Thursday, March 20, 2008

--maulidur rasul--


alangkah indahnya hidup ini...

terngiang-ngiang lagu alunan raihan ini..bila didengar terkenang kembali sirah junjungan besar kita MUHAMMAD S.A.W.

perjuangan baginda Rasul yg xkenal erti penat lelah dan jemu dalam menyebarkan islam menyaksikan lahirnya ramai umat baginda..dan juga tak dilupakan tanpa Rasulullah juga kita tidak akan dapat mengecapi nikmat islam dan iman yg ada sekarang..

sempena maulidur rasul ini marilah sama-sama kita hayati perjuangan dan sirah nabawi dalam menegakkan syiar islam..nabi s.a.w pernah dihina dan dicaci semasa menyebarkan dakwah..namun baginda tetap sabar dan tabah dalam memperjuangankan islam.nabi s.a.w. juga pernah dilemparkan batu semasa berhijrah ke thaif untuk menyebarkan islam sehingga berdarah kepala baginda..namun baginda tetap teguh meneruskan perjuangan..bayangkan jika baginda lemah dan tidak sabar dalam menegakkan dakwah islamiyyah..kita tak mungkin dapat tahu apa sebenarnya islam yg ada sekarang..dalam peristiwa hijrah tersebut..malaikat telah memohon kepada nabi untuk membalikkan bukit-bukit ke atas penduduk thaif..tetapi nabi s.a.w dengan rasa rendah diri menolak permohonan malaikat itu..kalau kita di tempat nabi pada masa itu sudah tentu tanpa berfikir panjang..bak kata pepatah melayu..'pucuk dicipta ulam mendatang','bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal'..maka kita akan menerima permohonan malaikat utk membalikkan bukit ke atas penduduk thaif..

begitu tinggi dan mulianya akhlak yg dipamerkan oleh baginda..dalam meniti perjuangan baginda juga..baginda pernah dilontarkan najis dan diletakkan duri di sepanjang laluan dari rumah baginda ke masjid yg diletakkan oleh seorang wanita musyrik.satu hari baginda hairan kenapa tidak ade najis atau duri pun ditengah-tengah jalan yg baginda lalu.setelah dirisik-risik dari para sahabat bahawa perempuan musyrik tadi telah jatuh sakit..selepas itu dengan cepat-cepat baginda pergi ke rumah perempuan musyrik itu untuk menziarahinya.cuba bayangkan kalau kita ditempat baginda..mesti kita tidak amik peduli akan hal perempuan musyrik itu..lantak dia la nak sakit pun..mati lagi baik..mungkin itulah apa yg akan kita pada situasi tersebut.orang dah buat jahat kat kita kenapa kita mesti buat baik padanya..selepas daripada peristiwa itu perempuan musyrik td telah memeluk islam..

akhlak yg dibawa oleh rasullullah..adalah sebaik-baik akhlak..sebaik-baik contoh teladan..para sahabat bertnya kepada aisyah r.a..apakah akhlaq rasullullah?maka aisyah menjawab akhalk baginda adalah al-quran..samelah kita mencontohi akhlak baginda yang mulia dan terpuji..contohi perjuangan baginda yg penuh berhemat dlm mengembangkan dakwah..selitkan setiap apa yg kita lakukan dengan akhlak dan sunnah baginda..walaupn kita tengah belajar..masih ada cara yg boleh kita lakukan untuk menghayati n belajar dengan sunnah n dakwah yg dibawa baginda..berselawatlah pada baginda..sesungguhnya org yg tak berselawat kepada baginda adalah orang yg bakhil..berselawatlah kepada baginda saw kerana para malaikat pun berselawat kepada baginda..seluruh isi alam berselawat pada baginda..siapalah kita utk tidak berselawat pada baginda insan yg mulia..Allah akan berselawat kepada orang berselawat pada nabi dengan sepuluh selawat..

berselawatlah menunjukkan rasa sayang dan cinta kita kepada insan mulia itu..para sahabat begitu sayangkan baginda..tidak sanggup melihat baginda susah..sehingga semasa kewafatan baginda saidina umar al-khattab sanggup mengangkat pedang kepada sesiapa yg berkata bahawa muhammad saw telah wafat..

sekilas dari maulidur rasul ini..bkn hari ini sahaja kita meraikan kelahiran baginda..apa yg lebih besar yg perlu diimplikasikan dalam hidup kita seharian ialah sunnah dan perjuangan baginda..bkn hanya ikut sunnah yg kecil-kecil sahaja..sunnah yg besar ditinggal..sunnah yg terbesar adalah perjuangan menegakkan islam di bumi Allah ini..telah aku tinggalkan kepada kamu semua 2 perkara..yg mana jika kamu berpegang teguh dengannya kamu tidak akan sesat selama-lamanya..iaitu al-quran dan sunnahku..


