Monday, June 23, 2008

::exam histology::

bismillahi walhamdulillah..

sory kerana lambat update..ampun dan maaf kerana tidak sempat mengupdatekan post untuk last exam saya yang berakhir 2 hari lepas..

banyak benda yang perlu disettlekan..kemas bilik..basuh baju..kemas nota buku dan segalanya..bilik sudah menjadi semacam tongkang pecah..sudah tidak macam rupa bilik..hehe..masa tidak menyempatkan saya untuk berbuat demikian..

hari last itu juga merupakan hari birthday housemate saya amani..hepi belated besday ye cik amani bucuk..

dalam hidup ada mula ada akhir..ada beginning dan terminationnya..exam saya sudah sampai ke penghujung.alhamdulillah..apa-apa pun semuanya telah berakhir untuk tahun ini.doa dan tawakal!!

bermula kisah histo..jom kita jelajah saat akhir peperangan exam!!

hanya 6 hari sahaja 'gap' selepas exam physiology hari itu.banyak yang nak kena baca.banyak yang nak kena hafal dan ingat. Light microscope (LM), Electron Microscope (EM), stain,nucleus shape dan sebagainya..menuntut segala effort untuk menghafal dan mengingat semua benda yang seakan sama.

betapa hebatnya kebesaran Allah dalam menciptakan manusia.setiap cell ada function dan jenis yang berbeza..bentuk juga berbeza."ahsani taqweem" sebaik-baik kejadian..hebatnya manusia..
tapi manusia jarang bersyukur..

dalam gap tersebut mood saya tidak berapa ok.hanya memerap dalam bilik.tak banyak cakap.senyap.rasa nak marah.rasa alone.segala macam rasa ada.namun ku gagahkan jua diri untuk terus melangkah..

ditambah dengan budak-budak tajaan yayasan terengganu ditawarkan bercuti ke ismaelleya pada sehari sebelum bermula exam.hati saya bernada cemburu.sedih.sebak.rasa macam ditinggalkan.tapi bila mengingatkan bukan saya seorang yang tidak pergi hati saya sedikit terubat.dalam batch yang datang bersama dengan saya hanya 4 orang yang tidak pergi.3 orang lagi adalah budak-budak dentist..hanya saya seorang budak medic..tibb bashari.

kuatnya penangan histo..nampak seakan mudah sahaja untuk subjek ini.mudah jika hafal dan ingat dengan baik.jika tidak ia akan menjadi susah..saya seakan trauma untuk exam kali ini.entah mengapa..tidak seyakin physiology..saya melangkah untuk exam histo ni..

21st june (first day)

pagi itu saya bangun seperti biasa.mengosok baju.bersiap dan solat dhuha sebelum pergi.kali ini saya tidak pergi bersama dengan amani dan farah.sebab mood saya kurang ceria lagi pagi itu.ditambah dengan rasa cuak untuk exam histo ini.pada masa yang sama ada ain di rumah kerana dia datang study di rumah saya.so mereka bertiga pergi bersama.

saya membeli air mineral di dalam perjalanan ke dewan exam kerana cuaca yang panas menyebab cepat rasa haus.sesampai di dewan exam tidak ramai lagi yang datang.kerana cuaca yang panas walaupun baru pukul 10 saya terus masuk ke dalam hall.duduk dan membaca nota-nota yang saya bawa.

exam bermula pukul 10.dijawab dengan bacaan doa dan bismillah.
alhamdulillah pukul 1 exam berakhir.selepas exam terus pulang ke rumah.panas terik tidak memungkinkan diri untuk terus berada di luar lama-lama.bahangnya hanya Allah yang tahu.dengan debu yang berterbangan..sesak!

untuk written saya sangat tidak berpuas hati dengan apa yang saya jawab.tidak ingat apa yang dibaca dan dihafal.namun saya ubati hati kerana ilmu itu milik Allah..bukan milik mutlak kita.Dia akan bagi kepada sesiapa yang dikehendakiNya.yang penting tawakal..percaya dan yakin dengan Allah.husnu zhan denganNya.

sesampai di rumah saya dapat miskol dari cik didi yang ingin menghantar kami pergi exam pagi tadi.sedikit terlupa dengan mereka yang ingin menghantar memberi semangat kepada kami sebelum exam.tidak sempat berjumpa dengan mereka yang menghantar kerana saya hanya keluar selepas exam berakhir.maaf ye..

ada juga message dari cik nuT yang berada nun di ismaelleya memberi kata-kata semangat untuk housematenya yang exam.

22nd june (second day)

hari kedua mcq.tidak banyak yang boleh diceritakan di sini.bermula pukul 1 ptg.berakhir 30 minute kemudian.

ok la soalan dia hanya berkisar apa yang ada dalam buku mcq itu.alhamdulillah dan tawakal.

23rd june (third day)

hari last exam.oral.ramai yang exam hari ini dalam 400 orang.membuatkan department histo zahamah (sesak).

saya dan 3 orang lagi budak malaysia di'group'kan dalam kumpulan 12a.selepas tahu kami kena oral dengan dr mana kami menunggu giliran di depan bilik dr tersebut.tunggu punya tunggu pak cik tu kata tu Dr.Azzah duduk dalam bilik lain.beralihlah ke bilik itu.

sambil tunggu tu kami membaca mana-mana yang tidak ingat lagi.tiba giliran yam dengan zura masuk dulu bersama dengan seorang budak arab.sebelum itu giliran amani.

tiba giliran saya dan ghazi masuk.Dr.Azzah mulakan oral dengan tanya soalan pada ghazi.saya tidak dapat menulisnya dalam bentuk dialog kerana tidak berapa mengingati apa soalan yang di tanya.kebanyakan soalan yang ditanya berkisar tentang soalan written kami.

sedih bila mengenangkan saya tidak dapat oral.semua soalan yang ditanya tidak dapat dijawab dengan baik.kecuali satu soalan sahaja.function of type 1 pneumocyte (alveolar epithelium).semua soalan dan point yang saya ingat sudah dijawab oleh ghazi.sedih.bila doktor tanya pada saya, saya sudah kehilangan punca untuk menjawab.so senyap je la.

masih terbayang-bayang di mana letaknya jawapan untuk soalan itu dalam buku teks.namun ilmu itu milik Allah.tiada rezeki untuk oral histo kali ini.

buat akhirnya..sedih dan kecewa..

tawakal..doa banyak..moga-moga Allah tolong saya.saya mahu pulang awal menghadiri walimah ex-schoolmate saya.sudah lama tidak berkumpul bersama dengan kawan.

mohon doa dari kalian semua agar saya najah!!

bismillahi tawakal 'ala Allah..He knows best..


