salam jumaat hari ke 19 ramadhan..
ketika sedang berlayar di alam maya saya telah mendapat satu message melalui yahoo messenger (ym).antaranya lawak nama jepun untuk menghilangkan stress bagi siapa-siapa yang sedang dalam fatrah exam, atau dilanda masalah kronik. sebaliknya setiap sesuatu yang datang dicipta dengan hikmah untuk membentuk siapa diri kita sebenarnya. jangan mudah berhenti berharap dan menyalahkan takdir yang telah ditentukan. minta doa dan mohon pada Allah untuk dipermudahkan urusan..
jeng..jeng..suka jangan tak senyum plak..
01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI
02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA
03. Yang bisu - KIETA TADASORA
04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA
05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO
06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI
07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA
08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI
09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI
10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA
11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA \
12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI
13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI
14. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI
sekian..wallahu'alam..tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati..
(,")..PEACE..(~_^)
Friday, September 19, 2008
Wednesday, September 17, 2008
17september2008
bismillahi walhamdulillah..
tarikh 17 sep merupakan ulang tahun ke-2, tarikh kami pelajar-pelajar perubatan 1st bacth tajaan yayasan terengganu ke mesir.mengimbas kembali detik 2 tahun lepas, serasa macam baru semalam melihat sanak saudara berkumpul dan menghantar ke Sultan Mahmud's Airport. sekejapnya masa berlalu. dah 2 tahun berlayar dan mengembara mengutip cebisan-cebisan ilmu yang diibaratkan debu yang berterbangan di bumi mesir.
sebelum sampai ke mesir, pelbagai andaian dibuat.pelbagai imaginasi yang menerjah fikiran.sesampai sahaja di cairo airport ketika itu waktu pagi sangkaan kami jauh meleset. kemajuan dan pembangunan di mesir jauh ke belakang berbanding malaysia.perkataan arab pertama yang dilihat adalah "mamnu' tadkhin" atau no smoking. teringat pada pertanyaan si alya yang tidak langsung mempunyai basic dalam bahasa arab.tapi alhamdulillah dia seorang yang sangat cepat belajar dan tidak malu bertanya, malah sekarang lebih meshi bercakap arab daripada saya yang mempunyai basic dalam arab selama 5 tahun.gambar atas - merupakan boarding pass pertama yang menandakan bermulanya kembara kami di bumi an-biya' itu.walaupun telah pudar tulisannya insyaAllah akan disimpan sebagai kenang-kenangan. ini kerana kami merupakan antara yang terakhir menggunakan MAS untuk ke cairo sebelum MAS memberhentikan operasi penerbangan ke cairo.
sangkaan kami bertambah meleset apabila hampir 2 minggu berada di cairo. dengan karenah orang arab yang ternyata kami tidak mampu untuk bercerita di sini. hanya yang menetap dan pernah datang ke sini sahaja yang boleh menafsirkannya. so apalagi marilah cuti-cuti di egypt kalau mahu merasakan karenah arab yang paling kasar jika dibandingkan dengan arab-arab dari negara berhampiran.
2 minggu terawal kami menetap di rumah terengganu atau sekarang lebih dikenali sebagai asrama darul iman yang telah di renovate dengan cantiknya. ini kerana pelbagai urusan penghantaran pelajar ke universiti perlu diselesaikan sebelum pelajar dibenarkan tawzi' (berpindah atau dihantar).tidak banyak yang dilakukan sepanjang 2 minggu di cairo. menghadiri aktiviti suai kenal di arma (Asrama Rumah Melayu Abbasiyyah atau Malaysian Hall Cairo) bersama rakan-rakan perubatan dari tajaan yang lain.
gambar atas - ini adalah batch saya yang seramai 18 orang.3 orang tiada dalam gambar termasuk saya.gambar ini diambil di percutian selepas final exam baru-baru ini di ismaeliya.ketika itu saya masih dalam fatrah exam histology manakala meen dan hilmi (2orang dentist) juga masih dalam fatrah exam.
selepas 2 minggu duduk rilex-rilex di cairo kami telah dipindahkan ke mansoura pada 30sept dengan sebuah bas.perjalanan yang mengambil masa hampir 3 jam ke sana dihiasi dengan permandangan truly egypt..dapat la tengok padang pasir,orang menanam, rumah-rumah tradisional egypt.kami di sambut dengan paluan kompang di markas dpmm mansoura. meriah sekali sambutannya. walaupun masa itu adalah bulan puasa.
ramadhan pertama saya sambut jauh dari keluarga tersayang.tidak terasa kerana kawan-kawan ramai ada di sini. selepas terawih dan berbuka puasa kami dipindahkan ke rumah sewa masingmasing. alhamdulillah kami dapat rumah yang baik.kami ditempatkan di 2 buah rumah berasingan. proses undi telah dilakukan 2 minggu sebelum itu untuk menentukan housemate. bermulalah aktiviti membersihkan rumah. esoknya kami tidak ke kelas kerana sibuk membersihkan rumah.gambar atas - inilah akhawat y1st batch yayasan terengganu. susah nak cukupkan kami yang tak berapa nak ramai ni. atas dari kiri: umi,ana,alya,qayah,yana,aimi dan cik nuT aka kak long. bawah dari kiri: meen,saya dan asma.
sekian dahulu untuk kali ini. happy 2nd anniversary untuk budak-budak yayasan terengganu 1st batch medic mesir. moga terus sukses dalam pengajian. harap ukhwah kita sampai bila-bila.keep on moving.tolong menolong dalam apa jua keadaan.insyaAllah.mumtaz dalam semua hal.jadi doctor yang baik untuk agama bangsa dan negara.ameen..ameen..ameen!!

