece dengan magnitude 5.9.agak kuat sehingga tempiasnya gegarnya terasa di mesir.status facebook sahabat-sahabat maya menyatakan cairo,alexandria dan tanta terasa gegarnya.tapi puratanya budak-budak mansoura tak rasa gegar sikit pun.tapi tak tahu kami tak perasan ke apa.

dunia yang makin tua.setiap hari kita dengar bencara alam yang menjadi peringatan dariNya buat kita supaya kita sentiasa ingat tentang hari akhir yang semakin dekat.moga kita sentiasa muhasabah setiap amalan.bila difikirkan dan dimuhasabah kembali betapa kerdilnya kita di hadapan Yang Maha Pencipta.

MasyaAllah..takutnya rasa diri...Dunia bakal KIAMAT !! KIAMAT sudah dekat !!
antara tanda2 kiamat sudah dekat,berlakunya GEMPA yg bermula di TIMUR,seterusnya BARAT dan akhir sekali di TANAH ARAB..bukankah kita semua telah saksikan bagaimana gempa di negara TIMUR yaitu Jepun?? Di BARAT juga berlaku gempa di Christchurch dan yg TERBARU! di GREECE sehinggakan TANAH ARAB yaitu MESIR juga turut bergegar selama 2 minit tempias dari gempa di Greece...MASYAALLAH!!!YA Allah..Ampunilah dosa-dosa kami serta keluarga kami dan akhirilah hidup kami dengan amalan AHLI SYURGA dan janganlah kiranya ENGKAU akhiri hidup kami dengan amalan AHLI NERAKA...amiin...

Wahai diriku dan muslimim serta muslimat...cukupkah bekalanmu ke HARI AKHIR?!
TEPUK DADA..TANYA IMANMU...


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH,MAHA PENYAYANG.

APABILA MATAHARI DIGULUNG,

DAN APABILA BINTANG-BINTANG BERJATUHAN,

DAN APABILA GUNUNG-GUNUNG DIHANCURKAN,

DAN APABILA UNTA-UNTA YANG BUNTING DITINGGALKAN (TIDAK TERURUS),

DAN APABILA BINATANG-BINATANG LIAR DIKUMPULKAN,

DAN APABILA LAUTAN DIPANASKAN,

DAN APABILA RUH-RUH DIPERTEMUKAN (DENGAN TUBUH),

DAN APABILA BAYI-BAYI PEREMPUAN YANG DIKUBUR HIDUP-HIDUP DITANYA,

KERANA DOSA APA DIA DIBUNUH?

DAN APABILA LEMBARAN-LEMBARAN (CATATAN AMAL) TELAH DIBUKA LEBAR-LEBAR,

DAN APABILA LANGIT DILENYAPKAN,

DAN APABILA NERAKA JAHIM DINYALAKAN,

DAN APABILA SYURGA DIDEKATKAN,

SETIAP JIWA AKAN MENGETAHUI APA YANG DIKERJAKANNYA.

(Surah AT-TAKWIR: Ayat 1 hingga 14)

Sedarlah...sedarlah wahai diri...

thanks to syafa for the notes=)

today, ummi dan ayah selamat berangkat untuk ke bintulu.hari ini transit sehari di rumah abang ja di bandar seri putra.esok baru terbang ke kuching dan seterusnya ke bintulu.syukur kereta yang di cargo selamat tiba di jabatan kimia bintulu.selamatkan perjalanan ibu ayah ku dan mudahkan segala urusan mereka ya Allah.till meet again.sirru 'ala barakatillah..

Sunday, March 20, 2011

currently @ beyt hannan, mansoura, egypt

bismillahi walhamdulillah..

selamat tiba di bumi kinanah tepat jam 1 tengah hari tadi.after 3 hours journey safely arrived at beyt hannan.cuaca yang sejuk di akhir mac yang biasanya sudah suam-suam kuku.winter belum habis rupanya..

banyak yang kena buat.checklist pertama, unpacked the bag.then, masukkan dalam plastik supaya tak berdebu.second, kena kemas bilik.after that as a must kena baca buku yang dah sebulan lebih ditinggalkan gantung tak bertali.

buku-buku akan ku rujuk semula dengan kalian semua.kini pesan 'selamat bercinta dengan buku'.owh saya banyak dapat semangat dari kamu semua [orang dah nak habis belajar - As, Kini, Wawa, Kmah].kena la rajin.booster dose dah berlebih ni.hehe

before departure ari tu ada call along di indon, bestfriend sorang tu tengah merajuk tak jumpa dia ari tu masa dia balik sekejap.nak wak camne tak berjodoh pada waktu tu.saya ke KL supaya tiket flight yang sepatutnya fly tidak burn begitu sahaja.sory dear.i see u next time.miss u damn much here!!!

miss afham,melia n piyah='(

cik nurul balik la rumah nenek!!

paling tak leh lupa bila si kecik ni pegang kaki masa kat airport.then dia nanges sampai ke kereta.naseb baik tak pandang ke belakang..kalau tak banjir airport sultan mahmud='(
pandai sangat posing kalu amik gambar

melepaskan bosan di aiport

last  capture before fly..

sebut pasal rindu saya rindu afham,piyah n melia.untuk itu saya kena struggle supaya dapat pulang melepaskan rindu...

last but not least blog akan diupdate jarang2 lepas ni kerana mungkin jadual kelas yang penuh demi mengejar silibus yang masih banyak tertinggal.till we meet again.sirru 'ala barakatillah=)

Monday, March 14, 2011

kena pindah Bintulu, Sarawak

bismillahi walhamdulillah..

