Saturday, January 15, 2011

answer for complete question MICROB

bismillahi walhamdulillah

bacteriology



  

 





Q144: Gram, Giemsa, acridine orange & hematoxylin and eosin

genetic




immunology




ps: 

ada jugak yg kosong tu tak tahu nak isi n kadang2 jawapan dia panjang sangat.
kena kecikkan space.

kalau anda ada jawapan untuk yang kosong tu boleh la share ye.
sory jika tulisan buruk or kecik.kalau tak nampak sila click untuk besarkan.

tak faham tulisan sile tanya ye.

scan dalam keadaan nak cepat sebab tu kurang kualiti skit.

last, selamat study kepada sume!=)


sharing is caring~

saya mestilah hidup untuk islam

bismillahi walhamdulillah..

sedikit perkongsian dari liqo' mentor pada hari isnin yang lepas.liqo' atau usrah atau smart circle untuk menguatkan hati-hati para mentor disertakan dengan qiam.tujuan ianya diadakan adalah untuk mentarbiah para mentor supaya tidak mengabaikan tarbiah diri sendiri sebelum mengtarbiah mentee.














dalam dunia ni ada 3 jenis manusia:
  • orang yang hidup semata-mata untuk dunia: orang kafir 
Dan tentu mereka akan mengatakan (pula): "Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia ini saja, dan kita sekali-sekali tidak akan dibangkitkan"(al-an'am:29)


[467]. Maksudnya: jika mereka dikembalikan ke dunia, mereka akan mengatakan demikian.

  • orang yang sesat antara dunia & akhirat: orang munafiq 
Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang mukmin dan beramal saleh ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Dan orang-orang kafir bersenang-senang (di dunia) dan mereka makan seperti makannya binatang. Dan jahannam adalah tempat tinggal mereka (muhammad:12)
  • orang yang menganggap dunia sebagai ladang akhirat: orang mukmin
Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka[468]. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya? (al-an'am:32)
[468]. Maksudnya: kesenangan-kesenangan duniawi itu hanya sebentar dan tidak kekal. Janganlah orang terperdaya dengan kesenangan-kesenangan dunia, serta lalai dari memperhatikan urusan akhirat.
beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok
bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan mati 1000 tahun lagi...

sifat orang yang hidup untuk islam:
  1. berpegang teguh untuk islam secara praktikal
  2. mencari dengan teliti sesuatu yang mendatangkan kebaikan/maslahat untuk islam
  3. merasa bangga dengan kebenaran dan kepercayaan kepada Allah 
  4. beriltizam dengan amal-amal islam, bekerjasama dengan orang yang beramal untuk islam
Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui. (al-maaidah:54)

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.(ali-imran:139)

ciri-ciri prinsip gerakan islam:
  1. gerakan bersifat rabbani (ketuhanan)
  2. gerakan tersendiri (dalaman) ikatan
  3. gerakan yang membawa kemajuan, peningkatan dalam berfikir,perasaan, dan akhlak
  4. gerakan yang syumul
  5. menjauhi khilaf dalam masalah fekah (berlapang dada)

islam is the way of life~

Saturday, January 1, 2011

1.1.11 - happy new year

bismillahi walhamdulillah...



happy new year everyone!
azam baru
new spirit new beginning
umat islam harus cemerlang 
hari ini mesti lebih baik dari semalam
wawasan diri penuh didada dengan ilmu
wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat!


p/s:
tegurlah saya bila saya buat salah..
maafkan saya jika ada hak2 anda yang belum saya tunaikan..


hati RABBANI.otak FAQIH.jiwa DAEI

Tuesday, December 28, 2010

Thursday, December 16, 2010

Kisah bidadari As-syura

Athiah bin Khalaf adalah seorang saudagar Mesir yang terkenal. Pada asalnya, beliau adla seorang yang kaya-raya, namun akhirnya beliau telah jatuh miskin. Satu-satunya kekayaan yang masih tertinggal padanya adalah sepasang pakaian yang dikenakannya.


Pada Hari Asyura, 10 muharram, Athiah bin Khalaf menunaikan shalat subuh di masjid Amru bin Ash. Ketika ia sedang duduk sendirian disalah satu sudut masjid, datanglah seorang ibu bersama beberapa orang anak yang masih kecil-kecil.


“Tuan, tolong lepaskanlah aku dan anak-anakku dari kesulitan hidup. Suamiku telah meninggal tanpa mewariskan apa-apa. Pekerjaan meminta-minta baru aku lakukan sekali ini. Aku juga keluar rumah kerana terpaksa. Tolonglah tuan.”


Sejenak Athiah berfikir, apakah yang mesti diberikan pada wanita itu? Sedangkan ia sendiri tidak memiliki apa-apa, kecuali pakaian yang melekat di badannya. Jika pakaian ini kusumbangkan, akan terbukalah auratku, fikirnya. Tapi jika ku tolak permintaannya, bagaimana nanti kata Rasulullah saw terhadapku.


“Baiklah, ikut aku ke rumah,” ajak Athiah lembut. Sesampai di rumah ia menyuruh wanita tersebut menunggu diluar. Setelah membuka pakaiannya, Athiah menyerahkan kepada wanita itu dari balik pintu.


“Mudah-mudahan Allah SWT memberi tuan pakaian dan perhiasan dari syurga. Tuan tidak akan lagi memerlukan bantuan dari orang lain selama hidup.”