Alangkah indahnya hidup ini

Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku

Kerna pancaran ketenanganmu



Alangkah indahnya hidup ini

Andai dapat kukucup tanganmu

Moga mengalir keberkatan dalam diriku

Untuk mengikut jejak langkahmu



Ya Rasulullah Ya Habiballah

Tak pernah kutatap wajahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah

Kami rindu padamu

Allahumma Solli Ala Muhammad

Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )



Alangkah indahnya hidup ini

Andai dapat kudakap dirimu

Tiada kata yang dapat aku ucapkan

Hanya tuhan saja yang tahu



Kutahu cintamu kepada umat

Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami

Syafaatkan kami

Alangkah indahnya hidup ini

Andai dapat kutatap wajahmu



Kan pasti mengalir air mataku

Kerna pancaran ketenanganmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah

Terimalah kami sebagai umatmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah

Kurniakanlah syafaatmu

--me..o_0--

Jul 05 to Jul 14 Fir Tree

FIR TREE (the Mysterious) - extraordinary taste, dignity, sophisticated, loves anything beautiful, moody, stubborn, tends to egoism but cares for those close to them, rather modest, very ambitious, talented, industrious, uncontented lover, many friends, many foes, very reliable.

ble di fikir2 balik..ade jugak btol nye benda kat atas ni..baiki mane2 kelemahan utk jadi yg lebih baik..jadikan hari ini lebih baik dari semalam..esk lebih baik dari hari ni..kepada sahabat2 jgn lupa tegur diri yg lemah ni utk ke arah kebaikan n mencapai redha ilahi..ameen!!

Monday, March 17, 2008

--kisah rabiatul al-adawiyyah dengan 2 orang tetamu--

salam mujahadah utk semua..

di sini saya ingin berkongsi satu cerita dengan pembaca sekalian..cerita ini saya dengar semasa di dalam lecture..sambil menunggu kedatangan doctor..masa diisi dengan tazkirah pendek dari ikhwah..

ceritanya bermula..

pada suatu hari rabiatul adawiyyah didatangi 2 orang tetamu ke rumahnya.kemudian beliau menjamu 2 orang tetamunya dengan 2 keping roti.sebelum sempat 2 orang tetamunya menjamah roti tersebut datanglah seorang peminta sedekah yang sudah beberapa hari tidak menjamah sebarang makanan.maka rabiatul adawiyah memberi kesemua roti tersebut kepada peminta sedekah terbabit.

2 orang tetamu rabiatul adawiyah pun merasa hairan kenapa rabiatul adawiyah memberi kesemua roti tersebut kepada peminta sedekah itu.kenapa tidak menyimpan sekeping untuk dimakan dan dibahagikan antara mereka berdua...

tidak lama selepas itu datang seorang pesuruh raja yang datang menghantar 18 keping roti kepada rabiatul adawiyah.namun rabiatul adawiyah menolak permintaan 18 keping roti tersebut dan menyuruh pesuruh raja terbabit mengembalikan kembali semua roti itu kepada raja.2 orang tetamunya itu bertambah hairan dengan penolakan rabiatul adawiyah itu.kemudian pulanglah pesuruh raja itu bertemu dengan raja.

sesampai di istana pesuruh raja itu lalu menkhabarkan bahawa rabiatul adawiyah tidak mahu menerima roti-roti pemberian raja tersebut.raja naik murka..lalu pesuruh raja itu mengaku bahawa dia telah mencuri 2 keping roti dari 20 keping roti yg sepatutnya sampai kepada rabiatul adawiyah.kemudian pesuruh raja itu dihukum dengan menghantar kembali 20 keping roti kepada rabiatul adawiyah..

