Sunday, May 30, 2010

smoking is ugly

 
World No Tobacco Day 2010
31st May 2010
its woman right

Saturday, May 29, 2010

learning & training

bismillahi walhamdulillah..

its nearly 3am now.tetibe je ade mood nak update blog ni.sekarang adalah time semua orang tengah men'psycho'kan diri masing-masing dan rakan-rakan sekeliling supaya mendapat booster semangat yang berganda untuk study.boleh dilihat di facebook, status ym, blogs, dan dimana sahaja tempat yang boleh dibaca.(semangat2..masa masih ada)

di malaysia sekarang adalah musim buah dan juga musim cuti sekolah.kalau dulu time sekolah, cuti sekolah adalah satu event yg sangat ditunggu oleh budak-budak sekolah.cuti sekolah bermakna balik kampung,banyak cerita best di tv, boleh bermain dengan sepuasnya dan juga boleh pergi kenduri kawen.yeay!

indahnya zaman budak-budak sekolah.sebut pasal makan nasi minyak, sudah banyak jemputan yang dikirim untuk cuti ini.namun ampun dan maaf dipinta kerana saya tidak dapat hadiri kenduri kalian.harapnya jangan berasa hati.orang duduk jauh biasalah terpaksa terlepas hari bahagia sahabat2.tapi jangan time kenduri saya anda plak tidak datang sebagai tanda balas dendam!hehe..ntah bile la kendurinya ye(still wondering n waiting)ngee~

cerite best juga ramai sudah kawan-kawan sekelas dan sebatch dulu yang sudah grad,berada di tahun akhir dan tidak kurang ramai juga yang sudah mendirikan rumah tangga.dah ada anak pun!huhu.kami yang masih belajar dan masih dalam exam sedang berhempas-pulas memulun membaca buku-buku dan notes yang bertimbun.(kena la belajar..tiap2 hari adalah kelas utk kite kutip ilmu kehidupan)

tadi duk lepak2 dengan ahli beyt imtiyaz (bersama dengan 2 bakal ibu..Puan Aimi dan Puan Syakila).mereka ber2 bakal bergelar ibu tidak lama lagi..moga dimudahkan urusan ye.baby jangan nakal2.sian kat ibu dan ummi tu nak study.

what make me smile when i touch their tummy.huhu.amazing.subhanallah..tu baru touch perut orang..hehe..baru 2 orang sahabat sebatch ni kawen.aunties PUTERIs ni semua excited..cuba bayangkan 10 tahun akan datang..kalau jumpa lagi..'eh u dah anak brape?'..'ble duenye?'sambil mengosok perut masing2..tak dapat bayang camne..mesti kelakar..sabar ye kawan2..everyone will have their time..sabar till ur time..ummi ke mama ke mummy ke ibu ke..kite sekarang under training to be a 'mithali' mummy insyaAllah...so why dont we learning and training every single things so we not regret later on!

k la dah habis time mengarut..nanti sambung lagi..

~hidup penuh ujian,bersediakah kita untuk diuji?~

Thursday, May 20, 2010

Penangan tahajud buat mahasiswa


Ada satu waktu yang amat ajaib dalam kehidupan seharian kita. Waktu yang menjadi pilihan Tuhan untuk bertamu kepada hambaNYA. Waktu itu, sekiranya ada manusia yang bangun, membersihkan diri dan sujud kepada Pencipta, martabatnya telah diangkat lebih tinggi berbanding manusia lain. FirmanNya dalam Surah al-Israk ayat 79 bermaksud:

“Dan dari sebahagian malam, hendaklah engkau bangun (tahajud), sebagai amalan tambahan untukmu. Semoga Tuhanmu mengangkat (darjatmu) ke tempat yang terpuji.”