Tuesday, June 17, 2008

::berjalan sendiri...mencari siapa diri::

Bismillahi walhamdulillah…

Pernah hati ini terguris

Dengan fitnah dan tohmahan menghiris

Sehingga terasa diri ini hina

Kerana tiada siapa yang sudi membela

Kutabahkan hatiku harungi hidup

Biarpun tiada siapa yang menemani

Keseorangan aku di lautan sepi

Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya

Setiap segala yang menimpa diri

Kuserahkan segala padaMu Tuhan

Yang berkuasa jua mencipta

Kerana engkau Maha Mengetahui

Segala apa yang terbuku di hati

C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi

Menahan dugaan yang mencabar ini

Terasa bagai noktah telah kutemui

Mengakhiri segala yang telah aku mulai

Ya Allah engkau lindungilah aku

Bekalkanlah daku dengan limpahan iman

Agar tabahku menghadapi dugaan

Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri

Bersama harapan yang tulus suci

Agar terbitlah kembali menteri pagi

Setelah malamku berkalut benci

terdengar lagu pasrah segalanya..terimbas kembali memori lama.entah kenapa tiap kali terdengar lagu ini mesti teringat sahabat tersayang nun jauh di bumi indonesia.tiap kali ber'ym' dengannya, dia pasti menceritakan bahawa dia sentiasa berseorangan di sana.kerana tiada siapa yang faham jiwanya seperti saya.bila terkenangkan itu, saya berasa sedih kerana tidak mampu berada dekat dengannya.yang mampu hanya kiriman doa moga dirinya tabah dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah.

saya pun faham situasinya bagaimana.kerana saya pun mengalaminya.tiada tempat untuk mengadu.tiada tempat untuk berkongsi masalah.jika ada pun mereka yang sudi mendengar mereka mungkin tidak faham kenapa. saya juga tidak tahu bagaimana mahu menceritakannya.saya hanya mengadu pada Allah.kerana saya ada Allah.saya tahu Dia tidak akan tinggalkan saya keseorangan di waktu susah atau senang. Dia sentiasa bersama saya di kala saya berseorangan menangis.

jika ada mereka yang baik dengan saya hari ini.mungkin esok mereka tidak dekat dengan saya.mungkin esok mereka berjalan membawa haluan masing-masing.hanya mampu tersenyum.kadang-kadang senyum dalam tangis.biarlah saya menangis asal orang lain bahagia..itu prinsip saya!!

ingatlah wahai diri..kembara kita di bumi Allah memang untuk di uji.setiap yang berlaku dalam hidup adalah ujian..

berat ujianMu ya Allah.tapi syurgaMu pengubat kegelisahan hati di kala ingin menyalahkan takdir kenapa aku di uji.kenapa aku?kerana Allah sayang aku.kerana Dia ingin aku sentiasa dekat denganNya.merintih denganNya.banyakkan waktu mengadu denganNya.

Diri ini rasa jauh..tak tahu nak cari mana jalan yg perlu diikut..jalan mana yg perlu dipilih..

Ya Allah,Kau bantulah hambaMu ini..tunjukkan ku jalan ke arah redhaMu..kerana aku tak punya sesiapa di dunia yg fana ini..aku hanya adaMu ya Allah..


Ku kembara di bumi tandus…mencari ketenangan jiwa..

Hanya Engkau ya Allah yg tahu..apa yg ada dihatiku..apa yg tersirat di minda ku..yang berserabut di kepalaku..aku tak mampu untuk merungkaikannya sendiri..aku tak tahu di mana perlu ku mulai untuk meleraikannya..


Aku perlukan kekuatan untuk menghadapi ujianMu..perlukan pertolonganMu untuk terus aku berjuang..perlukan pimpinanMu untuk aku terus melangkah di bumiMu ya Allah..


Aku tak mampu berseorangan ya Allah..tapi aku tahu setiap denyut jantung dan helaan nafasku..Engkau ada ya Allah..Engkau masih memberiku nikmatMu..Engkau sentiasa dan akan berada dekat dengan hambaMu..


Engkau beriku ujian kerana Engkau sayangkan hambaMu..


aku mampu tersenyum dengan lembut kalamMu..


“layukalifullahu nafsan illa wus’aha..Aku tidak membebankan hambaKu dengan apa yang mereka tak sanggup memikulnya..”


Pengasihnya Mu ya Allah..setiap yang berlaku ada hikmahnya..setiap yang Engkau buat ada hikmah dan makna yang tersembunyi..yang tak mampu difikir dan dicapai oleh akal sihat seorang manusia..


Dalam berjuang kita diuji..dalam melayari hidup sebagai seorang hamba..macam-macam yang kita tempuhi..percayalah semua itu dijadikan untuk memberi kita kekuatan untuk kita hadapi hari mendatang yang belum kita tahu apa yang menunggu dan menanti..

I asked for strength..

And Allah gave me difficulties to make me strong.

I asked for wisdom..

And Allah gave me problems to solve.

I asked Allah for courage..

And Allah gave me obstacles to overcome.

I asked Allah for love..

And Allah gave me troubled people to help.

I asked for favor..

And Allah gave me opportunities.

“May be I received nothing I wanted..

But I received everything I needed.”

Monday, June 16, 2008

setahun berlalu..

bismillahi walhamdulillah..

hari ini genap setahun peristiwa yang berlaku di bumi mansoura.ketika pelajar-pelajar yang berada di bumi ini sedang dalam fatrah imtihan tidak kira di pihak al-azhari atau tibbi.kami dikejutkan dengan peristiwa berdarah pelajar malaysia mati ditetak oleh kawannya sendiri.peristiwa itu berlaku lewat petang di mana semua berada di rumah masing-masing..

kembali mengenang detik-detik yang berlaku kejadian trajis ini..