rabiatul adawiyah tidak mahu menerima 18 roti yg diberikan raja pada mulanya kerana beliau yakin bahawa Allah akan membalas satu sedekah yg diberikannya kepada peminta sedekah yg kelaparan itu dengan 10 kebaikan..kerana beliau benar-benar yakin dengan Allah..beliau telah mendapat kembali 20 keping roti yg dianggap sbg pemberian Allah kepadanya..

moral dari cerita ini:

daripada cerita ini kita hendaklah ikhlas apabila memberi sedekah.tidak mengungkit apabila sedekah diberikan.tidak meletakkan dalam fikiran apabila kita bersedekah maka duit yg ada pada kita akan berkurang.sebaliknya yakinlah dengan Allah..DIA akan membalas kembali pahala sedekah kita dengan benda yg lebih baik..jom tanamkan dalam hati sifat suka bersedakah..

p/s:infaqlah utk palestine..

Sunday, March 16, 2008

--bila winter berlalu maka summer kembali--



salam...buat sahabat2 seperjuangan..Alhamdulillah masih diberi peluang utk menulis utk entry kali ini..moga anda mendapat manfaatnya..

xtaw nak tulis tajuk ape actually..issue panas di musim yg bakal panas ni kalau xexam..org akan bincang bab kawen.maklumlah umur semua dah meningkat remaja dan setengahnya dah sampai ke sampai kepada peringkat kawen.org lain duk tengah pk camne nk stdy n kemaskan revision..tp benda atau perkara camni xleh dihalang..dia datang tanpa dipinta..dia hadir tanpa dicari..soal hati la katakan..kdg2 soal hati boleh buat org xsenang duduk..xboleh stdy..xboleh buat cam2 perkara..kepala pn serabut..

bab kate org klau nk masuk line la..p mintak secara sah n halal..tp xramai yg begitu..cuma yg benar2 berani je yg dikuatkan iman oleh Allah shj mampu utk mentaqdim anak orang..cuma skrg dah taqdim tp org tolak..xberkenan di hati..jgn sedih..krn Allah akan ganti yg lebih baik..cuma kita xtaw je ble dan dimana..so sabar..adalah tu rahsia kita yg Allah simpan..xsampai masa lagi utk diluahkan..Allah ada berfirman dalam surah an-nur ayat ke 26 :

perempuan-perempuan yg keji utk lelaki-lelaki yg keji,lelaki-lelaki yg keji utk perempuan-perempuan yg keji(pula),sedangkan perempuan-perempuan yg baik utk lelaki-lelaki yg baik,lelaki-lelaki yg baik utk perempuan-perempuan yg baik(pula).mereka itu bersih dari apa yg dituduhkan org.mereka beroleh ampun dan rezeki yg mulia(syurga).

Allah dah tetap kan siapa yg terbaik utk kita..jadi redha lah dgn pilihan n ketentuan Allah..krn kita xtahu ape yg terbaik buat kita.persiapkan diri masing2 sebelum memegang amanah n tanggungjawab yg cukup besar..dan bg sesiapa yg dah bersedia..doa la supaya Allah mudahkan..ade org pesan kat saya..doa la selalu camni..ya Allah jika dia jodohku mudahkanlah..dan org yg berpesan ni telah pn mengecapi nikmat kebahagian alam rumah tangga..alhamdulillah..dan kepada sesiap yg belum bersedia utk memberi commitment tu belajar n siapkan diri dgn ilmu2 yg berkaitan..bukan mudah utk kita pegang amanah n tanggungjawab ni..

dari kita buat maksiat memudahkan jalan syaitan utk menghasut kita ke arah zina..xkiralah zina hati anggota yg lain..yg perlu diingat zina adalah dosa besar..baik kahwin..krn bg ibu bapa yg ade anak dara elokkah dia kahwinkan anaknya tu cepat2 n nak elakkan dari maksiat..n perempuan yg kahwin awal adalah perempuan yg terpelihara..so sape2 yg nak jadi perempuan yg terpelihara tu maka kena kahwin awal..hehe..tp jika takut tanggungjawab banyak time belajar ni..ust saya kata..tanggungjawab masa kerja lagi banyak n besar..masa ni pun same je..manusia hnya mencipta seribu satu alasan..nak jaga mak ayah,nak kerja dulu,nak tu nak ini..padahal dirinya xyakin utk memegang tanggungjawab tu..pada pendapat saya jika anda berpegang dgn perkara ni..jgn bermain api utk memegang amanah tersebut..