Athiah sangat gembira mendengarnya. Setelah itu ia hanya mengunci diri dalam kamar. Ia berzikir siang malam. Sampailah pada suatu malam ia bermimpi melihat seorang bidadari yang cantik molek. Tangan kiri bidadari itu memegang epal beraroma harum dan setelah dibelah keluarlah sejumlah perhiasan syurga. Bidadari itu mengenakan perhiasan syurga kepada Athiah, lantas duduk menghiburnya.


“ Siapakah engkau?” Tanya Athiah.


“Saya Aasyura, isteri mu dalam syurga ini,” jawab bidadari itu.


“Bagaimana saya boleh mendapatkan kebahagiaan seperti ini?”


“Berkat doa wanita yang engkau tolong kelmarin.”


Athiah tersentak. Ia bangun dari tidurnya dengan riang gembira. Lantas mengambil air wudhu' dan solat dua rakaat, sebagai pernyataan syukur kepada Allah SWT. Usai solat, Athiah bin Khalaf berdoa. “Ya Allah, andai benar mimpiku tadi dan bidadari itu yang akan menjadi isteriku, cabutlah nyawaku sekarang juga, supaya aku segera mendapatkannya.”

Belum sampai ia mengaminkan doanya, Allah telah memakbulkan permintaannya. Pada waktu itulah Athiah meninggal dunia.

sumber: FACEBOOK

Monday, December 6, 2010

salam maal hijrah 1432


bismillahi walhamdulillah...

berakhirnya asar petang tadi, bermulalah kalendar baru islam 1432 hijrah.tidak seperti kalendar masihi yang akan bermula pada tengah malam.bersamalah kita membaharui niat dan azam untuk tahun yang baru ini.baru dari segenap segi.

amalan biasa yang dilakukan adalah akan membaca doa akhir tahun pada selepas asar sebelum masuk waktu maghrib dan selepas maghrib kita akan membaca doa awal tahun.doa awal tahun yang saya rasa semangat baru yang bakal menjalar dalam segenap pembuluh darah kita yang akan dibawa ke mana-mana selagi hayat masih dikandung badan.

moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas dan sebelumnya.banyak ibrah (pengajaran) yang boleh kita ambil dari sirah nabawi.sirah yang berlaku lebih seribu tahun masih segar dan wajar diingati setiap kali tahun baru bermula.sesuai dengan hadis pertama :

"sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan rasul,maka hijrahnya dikira kerana Allah n rasul..."
(hadis pertama : hadis 40 an-nawawi)


salam maal hijrah 1432
menyelusuri sirah nabawi 
ke arah pembentukan jati diri
perjuangan memerlukan pengorbanan
mencari semangat yang hilang=)

hari ini lebih baik dari semalam
hari esok lebih baik dari hari ini
berhijrah ke arah yang lebih baik
dari yang MALAS kepada RAJIN
dari MAKSIAT kepada MAARUF...

Sunday, November 28, 2010

kelas vs ponteng

bismillahi walhamdulillah...

saya terpanggil untuk membicarakan isu ponteng kelas.almaklumlah kedatangan setiap kelas tidak diambil kecuali practical.sewaktu batch senior-senior dahulu masalah ini kurang dan hampir tiada.bukan mahu mengangkat batch atas tetapi saya sedih melihat keadaan adik-adik yang mukanya hanya nampak semasa exam.betol ke budak ni kelas aku?itulah everytime melihat muka-muka baru yang diingat sebagai adik-adik junior yang baru datang.

lagilah dengan adanya kemudahan tusyen dan kelas luar.kehadiran ke kelas diambil sambil lewa sahaja.datang ke kelas hanya suka-suka.betulkanlah niat anda dalam menuntut ilmu.ingatlah kerajaan dan ibu bapa menghabiskan wang ribuan ringgit untuk menghantar anda ke sini.ada yang sanggup menjual tanah dan menggadai harta demi melihat kite menggenggam segulung ijazah.

bukan itu sahaja mind set kita setiap kali datang ke kelas.apabila doktor yang mengajar tidak sedap dan kurang best maka kita mengambil keputusan untuk tidak datang ke kelas.apabila apa yang diajar tidak difahami kita terus patah semangat.takpelah aku amik tuisyen.masa tuisyen la aku pulun betul-betul.lagipun kalau nak compare tuisyen dengan kelas yuran yang kita bayar lebih mahal dari yuran tuisyen.jika difikir logik akal maka kita WAJIB ke kelas jika dibanding dengan kelas luar yang hanya sebagai tambahan.


ke kelas itu ada BERKAT.mana tahu doktor yang mengajar apa yang kita tak faham itu ada berkat dan selalu doakan kita.jika tak ke kelas rugi.satu rugi ilmu dan rugi berkat serta doa doktor.ingatlah setiap kali kita malas ke kelas ada amanah ibu ayah yang kita galas.sanggupkah kita mengecewakan mereka??

kita tak tahu mungkin berkat kita rajin ke kelas Allah mudahkan kita menjawab exam dan juga dengan berkat doktor kita mudah ingat ilmu yang dibaca dan dibelajari

apa salahnya kita korban sedikit rasa malas untuk kita mencari ilmu.hadiri majlis ilmu ada malaikat yang menaungi.bagi saya lebih baik anda tidur di kelas dari anda bermalasan di rumah!tapi janganlah pulak nanti ke kelas tidur.dapatkan tidur yang cukup ye.betulkan niat setiap kali ke kelas.menuntut ilmu kerana Allah.moga setiap langkah kita ada pahala.

hanya pandangan dari seorang insan yang juga kadang-kadang malas nak kelas tetapi menguatkan semangat takut dengan amanah ibu bapa yang akan ditanya nanti=(


long term memory require repetition!