Saat seorang hamba pergi kepada Penciptanya dengan penuh susah-payah melawan kantuk, sebenarnya ia membuka jendela cintaNYA. Waktu tahajud adalah waktu sepertiga malam yang menyaksikan para insan di alam mimpi.  Kala itu, alam suram hanya ditonai bintang dan bulan, manakala kegelapan adalah dunia beristirehat. Waktu beginilah, apabila dahi mencecah sejadah, aura tawadhuk seorang hamba kepada Penciptanya bergelombang kuat. Solat terasa khusyuk tanpa diganggu urusan dunia yang mencengkam di siang hari. Tiada bunyi kebisingan manusia atau kenderaan yang mengacau si pendamba cintaNYA. Tahajud adalah waktu khusus untuk seorang Muslim bertemu dan bercakap-cakap dengan Allah SWT.

Paling Disayangi

Dalam sebuah keluarga misalnya, ibubapa akan menyayangi anak-anaknya secara adil. Namun percayalah, anak yang lebih ringan tulang dan sering berbakti kepada ibubapa dengan ikhlas akan lebih disayangi berbanding anak-anak yang lain. Begitu juga dalam hubungan persahabatan, teman yang mengingati setiap kebaikan kita padanya akan lebih diingati daripada teman yang hanya berkongsi kesenangan kita. Walau bagaimanapun, orang-orang begini tidak seramai orang-orang yang mementingkan diri. Jika kita memiliki mereka, pasti kita menghargai dan menyintainya sebaik mungkin.

Begitu jualah antara makhluk dengan Penciptanya. Allah SWT telah mensyariatkan ibadah wajib kepada manusia untuk dilaksanakan dalam kehidupan. Pada waktu yang sama, Dia juga memberikan peluang kepada manusia yang ingin melakukan ibadah sunat sebagai jalan mendekatkan diri kepadaNYA. Orang yang tidak meninggalkan ibadah wajib dan memperbanyakkan ibadah sunat tidak akan sama kedudukannya dengan orang lain di sisi Allah SWT. Keberkatan akan tercermin dalam kehidupan, sifat mahmudah menghiasi peribadi dan kata-katanya pasti diikuti dan didengari manusia lain. Hal ini terbukti jika kita membaca sirah para nabi, sahabat, tabi’in seterusnya orang-orang soleh di zaman ini.

Istimewa Tahajud

Salah-satu amalan yang tidak pernah ditinggalkan Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian baginda adalah solat sunat Tahajud. Ketika orang lain dibuai mimpi, baginda SAW bangun mengadapNYA dengan rintihan dan tangisan. Apabila ditanya Saidatina Aisyah R.A, mengapa seorang nabi yang pasti dijamin syurga perlu menangis dan merintih lagi, maka Rasulullah SAW menjawab, baginda hanya mahu menjadi hambaNYA yang bersyukur.

Solat sunat Tahajud umpama tol menuju Allah SWT. Baginda SAW telah menyebutkan hikmah tahajud yang bermaksud:

“Setiap dua pertiga malam terakhir, Allah turun ke langit dunia sambil berseru, ‘Hambaku yang malam ini menjauhkan rusuknya dari tempat tidur kerana mendirikan solat tahajud, aku berasa malunya padanya sekiranya aku tidak mengampunkan dosanya. Mengabulkan doanya dan memberikan apa yang mereka minta. Solat sunat yang utama selepas solat fardu adalah solat tahajud.”

Oleh itu, malanglah bagi mereka yang mengetahui hikmah dan kelebihan tahajud tetapi tidak mengamalkannya secara rutin. Umpama, dia menolak hadiah dan anugerah Allah SWT yang mahu dikalungkan ke lehernya.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Terapi Mahasiswa

Musim mahasiswa disibukkan dengan kuliah dan peperiksaan. Sesetengah mahasiswa turut melibatkan diri dengan aktiviti kampus dan kemasyarakatan. Jangan menjadikan kesibukan anda sebagai alasan untuk meremehkan ibadah sunat terutama tahajud. Berdasarkan pengalaman pelajar-pelajar yang cemerlang, solat sunat tahajud adalah resepi utama mereka.