Sunday, September 14, 2008
Tag
bismillahi walhamdulillah..
ramadhan telah berganjak ke dua pertiga..sudah banyakkah amalan yang kita buat?makin hari makin banyak atau sebalik?muhasabah diri masing-masing.moga setiap hari bertambah menjadi lebih baik..tadarus al-quran sampai mana?
alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk menjalani rukun islam ketiga.hari ke 14 ramadhan ada pula insan-insan yang telah meng'tagged' saya.tagged yang lama dulu masih belum terjawab.entah bila la berkesempatan untuk menjawab.huhu.tapi ini adalah tagged pertama yang berjaya saya selesaikan..hehe..
sesiapa yang nak letak boleh letak kat blog masing-masing..
thanks to nessasyahirah dan imtiazsofea..
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Monday, September 1, 2008
Ramadhan Kareem!!
bismillahi walhamdulillah...
"Allahumma bariklana fi syahri ramadhan"
alhamdulillah puja dan puji buat Petandbir Alam Semesta kerana masih memanjangkan umur kita untuk menikmati dan merasai fadhilat yang begitu banyak di bulan Ramadhan tahun ini.bulan yang datangnya setahun sekali, yang mempunyai banyak kelebihan. kelebihan yang tidak ada dibulan-bulan yang lain. pahala ibadah sunat disamakan dengan pahala wajib pada bulan ini.begitu juga dengan pahala lain digandakan sebanyak 70 kali ganda.
Maha Pemurahnya Allah kerana memberi kelebihan itu yang tidak diberi kepada umat-umat terdahulu kerana umur umat Muhammad yang rata-ratanya tidak akan sampai kepada angka ratusan tahun tidak seperti umat nabi sebelumnya. bulan ramadhan memang terkenal dengan penghulu segala bulan. di dalam ada satu malam yang menyamainya dengan seribu bulan, iaitu 83 tahun. bersama-samalah kita memburunya. mungkin ini ramadhan terakhir buat kita!!..siapa tahu??
ramadhan tahun ini berbeza dari dua tahun sebelumnya. kerana tahun ini saya mengambil peluang untuk merasai nikmat ramadhan di bumi tanah air sendiri. kepulangan saya untuk cuti summer tahun ini adalah untuk merasai nikmat terawih di masjid. yang saya amat rindukannya. berada di bumi an-biya' mesir tidak memungkinkan saya dan muslimat malaysia untuk mengerjakan terawih di masjid. peraturan atau qoror yang telah ditetapkan oleh pihak keamanan mesir kepada foreigner.
kemeriahan ramadhan di tanah air sendiri sangat berbeza dengan mesir. tidak seperti masyarakat malaysia, orang arab mesir lebih meriah menyambut ramadhan berbanding eidulfitri. eidulfitri diraikan kerana telah berjaya melalui sebulan bulan ramadhan. bukannya ramadhan dijadikan batu loncatan untuk menyambut eidulfitri. mereka telah terlebih dahulu membersihkan rumah mereka untuk menyambut penghulu bulan itu. sedangkan di malaysia, ramai antara kita sedang bingung memikirkan kuih raya sudah ditempah ke belum, baju raya tahun ini berapa pasang, perlu ke tukar langsir dan semuanya baru??
tanyalah sendiri di mana kita. ada juga yang tidak sabar untuk menanti berlalunya ramadhan. ini kerana baru tidak sampai seminggu berpuasa lagu-lagu raya sudah dipasang.alangkah sedihnya..ramai para sahabat pada zaman rasulullah saw menangis kerana tidak sanggup berpisah dengan bulan yang mulia ini.tapi umat zaman ini persiapan diri untuk ramadhan tidak diambil kira bahkan persiapan fizikal pula dilebih-lebihkan.
jadikanlah bulan ramadhan bulan tarbiyyah. keluarnya kita dari bulan mulia ini moga-moga menjadi sesuci bayi yang baru dilahirkan. perbanyakkan amalan sunat, bertadarus al-quran, qiamulail, berterawih, bersedekah dan sebagainya. tidak dilupakan untuk sesiapa yang berkunjung di masjid selamat beriktikaf. bersama-sama kita buru sepuluh malam terakhir.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
"ya Allah kurniakan kami laitul qadar.."
"Allahumma innaka 'affuwun kareem tuhibbul 'affa fa'fuanna"

Subscribe to:
Posts (Atom)