terkejut dengar berita yang ayah akan bertukar ke bintulu, sebaliknya dari meeting di ibu pejabat kimia petaling jaya.bak kata ummi suka dalam duka.

ini merupakan kali pertama ayah bekerja jauh, jauh di seberang laut china selatan.terpaksa tinggalkan rumah.sudah beberapa kali ayah menolak untuk bertukar.tetapi kali ini memang tidak boleh tolak lagi demi mencari sesuap rezeki.

kalaupun dapat tukar ke terengganu semula dalam masa dua tahun setengah lagi after pengarah terengganu sekarang pencen.[moga dimakbulkan impian ayah nak pencen di tanah kelahirannya]

sebelum ini asyik-asyik duk usik ummi kalaulah dapat bintulu.kan dah termasin cakap nak gi bintulu sokmo.kalau tak boleh la duk kota bharu or kuantan.kesian ummi takleh shopping.hehe.takpe ummi tengok-tengok negeri orang.cari pengalaman.dah tua-tua baru nak tercampak jauh..hehe

kurniakanlah yang terbaik buat ummi ayahku.KAU peliharalah mereka tak kira di mana mereka berada.


tahniah ayah atas kenaikan pangkat!
selamat menjadi pengarah di bintulu
moga kerja ayah dimudahkan=)


p/s:next time boleh gi bintulu..hehe

Saturday, March 5, 2011

selamat pengantin baru buat NAEL!!

بارك الله لكما و بارك عليكما و جمع بينكما في الخير


selamat pengantin baru buat sahabat tersayang
Nailah & Azhar
selamat bercinta sampai syurga!!!
dikurniakan zuriat soleh solehah
sentiasa dalam sakinah,mawaddah & rahmah
moga beyt muslim yang dibina sentiasa 
diberkati dan dirahmati Allah=)

Thursday, February 17, 2011

pesan Sheikh Sha'rawi kepada HM

Syeikh Al Sya`rawi pernah berpesan kepada Mubarak di saat akhir kehidupan beliau..tetapi akibat tidak mampu menahan nafsu sang penguasa yang zalim..nah!!! rasakan kebangkitan rakyat melawan kerajaan toghut kamu..janji ALLAH PAStikan berlaku..!!!

- Terjemahan -

Dan sesungguhnya aku (Sheikh Mutawalli Sya'rawi).. wahai Tuan Presiden, aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah. Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku dengan menjadi munafiq. Aku tidak akan mempamerkan dari diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu..

Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya. Sama ada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa. Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka. Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang dia suka. Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu. Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan)..

Allah Taala telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah Taala kata?
"..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan (Namrud)..." - (Surah al-Baqarah:258, al Quranul Karim)

Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa yang dia mahu. Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah. Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya. Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia..

Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu.Aku berkata kepada kamu sekalian, Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi. Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah : "..Wayamkuruuna wayamkurullah.." (dan mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang). Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah : "..Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida.." (Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga)

Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik. Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam;
"..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya..".

Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita! (Sheikh Mutawalli Sya'rawi memegang bahu Mubarak dan berkata;) "..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq(menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban(untuk menghadapi kami).



sumber: Facebook

Saturday, February 12, 2011

Mesir & revolusi

bismillahi walhamdulillah...

sudah hampir 2 minggu berada di rumah, sepatutnya winter break yang berakhir semalam dianjakkan kepada 20 hb Februari. ini bermakna bertambah lagi seminggu cuti kepada kami mahasiswa/i di mesir.jarang-jarang mendapat cuti yang 'tiba-tiba' seperti ini kerana mesir memang kurang cuti umum tidak seperti di malaysia.tambahan dengan kelas yang sentiasa penuh menyebabkan kami sentiasa menghitung bilakan cuti umum bakal tiba walaupun cuti itu hanya sehari tetapi ia tetap dinanti!

entah bila kami akan pulang untuk menjadi musafir menuntut ilmu di sana.tarikh kepulangan masih samar-samar lagi.menunggu arahan daripada pihak kerajaan tentang keadaan di sana.namun dalam pemerhatian saya, keadaan akan tetap sama jika Mr.President HM masih tetap berdegil untuk berada di atas.rakyat mesir yang telah lama menanti untuk penukaran sistem pemerintahan tidak akan mudah menyerah kalah jika hasrat mereka tidak dipenuhi.

masih tidak jemu-jemu berkhemah di dataran tahrir membawa semua ahli keluarga untuk satu perubahan.teringat kata seorang doktor pharma, Dr.Nabil " here in egypt they will be change their president in 100 years" menunjukkan bahawa susahnya untuk membuat satu perubahan.apa yang pasti rakyat mesir yang bangkit untuk intifada ini kebanyakkannya adalah golongan remaja dan mahasiswa university.hasil dari kebangkitan oleh rakyat Tunisia baru-baru ini.

semoga Allah membantu mereka menegakkan keadilan di bumi para nabi.bantulah mereka supaya kami masih boleh menyambung pengajian di sana.kami tidak ingin menyambung pengajian di tempat lain kerana ianya tetap tidak sama.perkenankanlah doa kami!ameen!

perasaan takut tetap ada dalam diri kami namun demi sebuah jihad untuk menuntut ilmu kami tetap kuatkan semangat.kami sudah biasa melihat demostrasi dalam kuliah jika ada event besar atau apa yang mereka tidak puas hati dengan pihak pentadbiran university.demostrasi itu diadakan secara aman dengan banner dan  perarakan mengelilingi setiap bangunan kuliah.itulah semangat rakyat mesir!

saya menitiskan air mata melihat semangat kebangkitan yang mereka ada:


i love egypt=)