Tuesday, December 28, 2010

Thursday, December 16, 2010

Kisah bidadari As-syura

Athiah bin Khalaf adalah seorang saudagar Mesir yang terkenal. Pada asalnya, beliau adla seorang yang kaya-raya, namun akhirnya beliau telah jatuh miskin. Satu-satunya kekayaan yang masih tertinggal padanya adalah sepasang pakaian yang dikenakannya.


Pada Hari Asyura, 10 muharram, Athiah bin Khalaf menunaikan shalat subuh di masjid Amru bin Ash. Ketika ia sedang duduk sendirian disalah satu sudut masjid, datanglah seorang ibu bersama beberapa orang anak yang masih kecil-kecil.


“Tuan, tolong lepaskanlah aku dan anak-anakku dari kesulitan hidup. Suamiku telah meninggal tanpa mewariskan apa-apa. Pekerjaan meminta-minta baru aku lakukan sekali ini. Aku juga keluar rumah kerana terpaksa. Tolonglah tuan.”


Sejenak Athiah berfikir, apakah yang mesti diberikan pada wanita itu? Sedangkan ia sendiri tidak memiliki apa-apa, kecuali pakaian yang melekat di badannya. Jika pakaian ini kusumbangkan, akan terbukalah auratku, fikirnya. Tapi jika ku tolak permintaannya, bagaimana nanti kata Rasulullah saw terhadapku.


“Baiklah, ikut aku ke rumah,” ajak Athiah lembut. Sesampai di rumah ia menyuruh wanita tersebut menunggu diluar. Setelah membuka pakaiannya, Athiah menyerahkan kepada wanita itu dari balik pintu.


“Mudah-mudahan Allah SWT memberi tuan pakaian dan perhiasan dari syurga. Tuan tidak akan lagi memerlukan bantuan dari orang lain selama hidup.”


Athiah sangat gembira mendengarnya. Setelah itu ia hanya mengunci diri dalam kamar. Ia berzikir siang malam. Sampailah pada suatu malam ia bermimpi melihat seorang bidadari yang cantik molek. Tangan kiri bidadari itu memegang epal beraroma harum dan setelah dibelah keluarlah sejumlah perhiasan syurga. Bidadari itu mengenakan perhiasan syurga kepada Athiah, lantas duduk menghiburnya.


“ Siapakah engkau?” Tanya Athiah.


“Saya Aasyura, isteri mu dalam syurga ini,” jawab bidadari itu.


“Bagaimana saya boleh mendapatkan kebahagiaan seperti ini?”


“Berkat doa wanita yang engkau tolong kelmarin.”


Athiah tersentak. Ia bangun dari tidurnya dengan riang gembira. Lantas mengambil air wudhu' dan solat dua rakaat, sebagai pernyataan syukur kepada Allah SWT. Usai solat, Athiah bin Khalaf berdoa. “Ya Allah, andai benar mimpiku tadi dan bidadari itu yang akan menjadi isteriku, cabutlah nyawaku sekarang juga, supaya aku segera mendapatkannya.”

Belum sampai ia mengaminkan doanya, Allah telah memakbulkan permintaannya. Pada waktu itulah Athiah meninggal dunia.

sumber: FACEBOOK

Monday, December 6, 2010

salam maal hijrah 1432


bismillahi walhamdulillah...

berakhirnya asar petang tadi, bermulalah kalendar baru islam 1432 hijrah.tidak seperti kalendar masihi yang akan bermula pada tengah malam.bersamalah kita membaharui niat dan azam untuk tahun yang baru ini.baru dari segenap segi.

amalan biasa yang dilakukan adalah akan membaca doa akhir tahun pada selepas asar sebelum masuk waktu maghrib dan selepas maghrib kita akan membaca doa awal tahun.doa awal tahun yang saya rasa semangat baru yang bakal menjalar dalam segenap pembuluh darah kita yang akan dibawa ke mana-mana selagi hayat masih dikandung badan.

moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas dan sebelumnya.banyak ibrah (pengajaran) yang boleh kita ambil dari sirah nabawi.sirah yang berlaku lebih seribu tahun masih segar dan wajar diingati setiap kali tahun baru bermula.sesuai dengan hadis pertama :

"sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan rasul,maka hijrahnya dikira kerana Allah n rasul..."
(hadis pertama : hadis 40 an-nawawi)


salam maal hijrah 1432
menyelusuri sirah nabawi 
ke arah pembentukan jati diri
perjuangan memerlukan pengorbanan
mencari semangat yang hilang=)

hari ini lebih baik dari semalam
hari esok lebih baik dari hari ini
berhijrah ke arah yang lebih baik
dari yang MALAS kepada RAJIN
dari MAKSIAT kepada MAARUF...