dan jika anda xpasti dengan keputusan anda utk memilih siapa si 'dia'..mintalah petunjuk Allah..smoga Allah membantu anda..dan jika anda xnak lagi memegang amanah atau tittle 'married'..berilah jawapan yg pasti..jgn biarkan si 'dia' (xkiralah lelaki atau perempuan) menunggu..penantian satu penyeksaan..bercakap berdasarkan pengalaman kawan2..

soal cinta ni xleh lari..kerana cinta ni adalah normal..kalu anda xde perasaan cinta tersebut maka anda adalah abnormal..krn Allah ciptakan perasaan tu utk setiap makhluk nya..reality nye begitu..kadang2 xhbs utk dibincangkan..

di sini saya selitkan link utk same2 kita amik ilmu darinya..
soal pengurusan cinta..yg di'link'kan oleh seorang sahabat...smoga mendapat manfaat..
http://www.clickcaster.com/pengurusancintakuliah

dan lagu dibawah ni boleh dijadikan halwa telinga...
song:mahar cinta
artist:devotees

Andainya dapat engkau mendengarkan

Suara dihati melagukan rindu

Kiranya engkau mampu mentafsirkan

Setiapkan bait kata-kata yang terucap



Pasti dirimu kan memahami

Harapan kasih yang terbina

Sekian lamanya disudut hatiku

Hanyalah untukmu



Bukanlah aku sengaja

Melindungi rasa di jiwa

Namun bimbang diri kan terleka

Hanyut dibuai angan dan mimpi indah

Hingga terabai segala cita

Sedang khayalan tak menjanjikan

Segunung kebahagiaan

Sebagai mahar hantaran



Apakah mungkin engkau mengerti

Setiap cinta yang dilafazkan

Bukanlah sekadar mainan

Tetapi sebuah janji



Andainya dapat engkau mendengarkan

Suara dihatiku melagukan rindu

Kiranya engkau bisa mentafsirkan

Setiap bait kata-kata yang terungkap



Pasti dirimu dapat melihat

Rahsia kasih yang terpendam

Sekian lama disudut hatiku

Hanyalah untukmu

Selamanya....

sekian dahulu..maaf dpinta jika post kali ini ade menguris hati mana-mana pihak..sekadar berkongsi pendapat..
smoga sape2 yg dah bersedia tu Allah mudahkan jodohnya...ameen!!!

..ya Allah jika aku jatuh cinta,kurniakan lah ia pada masa,tempat dan waktu yg sesuai..

Monday, February 25, 2008

--The Making of True Muslimah--

KETENTUAN-KETENTUAN ALLAH TERHADAP ISTERI NABI

28. Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: "Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut'ah[1212] dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. (al-ahzab:28)


[1212]. Mut'ah yaitu: suatu pemberian yang diberikan kepada perempuan yang telah diceraikan menurut kesanggupan suami.

alhamdulillah pd ptg jumaat lalu sy telah diberi kesempatan oleh Allah utk menghadiri satu majlis ilmu yg diberi tajuk the making of true muslimah..yg didiskusikan oleh ust.salman maskuri..antara intipati yg dipelajari dlm majlis tersebut adalah mengenai cara bagaimana nk menjadi muslimah sejati..ust ada mengariskan 10 perkara utk menjadi true muslimah..ikuti kupasan lanjut di bawah..

1 - mempunyai hala tuju yg betul..meletakkan akhirat sbg matlamat utama bukan dunia sbg pegangan utama dalam hidup..
teringat lirik lagu: muslimah sejati akhirat utama
kerana dunia bukan pilihannya
mujahidah sejati hatinya berbeza
kerana daiasuh iman dan taqwa

2 - mempunyai akidah yg mantap dan benar contoh teladan yg boleh kita ambil dari seorg syahidah pertama dalam dunia islam iaitu sumayyah (keluarga yasseer).sumayyah sayyidatul syuhadaa kerana sanggup syahid demi mempertahankan akidah islam yg dianutinya walaupn terpaksa berkorban nyawa..