Dalam temubual personal saya dengan Nik Nur Madihah yang mendapat 20 A( SPM 2008), beliau menyatakan kekuatan utamanya untuk berjaya adalah solat sunat Tahajud. “Ketika bangun di tengah malam, hati saya berasa tenang melepaskan segala tekanan kepada Allah SWT. Tahajud dapat memberikan kita kekuatan jiwa untuk mencapai cita-cita yang disematkan,” katanya.

Saya juga teringat pesanan seorang pendakwah bebas, menurutnya, seorang Mukmin yang terlibat dengan aktiviti keagamaan perlu menjadikan ibadah sunat sebagai rutin wajibnya. Pengamalan ibadahnya tidak boleh sama seperti orang awam lain. “Saudara menyebarkan kalimah Allah, justeru diri saudara perlu dekat dengan Allah. Hanya ibadah sunat seperti Tahajud, Dhuha dan lain-lain dapat mengintimkan lagi hubungan saudara dengan Allah SWT,” pesannya.

Jika tidak kerana pentingnya solat sunat Tahajud, tidaklah Khalifah Salahuddin al-Ayubi memecat tenteranya yang tidak bangun berqiyamulail dalam operasi Perang Salib. Hanya orang-orang yang menjaga hubungannya dengan Allah SWT dapat mencapai matlamat kehidupannya, kerana Allah SWT tidak sesekali mengecewakan harapan hamba yang dicintaiNYA.

Bandingkan

Sekiranya para mahasiswa masih meragui keberkesanan solat sunat Tahajud, ayuhlah anda mulainya sekarang. Jadikan ia latihan bagi melihat perbezaan sebelum dan selepas anda mengamalkannya. Tidak ada dalam sejarah orang yang mengamalkan Tahajud secara ikhlas, hidup mereka susah dan gelisah, sebaliknya, merekalah golongan yang menerima rahmat dan keberkatan dariNYA. Walaupun miskin harta, jiwa dan wajah mereka diselaputi sakinah (ketenangan), mahabbah (cintaNya) dan taqwa.

p/s:istiqomahkah saya dalam qiamullail..moga Allah beri kekuatan utk bangun bertahajud:)

Friday, May 14, 2010

jumaat yang indah

bismillahi walhamdulillah..

sudah lama tidak mencatat di sini.ntah saya tiada idea untuk menulis..idea lesap ke mana pun saya tidak tahu.hari ini rasa macam nak menulis sesuatu di sini.moga-moga ada manfaat.pabila sudah lama tidak menulis terasa kekok untuk menyusun kata.

mungkin juga kepala sarat dengan banyak benda..buku yang hendak dihafal dan dihadam sebaiknya..nota yang diminta diulang semampu mungkin..soalan past year yang minta dijawab dengan baik..penat melayan buku saya melayan facebook dan sempat juga menonton adaMaya.hehe.

stress berkurang..tetapi makin meningkat smula smalam selepas melihat jadual oral yang agak lewat..15 july baru tamat segala 'demam' exam ini.macam manalah nak maintain semangat study dalam masa lebih kurang sebulan setengah lagi..huhu..ya Allah kuatkanlah!

ramai yang merungut..mungkin juga kerana sudah tidak sabar mahu menjawab exam atau mungkin juga terasa lambat untuk pulang ke pangkuan keluarga.tarikh exam yang habis lambat ini mungkin juga merosakkan plan mereka yang mahu mendirikan 'masjid' pada cuti musim panas ini.

semalam saya mendapat sms dari ummi sudah sampai kad kahwin kawan masa zaman sekolah rendah dahulu yang bakal diijabkabulkan pada 13 jun ini.semalam juga sahabat saya semasa di dq ada juga meng'tag'kan kad kahwin kakaknya di fb.mohon ampun dan maaf buat semua kerana tidak dapat menghadirkan diri pada hari bahagia anda.insyaAllah saya hantar wakil ye.