Pelajar Malaysia dibunuh di Mesir, rakan ditahan

PUTRAJAYA 14 Jun – Seorang pelajar dari Chendering, Kuala Terengganu mati dibunuh dipercayai oleh seorang rakannya yang juga pelajar dari Malaysia ketika sedang mengulang kaji bersama-sama di sebuah rumah sewa di Mansurah, Mesir, malam semalam.

Mangsa, Mohamad Ishak, 22, pelajar tahun tiga kursus Usuluddin mati setelah dipukul dengan kayu dan ditikam bertalu-talu oleh pelajar dari Selangor yang juga berusia 22 tahun dan mengikuti pengajian bahasa Arab di tahun dua.

Kedua-dua mereka merupakan pelajar Universiti Al-Azhar, cawangan Mansurah.

Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Zainal Abidin Kadir ketika dihubungi hari ini berkata, suspek kini ditahan di balai polis sementara jenazah Mohamad akan dikebumikan di Kaherah setelah mendapat persetujuan keluarganya di Terengganu.

Menurutnya, sehingga kini polis masih belum mengenal pasti punca kejadian tersebut namun difahamkan suspek selalu ke rumah mangsa untuk mengulang kaji pelajaran bersama-sama dengan empat lagi rakan yang lain.

“Pada hari kejadian, suspek telah datang ke rumah mangsa namun disebabkan kawan-kawan mereka telah keluar, dia hanya mengulang kaji bersama dengan mangsa di rumah itu.

“Mangsa yang sedang melihat Internet sambil membaca buku kemudiannya dipukul secara tiba-tiba oleh suspek dengan sebatang kayu. Suspek kemudian mengejarnya sehingga ke dapur sebelum mengambil pisau dan menikam mangsa dengan bertubi-tubi,” katanya.

Kejadian itu, tambahnya, berlaku pada pukul 7 petang dan jeritan mangsa telah mengejutkan jirannya sebelum mereka menelefon rakan serumahnya.

Zainal Abidin berkata, rakan mangsa kemudian menghubungi polis dan mangsa yang berada dalam keadaan parah dihantar ke sebuah hospital sebelum meninggal dunia pada pukul 12 tengah malam semalam.

“Mohamad patah tangan akibat dipukul dengan kayu dan tangannya penuh dengan kesan kelar kerana cuba mempertahankan diri sementara badannya penuh dengan kesan tikaman.

“Sementara suspek pula dalam siasatan awal menyatakan bahawa dia tidak tahu kenapa bertindak demikian ke atas mangsa,” katanya yang turut berada di balai polis di situ.

Menurut Zainal Abidin, pihak kedutaan akan menguruskan pengkebumian Mohamad dan jenazahnya akan dibawa ke Kaherah iaitu kira-kira 130 kilometer dari Mansurah.

Sementara itu di Kuala Terengganu, abang mangsa, Husin, 28, berkata, adiknya dipercayai menjadi ‘mangsa lepas geram’ pelajar senior.

“Dia didatangi oleh seorang pelajar senior yang hendak mencari teman serumah adik saya bernama Abdul Kadir.

“Tetapi setelah mengetahui Abdul Kadir tiada di rumah, pelajar tersebut dipercayai dengan tidak semena-mena mencapai sebilah pisau dan terus menyerang biarpun adik saya merayu-rayu supaya tidak dicederakan,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Kampung Pangkalan Rajawali, Chendering di sini hari ini.

akhbar mesir juga melaporkan..

Pelajar Malaysia membunuh kawannya di mansurah kerana enggan meminjamkan wang kepadanya.

Daqahliah(nama negeri dimana mansurah adlah ibu negerinya)-Abdus Salam Abduh

Seorang mahsiswa Azhar warganegara malaysia telah membunuh kawannya dgn 60 kesan tetakan dan tikaman ditubuhnya dgn menggunakan 4 pisau; kerana enggan meminjamkan wang kpdnya setelah mengalami kesusahan. Pihak keamanan Mesir telah menemui tubuh mangsa Muhammad bin Ishak (22 tahun) penuntut kuliah usuluddin di Mansurah; di tempat yg penuh dgn darah dan mempunyai kesan 60 tetakan pisau di tubuh mangsa. Unit siasatan yg di ketuai Jeneral Abdul Hamid as-syanawi Pengarah keamanah cawangan Daqahliah telah meyatakan bahawa suspek adalah .............. penuntut kuliah pengajian Islam dan suspek meminjam wang dr mangsa tetapi mangsa enggan.Ini menyebabkan suspek pergi ke rumah mangsa dan menyerang mangsa dgn pisau sehingga menyebabkan mangsa terbunuh.

Suspek telah ditahan pihak polis dan telah disoal siasat dgn bantuan wakil kedutaan Malaysia. Pendakwa raya MUSTAFA kHATTAB telah memerintahkan suspek direman selama 4 hari dan membedah siasat mangsa serta menyerahkan mayatnya kpd Kedutaan Malysia.

Terjemahan dr Surat KAbar al-Wafd 16 Jun 2007.



Bumi Mansurah diselubungi kesedihan yg amat apabila seorang pelajar Muhammad bin Ishak (Terengganu) meninggal dunia pukul 1pg malam di hospital dauli akibat cedera parah. Banyak kesan tikaman diseluruh badan termasuk di leher, mata, peha dan yg paling teruk dikepalanya.

kejadian berlaku lebih kurang pukul 7 malam hari rabu 13jun di sebuah rumah pelajar Msia di pasar di dirasat, Mansurah, Egypt. Mangsa yg sedang bermain komputer di serang dr belakang dan bergelut sehinggalah ditetak seluruh badan dgn 3 pisau. Antaranya pisau pemotong daging yg baru dibeli.

Mangsa yg ditetak bertalu2 lari ke balakon dlm keadaan berlumuran darah dan dilihat oleh sebahagian arab di pasar.Maka arab tadi pun naik ke atas dan menjumpai mangsa terbaring berlumuran darah dan ada pelajar msia lain disisinya berlumuran darah.Maka arab menangkap suspek dan menghantar mangsa ke hospital dauli.

mangsa sedar dlm pukul 10 dan ditanya sebab ape suspek bertindak begitu; mangsa menjawab: "Dia tu gila" kemudian mangsa dibawa ke Icu. Pihak kedutaan tiba dlm pkl 2pagi dan diberitakan mangsa sudah menghembuskan nafas yg terakhirnya.Mangsa adalah pelajar tahun 3 kuliah usuluddin jurusan tafsir Azhar Mansurah. Suspek juga pelajar malaysia. suspek mengenali mangsa.Al-Fatihah.