3 - mempunyai ilmu
nabi saw bersabda : sebaik-baik wanita adalah wanita ansor kerana mereka tidak
malu keluar mencari ilmu agama.
utamakan fardhu ain..jgn lupa kefardhuan yg lain.
manage time utk mencari ilmu..pandai bahagikan masa dgn tanggungjawab yg digalas
kumpul ilmu sebanyak mungkin utk bekalan masa hadapan.

4 - mempunyai semangat utk intim dgn Allah.
bersungguh-sungguh beribadat dan qiamullail..
membuat hubungan yg baik dgn Allah
jaga puasa
sentiasa ingat Allah xkira senang atau susah.

5 - wara'-->jaga dari perkara2 haram dan syubhat.

6 - wanita yg banyak sedekah.

7 - wanita yg jaga dirinya dari fitnah lelaki.
*jaga pakaian,suara,malu dan cara berjalan.
*rasa bahawa Allah melihat.
*jaga percampuran antara lelaki dan perempuan.
*teman yg baik kepada kawan2 yg lain.
*kurangkan mengumpat..
*jaga rahsia

8 - wanita yg berjuang menegakkan islam

9 - org islam lelaki dan perempuan kena saling tolong-menolong
*amar makruf nahi mungkar
*nasihat menasihati
*prihatin dgn kesusahan wanita yg lain

10 - menjadi isteri yg baik kepada suami.
*siapkan diri utk jadi perempuan yg baik.
*lidah yg sentiasa berzikir.
*bersyukur dgn nikmat Allah.
*jadi isteri yg baik.
*mendorong suami utk perkara kebaikan.
*kalau kamu layan baik,ikut suami suruh,cari redha pahala sama dgn org yg
berjihad.
*mengembirakan suami semasa dipandang.
*taat kepada suami.

Thursday, February 14, 2008

--jaulah sinai 2--



sunset on da way back to cairo..



sunrise at the top of jabal musa..



kat tempat perang israel-mesir



salah satu yg dikatakan sbg uyun musa..(air mata air nabi musa)



tomb of nabi harun..



golden calf..lembu emas samiri..diceritakan bahawa patung anak lembu ini adalah lembu emas yg diukir oleh samiri utk menyesatkan umat nabi musa ketika nabi musa beruzlah..



makam nabi salleh...tomb of prophet salleh..



air mengalir di oasis..



subhanallah..hijaunya bumi Mu..oasis in dahab..



di perkampungan badwi



morning in dahab (gold in arabic)



semenanjung sinai..



papan tanda di dahab..hehe

~pagi yg indah~

huhu...today is 14th february 2008..biasanya org2 yg berkasih sayang..sprti psgn kekasih yg sedang hangat dilamun cinta akan menyambut hari yg lebih dikenali sbg hari kasih syg..di egypt ni..xkurang hebatnya!!every shops..had been prepared for diz special day..tp kan kat egypt ni ade 2 valentine..satu yg egypt punye on december n 14 feb for all over da world.

org2 egypt ni..kalu ade 5 tarikh utk valentine ni..mesti diorg akan sambut sume skali..bak kate my friend..xkurang hebatnya sambutan utk kali ni..meriah semacam..sume kedai ade symbol love..huhu..n for me..love day is not on 14 feb only..but everyday..so u must show ur love to anyone u loved..everyday..not once a week..once a month or event once a year..

dalam kesibukan org duk ingt valentine ni..pg td mesir dilanda hujan air batu..huhu..org kate la..tp hujan la da main point here..dah lame rasenya xdgr hujan di bumi mesir ni..except if its rain..we can count per year..huhu..biasanya 2 kali je kut..1st for da beginning of winter..n last for end of winter..i think so..rindu ngn suasana hujan di negara sendiri..dan lagi yg mengejutkan siap ade guruh..huhu..subhanallah..alhamdulillah..allahuakbar...

dah sekali lagi saya xpergi ke kelas tafaqquh ust salman..ruginya..huhu..esk akan ke cairo amik check..insyaAllah..need to stop here..wallahu'alam