Sunday, October 24, 2010

Thoriq Ziyad - Our brand new Son shine

bismillahi walhamdulillah...

hari ini hari yang mengembirakan semua orang mansoura kerana kami dapat lagi seorang anak sedara.yea!tahniah kiki & ust.kadir atas kelahiran cahaya mata pertama..dilahirkan di hospital dengan berat 3 kg (around 8am) dengan kelahiran normal.

hari ni juga adalah birthday cik nuT.so tak dapat la gi tengok ziyad lagi.sambut birthday kanutt dekat ocean.thanks kanutt for the meals (birthday gurl belanja).kelaka la plak rasa sebab baru ni kanutt ada cerita dia cakap kat kiki suh baby keluar tarikh sama birthday dengan dia..tup tup saya gi kelas hari ni ada orang cakap kiki dah bersalin..masin btol mulut kakak sorg ni!

rasa macam baru semalam je prepare and pergi kenduri kiki ni..dan baru seminggu lepas kaki baby tu duk tendang2 muka auntie pada majlis kesyukuran Puteri..apa pun tahniah untuk mereka berdua!!

Muhammad Thoriq Ziyad b Abd Kadir
(umi & abi dia nak bagi nama lain sebenarnya)

mirip kiki
(dah dapat kat kiki dulu nama thoriq ziyad)

aunties yang penyayang!

dah buke mata~

share the same birthday with auntie nuT

ciuman kasih sayang dari auntie yaya!=)

tahniah buat kiki dan ustaz kadir
moga thoriq ziyad bakal menjadi pejuang macam namanya!
jadi anak soleh ye ziyad!

happy birthday juge buat nuT!
smoga panjang umur murah rezeki
berjaya didunia n akhirat=)

Monday, October 4, 2010

Takbir-takbir Cinta


bismillahi walhamdulillah...

apa khabar iman kita hari ini?moga anda semua berada dalam limpahan rahmat dan hidayah Allah sentiasa.hari ini saya ingin berkongsi sebuah buku dengan anda semua.

tajuknya adalah takbir-takbir cinta karangan Riyanto el-Harits.buku ini dihadiahkan oleh seorang sahabat (cik hasanah aka as) semasa saya berkunjung ke iium kuantan baru-baru ini.entry ini saya tulis khas buat beliau.

takbir-takbir cinta mengisahkan seorang anak muda yang mewakili hidup penulis sendiri dengan nama watak utamanya adalah el-Harits.el-Harits merupakan anak muda yang dilahirkan dalam keluarga yang agak susah di indonesia.beliau dibesarkan di kota cirebon oleh ibunya kerana ayahnya seorang kelasi kapal yang separuh hidupnya dihabiskan di laut.ibunya membesarkan semua ketujuh-tujuh anaknya dengan hasil kiriman wang dan jualan sayur.

penulis memulai cerita ini dengan dia mengingati kembali janji kepada almarhumah ibunya kuminah binti kumang atau orang kampung memanggilnya bi am!sebelum itu dia bermimpi didatangi seorang yang berjubah putih dengan memegang mahkota yang hitam dan sedikit berkarat.orang itu menyuruhnya memegang mahkota tersebut.namun apabila beliau mendekatinya tiba-tiba mahkota terbabit menjadi rapuh.

el-Harits menanyakan isterinya tentang mimpi tersebut.isterinya kemudian menafsirkan kalau-kalau ada janji yang beliau belum tunaikan.seingatkan beliau telah menunaikan semua janjinya.kemudian isterinya berkata mungkin janji-janji masa lalu yang belum ditunaikan.lantas dia teringat janji kepada ibunya..

selepas itu penulis menghuraikan kisah hidupnya dari mula dia sekolah sehinggalah sekarang dengan teknik imbas kembali (flashback).dari mula sekolah lagi dia bekerja sebagai seorang waiter di sebuah kedai makan dan kemudian dia bekerja sebagai pengutip sampah untuk membantu meringankan beban ibunya.namun ibunya menghalang niat baiknya itu supaya dia tetap sekolah.

dalam kesusahan itu, keluarga kecil itu ditimpa bermacam-macam musibah sehinggalah kematian ibunya yang disebabkan oleh barah hati.selepas kematian ibunya,el-Harits tidak patah semangat.dia bekerja untuk membantu menyara keluarganya.kemudian atas usahanya yang tidak jemu akhirnya dia diterima masuk ke sekolah tinggi pandu negeri (STPN).

di STPN dia menceritakan betapa susahnya dia belajar untuk menjadi seorang Pegawai Keamanan bermula dari hari pertama hinggalah beliau tamat pengajian dan bergelar PK.pada mulanya dia seakan mahu berputus asa lantas dia teringatkan janjinya pada ibu, dia bangkit meneruskan perjuangannya.

kemudian selepas tamat pengajian akhirnya dia ditempat bekerja di kawasan pendalaman indonesia yang jauh dari segala kemudahan.bermacam-macam dugaan dia hadapi, tetapi tetap teruskan perjuangannya untuk menunaikan sebuahnya janji.

akhirnya selepas, 15 tahun barulah dia berjaya untuk memenuhi janjinya kepada almarhumah ibu untuk menunaikan fardhu haji keatas almarhumah ibunya..

“Pengalaman saya ketika menghajikan almarhumah ibu kandung, saya merasa seakan kembali dalam nuansa air ketuban. Saya hancur menjumpai Allah dalam jiwa yang kosong mencapai titik nol, inilah Yang Maha Cinta yaitu Allah Swt. itu sendiri, yang kita kenal lewat kasih sayang seorang ibu, penuh pengorbanan tanpa pamrih. Pembaca akan merasakan apa yang disajikan oleh Riyanto El Harits dalam novel ini, yang karena sabda ibunya membuatnya terjaga untuk tetap semangat dan memberikan yang terbaik, ketika di STPDN/IPDN atau dalam tugas dan pengabdian, kendati ibunya sudah lama tiada.”
Inu Kencana Syafiie, dosen IPDN, pengarang IPDN Undercover.  

pengajaran yang diambil dari novel ini adalah

  • jangan mudah berputus asa dalam setiap dugaan yang kita tempuhi
  • hendaklah jujur dan amanah dalam melaksanakan kerja yang diberi barulah hidup berkat
  • menunaikan janji terutamanya kepada ibu bapa
  • mentaati ibu bapa selagi tidak bercanggah dengan syarak

kempen membaca.jom membaca!