Catatan peristiwa kejadian

1. Mangsa suka main bola sepak di padang kuliah; tapi petang tu dia enggan keluar bermain.
2. Mangsa sedang melihat gambar kereta di komputer; bukannya internet kerna umah tu takde internet.
3. Kejadian bermula di komputer; dan kedudukan pc terletak sebelah pintu dan mengadapnya.
3. terdapat kesan darah di komputer dan darah di dinding belakang komputer.
4. ade kesan tapak tangan berdarah dipintu (mungkin mangsa nak keluar kemudian dihalang)
5. Arab yg berada dipasar naik ke rumah yg tingkat 2, merempuh pintu dan mengalahkan suspek dgn kayu.
6. Suspek dan mangsa kurang mengenali antara satu sama lain.
7. Mereka tidak mengulangkaji pelajran kerna exam sudah habis dan mereka berlainan kuliah.
8. Jenazah dikebumikan di malysia dgn biaya kerajaan Terengganu.
9.perbuatan melambat2kan penyelenggaraan dan memindahkan mayat adalah dilarang dlm Islam.
Al-Fatihah..

sumber berkenaan maklumat di atas saya petik dari laman blog ustaz salman maskuri..
  1. bumi mansurah diselebungi kesedihan
  2. berita dari akhbar mesir
  3. catatan peristiwa
apa yang saya mahu kongsikan di sini adalah berita sedih itu telah menyebab kami takut utk keluar rumah.namun begitu saya dan housemate telah ke pasar ke esokkan harinya utk membeli barang keperluan rumah.keadaan pasar pada hari itu tidak semeriah biasa.suram dan sunyi.semasa saya membeli sayur dengan seorang mak cik..dia tanya 'ley?ley?ley?'(kenapa?). mungkin mak cik itu adalah antara yang melihat kejadian tersebut.

dalam minggu kejadian tersebut ada jiran arab meninggal..entah kenapa sayu melihat jenazah di usung.di mesir susah utk melihat kejadian orang meninggal.kerana mereka akan cepat menguruskan dan mengebumikan jenazah.

dan dalam minggu itu juga ada di lorong kami ada seorang arab kristian meninggal.pada malam sebelum arab kristian itu meninggal..housemate saya dikejutkan dengan jeritan dari hujung jalan.dengan perasaan takut (trauma dengan peristiwa souq) dia mengejutkan housemate yang lain utk melihat apa yang berlaku.apabila pintu dibuka didapati sudah ramai arab yg tinggal di lorong itu membuka tingkap dan pintu utk melihat apa yang berlaku.rupanya arab kristian itu meninggal.mama arab depan rumah kami suruh mereka masuk kembali ke rumah seakan faham dengan trauma yg kami hadapi.

apa yang ingin dikongsikan begitu ketara perbezaan antara pengurusan jenazah orang islam dengan orang bukan islam.islam menggariskan janganlah kamu meratapi kematian seseorang itu dengan jerit pekik dan lolongan yang melampau.bersedih itu tidak salah, malah rasulullah sendiri bersedih atas kematian anaknya ibrahim. berdasarkan apa yang dilihat si arab kristian itu menjerit terlolong sehingga boleh didengari sepanjang jalan tempat kami tinggal.

setahun berlalu peristiwa berdarah itu.ia akan tetap segar di ingatan setiap insan yang pernah berada di sini.buat sahabat-sahabat mangsa semestinya mereka akan mengingati peristiwa ini sehingga akhir hayat mereka kerana kehilangan sahabat tersayang.

bertalu-talu message dan call dari sahabat-sahabat dan keluarga di malaysia yang ingin bertanya lanjut peristiwa itu.mereka risaukan keadaan kami di sini.sampai ada yang pesan suruh beli stok sebulan utk keperluan rumah.tidak ingin memberi kami keluar rumah selepas kejadian itu..

terdapat banyak percanggahan dalam dengan berita di malaysia dan di mesir.kami pun mendapat banyak cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut.tapi apa pun hanya Allah yang lebih mengetahui..al-fatihah utk muhammad bin ishak.smoga ruh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.ameen!!

Sunday, June 15, 2008

Ahmad Imtihan + Nur Imtihanah

bismillahi walhamdulillah

tertarik dengan artikel mr.presiden tentang imtihan.siap ada nama lagi..ahmad imtihan..saya tambah sedikit jadi nur imtihanah..boleh jadikan pembangkit semangat utk kembali meneruskan perjuangan di medan menuntut ilmu yang tidak lari dari nama imtihan.

tidak kiralah sesusah mana pun imtihan yang kita hadapi jangan putus asa kerana imtihan dijalankan menguji setakat mana ilmu yang ada dengan kita.setakat mana kemampuan kita menguasai sesuatu subjek.berusaha setakat mampu..dan serahkan selebihnya pada Allah.

ikutilah kisah ahmad imtihan..moga bermanfaat..kepada penulis dan mr.presiden..thnks a lot for such a very good article..may Allah bless u all..

Tulisan Idil untuk dikongsi dengan semua...


Setiap soalan ada jawapan jika sungguh-sungguh dicari. Kita perlu menjawab beberapa persoalan hidup agar jawapan kepada persoalan-persoalan itu nanti mampu menjadi pemandu yang akan membawa kita ke destinasi impian semua; kejayaan.

Bagaimana anda memandang peperiksaan atau imtihan? Sudikah kita menerima imtihan sebagai kawan? Mari berkhayal bersama saya seketika. Bayangkan peperiksaan benar-benar menjelma sebagai seorang kawan. Luangkan masa anda sebentar untuk saya kongsikan cerita saya bersama kawan yang bernama ‘Ahmad Imtihan’ @ Imtihan.

Melihat saat-saat indah seseorang menggapai kejayaan, membuatkan akalku ligat meneka, tentu mereka ada hubungan yang istimewa dengan Imtihan. Aku pasti mereka menanam impian untuk bertemu dengan Imtihan sejak dari hari pertama masuk ke kuliah. Aku yakin mereka mesra dan selesa melayan Imtihan. Maklumlah, Imtihan bersikap ‘jual mahal’ dan memilih kawan. Siapa yang lambat panas atau suka bertangguh tidak layak dijadikan kawan.