bagi sesiapa yang ingin menambah koleksi kad kahwin ini bolehlah post ke alamat rumah ye.walaupun saya tidak dapat menghadirkan diri teringin juga mahu membuat koleksi simpanan kad kahwin sahabat-sahabat sebagai kenangan.alamat pada kad itu mungkin berguna suatu hari nanti untuk giliran saya pula.hehe.

tu crite bab nikah kahwin cuti sekolah nanti.bosan study saya menjalankan aktiviti blog walking yang sudah lama terbantut melihat aktiviti kawan2.cumanya saya pening memikirkan banyaknya masalah sosial yang terjadi di malaysia.belum sentuh isi kerajaan..moga Allah memberi hidayah buat mereka!

 ok la setakat ini dulu saya mummbling di petang jumaat yang tenang ini..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


p/s:dlm stress tu sempat lagi gi shopping beg..hahahaha :D
rindu ngn iman..nnt iman tlg crite, crite2 melayu yg ade kat tv kat cik nurul ye..

Wednesday, May 5, 2010

kembali kepada titik focus

bismillahi walhamdulillah..

betullah kata orang susah untuk kita 'maintain'kan semangat dan motivasi.setiap hari kita memerlukan booster atau penguat semangat untuk kita terus melangkah.tetapi apabila ada sesuatu yang menganggu atau memberi igauan lama, membuatkan motivasi dan semangat turun secara mendadak ke paras negatif.kemudian amat payah untuk kita mengumpulkan kembali semangat itu ke paras normal.

setiap kali exam perkara yang sama berulang.maka kita hendaklah mengambil langkah bijak untuk terus melangkah kerana jika dilayan perasaan membuatkan kita terus hanyut dalam dilema yang berpanjangan.ayuh sahabat jangan dilayan godaan syaitan yang makin hari makin kuat.teruskan bersemangat!

ingat jalan yang kita tempuh mungkin tidak sama seperti orang lain tetapi kita masih berada dijalan yang sama iaitu jalan menuju syurga Allah.Dia tidak menjanjikan jalan yang penuh wangian bunga-bungaan serta hamparan karpet merah tetapi jalan yang perlu ditempuh oleh hambaNya adalah jalan yang penuh liku dan duri.jika berjaya kita lalui maka ganjaran adalah syurga dimana nikmat didalamnya tidak pernah terbayang dan terlintas di benak manusia.

begitu juga jalan menuju cita-cita.ada sahabat yang cepat sahaja sampai dan kadang-kadang apa yang dia mahukan sentiasa dimakbulkan.sebaliknya yang berlaku kepada kita.janganlah kita mengeluh kerana kita tidak tahu apa yang ada didepan kita.sesaat lagi pun kita tidak tahu apa yang terjadi.maka teruskan berdoa semoga Allah mudahkan jalan kita untuk menuntut ilmu Allah (jalan jihad fisabilillah).

apabila semangat mula luntur, carilah solusi dengan berubah kepada persekitaran baru yang boleh menaikkan semangat.contohnya, jika kita mengantuk di rumah carilah tempat lain yang boleh mengurangkan atau membuat kita tidak mengantuk.ataupun carilah sesiapa yang boleh menjadi teman kita study.(situasi ini merujuk kepada diri sendiri)

bersama-samalah kita memotivasikan diri sendiri dan sahabat-sahabat sekeliling supaya kita sama-sama sampai ke destinasi.jangan kita tinggal sahabat-sahabat yang baru hendak mengatur langkah.pimpinlah tangan mereka supaya kita sama-sama berjaya.ayuh pecut sahabat-sahabat menuju MUMTAZ!

sekian dahulu post saya untuk kali ini..teruskan bersemangat dan cari kembali titik focus anda!(beginilah padahnya apabila tarikh exam semakin lambat.selepas 5 kali jadual diubah.doakan kami!)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

p/s: sanah helwah buat saudari syakirah mat sidek.smoga dirahmati Allah selalu@>--
happy belated birthday to my dear bestfriend nun jauh disana..i do miss u dear!