Thursday, February 17, 2011

pesan Sheikh Sha'rawi kepada HM

Syeikh Al Sya`rawi pernah berpesan kepada Mubarak di saat akhir kehidupan beliau..tetapi akibat tidak mampu menahan nafsu sang penguasa yang zalim..nah!!! rasakan kebangkitan rakyat melawan kerajaan toghut kamu..janji ALLAH PAStikan berlaku..!!!

- Terjemahan -

Dan sesungguhnya aku (Sheikh Mutawalli Sya'rawi).. wahai Tuan Presiden, aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah. Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku dengan menjadi munafiq. Aku tidak akan mempamerkan dari diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu..

Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya. Sama ada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa. Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka. Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang dia suka. Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu. Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan)..

Allah Taala telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah Taala kata?
"..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan (Namrud)..." - (Surah al-Baqarah:258, al Quranul Karim)

Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa yang dia mahu. Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah. Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya. Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia..

Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu.Aku berkata kepada kamu sekalian, Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi. Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah : "..Wayamkuruuna wayamkurullah.." (dan mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang). Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah : "..Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida.." (Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga)

Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik. Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam;
"..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya..".

Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita! (Sheikh Mutawalli Sya'rawi memegang bahu Mubarak dan berkata;) "..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq(menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban(untuk menghadapi kami).



sumber: Facebook

Saturday, February 12, 2011

Mesir & revolusi

bismillahi walhamdulillah...

sudah hampir 2 minggu berada di rumah, sepatutnya winter break yang berakhir semalam dianjakkan kepada 20 hb Februari. ini bermakna bertambah lagi seminggu cuti kepada kami mahasiswa/i di mesir.jarang-jarang mendapat cuti yang 'tiba-tiba' seperti ini kerana mesir memang kurang cuti umum tidak seperti di malaysia.tambahan dengan kelas yang sentiasa penuh menyebabkan kami sentiasa menghitung bilakan cuti umum bakal tiba walaupun cuti itu hanya sehari tetapi ia tetap dinanti!

entah bila kami akan pulang untuk menjadi musafir menuntut ilmu di sana.tarikh kepulangan masih samar-samar lagi.menunggu arahan daripada pihak kerajaan tentang keadaan di sana.namun dalam pemerhatian saya, keadaan akan tetap sama jika Mr.President HM masih tetap berdegil untuk berada di atas.rakyat mesir yang telah lama menanti untuk penukaran sistem pemerintahan tidak akan mudah menyerah kalah jika hasrat mereka tidak dipenuhi.

masih tidak jemu-jemu berkhemah di dataran tahrir membawa semua ahli keluarga untuk satu perubahan.teringat kata seorang doktor pharma, Dr.Nabil " here in egypt they will be change their president in 100 years" menunjukkan bahawa susahnya untuk membuat satu perubahan.apa yang pasti rakyat mesir yang bangkit untuk intifada ini kebanyakkannya adalah golongan remaja dan mahasiswa university.hasil dari kebangkitan oleh rakyat Tunisia baru-baru ini.

semoga Allah membantu mereka menegakkan keadilan di bumi para nabi.bantulah mereka supaya kami masih boleh menyambung pengajian di sana.kami tidak ingin menyambung pengajian di tempat lain kerana ianya tetap tidak sama.perkenankanlah doa kami!ameen!

perasaan takut tetap ada dalam diri kami namun demi sebuah jihad untuk menuntut ilmu kami tetap kuatkan semangat.kami sudah biasa melihat demostrasi dalam kuliah jika ada event besar atau apa yang mereka tidak puas hati dengan pihak pentadbiran university.demostrasi itu diadakan secara aman dengan banner dan  perarakan mengelilingi setiap bangunan kuliah.itulah semangat rakyat mesir!

saya menitiskan air mata melihat semangat kebangkitan yang mereka ada:


i love egypt=)