Setiap hujung tahun aku ingin menemui Imtihan. Tarikh keramat itu telahpun kubulatkan sebesar-besarnya agar aku sentiasa tahu bahawa masa sedang berjalan. Persiapanku harus selari dengan pergerakan masa. Kadang-kadang aku menyesal lalu memarahi masa kerana berjalan laju. Hakikatnya langkahku yang lesu dan kaku. Itulah masa, seronok diisi dengan rehat sehingga datang saat genting, rehat pun tidak seronok lagi. Usahaku mestilah dari awal sehingga akhir!

Peliknya, banyak pula kawan yang ‘murah’ ingin menjadikanku kawan. Mereka duduk di tengah-tengah laluanku yang sedang bersemangat menuju ke arah Imtihan. Siapa yang tidak marah, puas aku berlari semakin dekat aku diekori. Saat aku berenggang dengan Tuhanku, aku pasti tunduk menyerah pada kawan-kawan murahan ini. “Tinggalkan dahulu ilmu, ayuh kita melayan nafsu”, itulah pujukan mereka. Kalaulah mereka tahu bahawa tiada istilah kenyang bagi nafsu tentu dijauhi nafsu itu beribu-ribu batu!

Cukuplah catatan ringkas ini aku garapkan. Hajatku agar kalian mengubah persepsi terhadap Imtihan. Kita yang sedang mencari mereka, bukan mereka yang mengejar dan menghambat kita. Kita wajib bersemuka dengan Imtihan dan ketika itu serahkan diri secara total untuk diuji sejauh mana keikhlasan dan persediaan untuk memenangi hati Imtihan. Imtihan bukan bodoh untuk mengenal kita. Si pemalas, si penangguh dan si penidur semuanya boleh dikenalpasti oleh Imtihan. Aku malu jika dilabel sehina itu!

Seandainya aku mati dan tidak sempat bertemumu imtihan, ketahuilah bahawa aku sudah menjual seluruh hidupku untuk menuju ke arahmu. Tanyalah Allah, tanyalah bebintang dan tanyalah beburung, mereka saksi segala lelahku. Malah aku pasti, redha Tuhanku lebih tinggi daripada persahabatan sementara kita ini wahai Imtihan. Syurganya menanti orang yang gigih dan ikhlas menuntut ilmu walaupun ditakdirkan gagal dalam PEPERIKSAAN. Semoga bertemu Imtihan!

(Dedikasi kepada tuan blog dan sahabat dunia akhirat yang lain)

..sahabatku..

Sahabatku, buah hatiku…
Dengarkanlah bicaraku,
Jangan biarkan aku didepanmu,
Aku takut aku terlalu laju,
Jangan tinggalkan aku dibelakangmu,
Aku bimbang engkaukan terus berlalu..
Tetapi,
Berjalanlah disebelahku,
Andai aku terkedepan,
Engkau akan menarikku,
Andai engkau terkebelakang,
Aku akan memimpinmu..

Sahabatku, tawaku air mataku…
Andai satu hari nanti,
Aku terlupa,
Aku benar mengharap,
Antara orang yang akan mengingatkan aku,
Adalah kamu…
Dan,
Kiranya satu hari nanti engkau terleka,
Izinkan antara orang yang menegurmu adalah aku…

Sahabatku, rinduku dendamku…
Andai takdirnya aku pergi dahulu,
Aku mengharap,
Antara mereka yang sedih pemergianku,
Adalah kamu..
Antara mereka yang tersenyum teringatkan bicaraku,
Adalah kamu..
Antara mereka yang kirimkan aku bacaan sedekah,
Adalah kamu..
Itulah buktinya engkau jua merinduiku sebagaimana aku,
Kerana,
Andai ketentunNYA engkau lena dahulu,
Antara mereka yang terasa kehilangan sahabat sebaikmu,
Adalah aku..

Sesungguhnya aku tak memerlukan apa2.. kecuali seorang insan yang pada peribadinya dan tingkah lakunya sendiri sudah cukup membuatkan aku sentiasa dekat denganNYA

Cukup dengan gerak laku nya membuat aku ingin lebih dekat dgn MU…

Cukup dengan bacaan alqurannya mampu melembutkan hatiku yang keras ini tehadapMu

Cukup dengan tata bicaranya yang membuatkan ku lebih mencintaiMU Ya Allah!!


ya Allah,
Engkau tahu hati-hati ini berhimpun dalam cinta padaMu,
telah berjumpa dalam taat padaMu,
telah bersatu dalam dakwah padaMu,
telah berpadu dalam membela syariatMu,
teguhkanlah, ya Allah..ikatannya..
kekalkanlah cinta kasihnya.
tunjukilah jalan-jalannya.
penuhilah hati-hati tersebut dengan cahayaMu
yang tidak pernah hilang.
lapangkanlah dada-dada kami dengan
kelimpahan iman kepadaMu
dan indahNya bertawakal padaMu.
hidupkanlah hati ini dengan ma'rifat kepadaMu.
matikanlah ia dalam syahid di jalanMu.
sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung
dan sebaik-baik penolong.
ya Allah, kabulkanlah..
ameen!!

indahnya jika ukhwah dan persahabatan kerana Allah.kerana ia dipateri dengan ikatan iman dan taqwa.kerana ia diikat dengan rahmat kasih sayangNya.biar terpisah jauh..namun ikatan itu tetap mekar dalam hati orang yang merasai..indahnya ukhwah fillah yg dijadikan olehMu ya Allah..

above all this..specially dedicated to all my friends..yg jauh melata di bumi Allah..
i miss u all..(my bestfriend cik nurhidayah wahidah roslan,kiniey,sanah,naeL,skulmate..and dq-mate)

Saturday, June 14, 2008

::exam physiology::

bismillahi walhamdulillah..

syukur kupanjatkan padaMu ilahi kerana masih mengurniakan nikmat iman dan islam kepadaku.syukur juga ku panjatkan padaMu kerana aku telah berjaya menempuhi satu lagi subjek exam dengan baik..

ikutilah kisah exam physiology saya selanjutnya..here we go..

9 jun 2008 (isnin) -->1st day

selepas berpenat lelah menghafal soalan-soalan yg beratus tu..huhu..kepala terasa 'weng'..banyak sangat nak kena hafal ingat baca..so when too many things to memories and remember..our brain pn rasa macam nak stuck je..tahan-tahan..esok je sehari lagi nak exam..nak tak nak kita hari itu pasti tiba..dan kita terpaksa hadapinya..

pagi itu kami berempat pergi exam dengan bertemankan cik didi jiran sebelah rumah..malam sebelumnya dia message dia mahu menghantar kami pergi exam pagi itu..berjalan la kami berlima ke gamaah dengan berjalan kaki..bawa nota sekadar termampu je..dah tak sebenarnya nak baca..

sampai di gamaah terus mengambil 'pot' tempat yg sesuai utk kami membaca dan landing sebentar sementara menunggu masuk dewan exam..sempat la jugak membelek nota-nota yg dah terlalu banyak utk tu..datanglah la plak si zura bersama syamilah.milah menghantar zura utk exam physio sama dgn kami..kami sempat berbual-bual tentang soalan-soalan..

there is some of the conversation before the exam..i got from zura's blog:

Zura: K. Zaty, nak pinjam notes ANS.. chemical transmitter.

Me: Nah (giving a note about acetylcholine)

Zura: Ala takmo yang ni..

Me: baca je la.. tu je yang ada..

And you guess what?

Question 6 – Acetylcholine; synthesis, release, removal and action in the autonomic nervous system.

Zura: Amal, nak pinjam buku CVS jap boleh?

Amal: okay ( she was reading the book II on the topic anemia I think)

Zura: without hesitating, I merely opened the topic edema.

Me: wahh terus bukak edema dia..

Zura: takutt..

And she said i expertly guess it right..

Question 11 – Anemia; definition, causes, types and its effects on the circulatory system.

Question 4 – Pulmonary circulation; characteristics, dynamics of fluid exchange through the pulmonary capillary membrane and pulmonary edema safety factors. (ala sipi2 la tu kan ada jugak edema)

Me: Okay apa cardiac output?

Zura: not telling..

Me: COP tu blah blah blah…

And you guest what??

Question 2 – COP; definition, one method for measurement in human and intrinsic & extrinsic regulation.

"K. Zaty akak cakap definition je kan? Isk3" zura cakap.sorry la ye sis..saya pun dah tak teringat nak cakap apa..so many things..boleh bercampur aduk..

pastu cik nuT plak mengajak masuk dewan awal..kerana hendak mencari tempat duduk.sebab ada sedikit perubahan.

before that kami tadah tangan memohon doa ke hadrat ilahi dengan didoakan oleh ikwah.so before masuk exam hall kami bersalam la dengan mereka yang ada datang menghantar antaranya kak ida,kak azah dan didi..thanks you all kerana datang bagi semangat.

alhamdulillah dapat soalan sedikit terkejut..nak kata senang tu takde lah..dan nak kata susah sangat pun tak..but it's ok..better than tahun lepas..suka bila tengok soalan kita dapat jawab..tak rasa sia-sia berpenat lelah selama setahun.bak kat milah..time exam masa tengok soalan tu kalau dapat jawab akan rasa gembira sangat..alhamdulillah..ya Allah syukur padaMu kerana Engkau kurniakan ilmuMu padaku..

syukur sebab banyak yang saya baca masuk..antaranya soalan sebijik cam tahun lepas

Question 12 - tissue macrophage system: types and functions

Question 13 - differences between simple diffusion,facilitated diffusion and active transport

exam berakhir 3 jam kemudian..kami menjawab dalam kepanasan..dah la duk tengah-tengah dalam exam hall..panas amat..mahu habis sebotol air saya minum..huhu...
syukur padaMu..it's better than last year..walaupun nak kata 100% dapat jawab tu tak de la..but almost all the questions dapat jawab..tapi ada juga yang main hantam dan goreng-goreng saje..but praise to Allah for all of this..

10 jun 2008 (selasa) --> 2nd day

exam bermula pukul 1230 tengahari..biasanya mcq akan start 10am..tapi maybe ada orang exam sebelum tu..budak 3rd year exam pharma rasanya hari itu..if i'm not mistaken..

pagi tu dalam ke'mengantuk'kan..saya dikejutkan dengan message si zura..bertnyakan exam betul ke pkul 1230..sebab si yan dan si yam dah ada kat gamaah time tu..mereka tak nampak sorang pun budak-budak malaysia yang akan exam..so diorg call si zura nak confirmkan betul ke exam pkul 1230 tu..

awal-awal lagi malam tu saya dah bertanyakan orang lain pasal waktu exam..takut la ada perubahan..

mcq 40 soalan..20 soalan choose the best answers and the remaining is true n false..

exam selama 45 minutes..

all the questions covered the topic which not covered in the mid year exam..half of cardiovascular system,blood and biophysics..

apa-apa pun syukur dan tawakal pada Allah..dah jawab dan usaha yang terbaik..let Allah do the rest..

11 jun 2008 (rabu) --> 3rd day

hari ini exam sheet..sheet tu cam fill in the blanks..dia bagi soalan then kita kena isi la jawapannye..

this year the questions is too direct compare to last year..which make us confuse what is the answered..

tapi saya tidak ingat sangat apa yang dibaca..tu la baca tak focus macam mana nak ingat..do not take easy for every single things..hehe

lepas habis sheet tu nuT,amani,arah,fatin,aisyah and some of others kena oral..mereka dapat soalan semua senang dan alhamdulillah mereka dapat jawab dengan baik.doctor yang tanya pun baik..

tawakal 'ala Allah

14 jun 2008 (sabtu) --> 4th day

last day oral..gap selama 2 hari..kena la baca oral..huhu..jeles dengan orang yang oral sebelumnya..mereka semua dapat soalan yang sudah dijangkakan..dan doctor pn baik-baik..
oral kami di'group'kan dlm majmu'ah last..iaitu 8..dengan dr.'atef..dan sorang lagi doctor tawzee'
(depend on dept tetapkan)

kami masuk ramai 9 orang..lagi 2 orang masuk second round..saya dapat soalan pace maker of the heart..zura dapat contractility( cardiac properties)..yam dapat cop..yan duk jauh tak nampak sangat soalan ape..

Me: assalamua2laik doctor.
Dr.'Atef: waalaikumussalam..ok what is the pace maker of the heart?
Me: sinus atrial node (SAN)..
Dr.'Atef: why SAN is the pace maker of the heart?
Me: hm..it is used to initiate the heart beat..
Dr.'Atef: hm..why is the SAN is pace maker of the heart?..it is to firing level?
Me:..to overshoot the ions to intracellular..
Dr.'Atef:what's ions?
Me: sodium(Na)
Dr.'Atef: ..lead to ..potential?
Me: pace maker potential or prepotential..
Dr.'Atef: ok u can go to second dr..dr.naseer mansour..u know where is his place?
Me: oh..mush'areef..(i don't know)
Dr.'Atef: his room is over there!
Me: ok doctor..thank you.

huhu..not really puas hati with the answer..sebab saya tak tahu nak jawab apa..nasib baik la Dr.'Atef tu baik..tolong saya..thank you doctor..may Allah bless you..

keluar dari bilik doctor..cakap la kat ghazi dapat soalan apa..selepas itu saya mencari mana bilik dr yg kedua.tanya kat mak cik yg jaga dept tu..dia cakap kat hujung..cari punya cari..rupa-rupanya bilik dr.naseer tu depan bilik dr.'atef..

and i waited for my turn to second doctor..Dr.Naseer Mansour..before that ada budak arab 2 orang..sorang masuk sorang duk luar..then yg masuk tadi kluar..tnya la dia dapat soalan ape..dia cakap dia dapat anemia..hypoxia..resting membrane potential..n soalan ans..

then come my turn..

Me: assalamua2laik doctor..
Dr.Naseer: waalaikumussalam..your number?
Me: 1316..
Dr.Naseer: what is the type of anemia?
Me: there is 4 tpe of anemia which is 1st-blood loss anemia 2nd-aplastic anemia 3rd-megaloblastic anemia
Dr.Naseer: what is the cause for alpastic anemia?
Me: destruction of bone marrow cells.
Dr.Naseer: what is the horner's syndrome?
Me: group of sign which result from intteruption sympathetic nerver impulse to head and neck
Dr.Naseer: what is the signs of horner's syndrome?
Me: ptosis,miosis,anhydrosis,enopthalmos,vasodilatation of blood vessel.
Dr.Naseer:what is heart sound?
Me: 1st and 2nd heart sound is audible when we hear it using the stethoscope.
Dr.Naseer: what is the causes of the 1st heart sound?
Me: 3V - vascular-valvular-ventricular
Dr.Naseer: ok..what is the factor affecting venous return(cop)?
Me:pumping action of heart,pressure gradient,respiratory movement,blood volume,gravity..
Dr.Naseer:..ok thnk you..

belum habis jawab soalan yang akhir tu..ade lagi 2 sebab dia (vascular system and skeletal muscle conraction)..dr dah cakap kholas..alhamdulillah..Allah maha adil..syukur sangat dapat jawab dengan baik utk dr yang kedua..

for your information..tersangat la cuak sebelum oral tu..bedebar teramat sangat..sebab saya tak kuasai sangat tajuk nerve muscle dan respiration..Allah maha adil..kerana 2 tajuk tu dr tak tnya pun..alhamdulillah..yakin dengan Allah...

maka berakhirlah cerita exam physiology saya utk thn ni..
wallahu'alam..

may Allah give us najah..ameen(^_^)

Friday, June 13, 2008


ibu gemilang

Didikan agama sempurna rahsia kejayaan 7 anak jadi doktor pakar

KUALA LUMPUR: Lahir dalam sebuah keluarga Cina yang hidup susah sehingga diserahkan kepada keluarga angkat Melayu sejak usia tiga bulan, tidak menjadi penghalang kepada seorang wanita untuk mendidik semua tujuh anaknya menjadi doktor pakar.

Anis Abdullah, 65, bekas guru Sekolah Kebangsaan Parit Raya, Muar, menganggap menjadi Muslim memberi rahmat kepadanya untuk memberi didikan agama terbaik kepada anaknya yang terdiri daripada dua lelaki dan lima perempuan.

Kini beliau dan suami, Md Noh Yunos, 70, bekas ketua kerani, berbangga kerana anak dan lima menantunya menjadi doktor pakar dalam pelbagai bidang di hospital kerajaan dan swasta selain ada yang membuka klinik sendiri.

Dua lagi menantunya, bekerja sebagai akauntan dan ahli geologi .

Hasil kegigihannya mendidik anak dengan ilmu agama dan dunia, nenek kepada 21 cucu itu dinobatkan sebagai seorang daripada penerima anugerah Ibu Gemilang pada majlis Anugerah Ibu Malaysia 2008, di sini, semalam.

Majlis disempurnakan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Turut menerima anugerah Ibu Gemilang ialah bekas guru dari Perak, Zaharah Mahmoodin dan suri rumah dari Kuala Lumpur, Lim Sai Khim.

Majlis itu turut memberikan anugerah Ibu Cemerlang yang diterima Sajarah Latip, dari Sarawak; Ruminah Nado (Johor); Habibah Abdullah (Sabah); Raseni Suparno (Sabah) dan A Alice Santha (Kuala Lumpur).

Dua penerima anugerah Khas Juri pula ialah Lam Boon Lun dari Kuala Lumpur dan Dayang Rakiah Abang Ali (Sarawak).

Pemenang anugerah Ibu Gemilang menerima wang tunai RM5,000, trofi dan bunga; Ibu Cemerlang (RM3,000, trofi dan bunga) dan Khas Juri (RM1,500, trofi dan bunga) daripada Tuanku Nur Zahirah.

Anugerah yang kali pertama dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia itu adalah bagi mengiktiraf jasa ibu tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang di negara ini.

Anis berkata, beliau tidak menyangka menerima anugerah bernilai itu kerana baginya, sudah menjadi kewajipan bagi ibu bapa untuk mendidik anak masing-masing menjadi manusia yang berjaya.

“Sejak kecil, saya sudah beri penekanan agama kepada anak saya dengan mendidik mereka mengaji dan bersembahyang.

“Kejayaan anak saya ini adalah anugerah Allah dan saya serta suami hanya menjadi pendorong kepada kejayaan mereka,” katanya yang juga penerima Anugerah Ibu Mithali Johor pada 1999 dan calon Ibu Mithali Peringkat Kebangsaan, tahun lalu.

Sementara itu, seorang lagi penerima anugerah, Raseni, 58, berkata melahirkan 18 anak selang setahun dan dua tahun dengan menanggung pelbagai masalah kesihatan termasuk kurang darah dan sakit gigi, ternyata tidak menjadi masalah baginya.

“Saya dan suami seronok mempunyai anak ramai kerana adik-beradik kami juga mempunyai anak lebih daripada 10 orang.

“Walaupun saya hidup susah, dengan bergantung pendapatan suami sebagai pemandu lori sebanyak RM336 sebulan, ia tidak menjadi penghalang untuk memberi didikan terbaik untuk anak-anak,” katanya yang memegang prinsip biar miskin harta jangan miskin ilmu.

Kini hasil ketabahan mendidik anak, semua anaknya berjaya dalam hidup dengan ada yang bekerja sebagai jururawat, pembantu farmasi, guru, pegawai tentera udara dan polis.


tertarik dengan berita ini..didikan dan kasih sayang ibu bapa tidak mungkin dapat kita balas dengan apa sekalipun.pengorbanan mereka dlm mendidik kita utk jadi insan mulia.mereka sudah tentu mahukan yg terbaik buat kita.malah mereka mahukan kehidupan kita lebih baik dari mereka.

sebagai anak seharusnya kita mentaati ibu bapa selagi mana mereka masih bernafas di atas muka bumi Allah.dan selagi mereka tidak melanggari batas-batas syariat islam.jika mereka telah pergi meninggal dunia ini, doakan mereka, berbuat baik dengan sahabat-sahabat mereka.

"ya Allah ampuni dosaku, dosa kedua ibu bapaku.peliharalah mereka sepertimana mereka mengasihiku sewaktu kecilku..hubungkan mereka dengan taliMu"

dan sebagai anak kita kenalah belajar bersungguh-sungguh utk mengembirakan hati mereka.kerana kita tak mungkin mampu untuk membalas semua jasa-jasa mereka.

pesan pada diri..kuatkan semangat utk study..berusaha sehabis baik..kemudian tawakal..

ramai org menunggu dan mendoakan..

from the news above..wanna be like this ibu gemilang n ibu cemerlang..!!insyaAllah ameen...

Wednesday, June 11, 2008

::taj'il..tunda..postpone::

bismillahiwalhamdulillah..

buat sahabat-sahabat yang berada di bumi mansoura..terutamanya budak medic conventional..saya rasa terpanggil untuk menberi sedikit pandangan mengenai urusan peperiksaan kita semua..berkaitan dengan exam dur thani..yang mana akan dijalankan pada awal bulan 8 sebagaimana korang semua maklum..

untuk yang 'berniat' dan 'berani' merancang melepaskan peluang exam dur mayu(mei) dan mengambilnya untuk dur thani..saya rasa masih belum terlambat untuk saya memberikan pandangan..dan mungkin saudara dan saudari semua boleh berfikir kembali tentang perkara tersebut..bercakap dari kaca mata pengalaman..

1) kenapa melepaskan peluang:

adakah anda tidak bersedia?adakah anda takut dengan nama exam?adakah anda kurang yakin dengan diri keupayaan dan kebolehan sendiri?saya pun tertanya-tanya kenapakah mereka mahu ta'jil..bagi saya anda telah melepaskan peluang yang ada.dan anda hanya ada satu sahaja peluang lagi iaitu last chance (dur thani) yang mana kena buat betul-betul.sebab dah tak de peluang lagi selepas itu.jika bukan rezeki anda pada waktu tu..bagaimana??menangis sekalipun masa dan waktu tidak dapat diputar kembali..
{Allah maha mengetahui isi hati setiap hambaNya}

2) taj'il hanya 3 kali:

sebagaimana makluman dari biro akademik pcm..taj'il hanya boleh dilakukan 3 kali sepanjang 6 tahun pengajian anda sebagai pelajar perubatan..kalau sekarang dah gunakan peluang tu..bagaimana?kita tak tahu apa yang menanti dihadapan.sakit ke?kecemasan ke?bersalin ke(untuk yg kahwin)?gunalah peluang taj'il itu untuk keperluan yang sangat3 mendesak..if sakit sikit-sikit tu tahan la..if tak yakin dengan usaha kita..kena pesan pada diri..tuntut ilmu Allah ni kena kuat pegang dengan Allah..kena yakin dengan Dia..Dia tak pernah tinggalkan kita..tapi kita selalu tinggalkan Dia..

3) dur thani susah!!:

if not mistaken..ramai yang dah rasa kena dur thani kan..most of them told me that the exam was very3 tough n difficult compare to dur mayu..jangan berfikiran sama macam anda berada di malaysia..kerana repeat exam dekat malaysia biasanya soalan dia lagi senang dari soalan exam mula2..tidak di sini..tanyalah mereka yang dah merasainya..yang dah melaluinya..ada senior dari cairo u pun cakap dur thani memang susah..kena buat betul2..

saya terpanggil untuk memberi pandangan kerana ramai yang berbuat demikian..bukan nak cari salah sesiapa tapi sekadar berkongsi pandangan..mungkin sahabat-sahabat sekalian lebih arif tentang diri sendiri..

berusahalah sahabat-sahabat sekalian..dah pohonlah dengan Allah..yakin denganNya..ada rezeki Allah akan bagi..Dia sangat pemurah dan sangat penyayang..Dia akan bagi pada hambaNya..Dia tak pernah mungkir..

yakin dengan diri sendiri..berusaha sebaik dan sehabis mungkin..jangan study last minute..medic tidak menuntut anda untuk study last minute..sebaliknya rancanglah jadual belajar anda..pernah bercakap dengar seorang senior arab tahun 6 nama dia essam (dah grade rasanya), jumpa dia dekat hospital gamaah masa nak check mata..dia cakap study medic kena study hard..n u must study everyday..kena consistent..istiqomah..sikit-sikit tak pe..asal berkualiti..jangan utamakan kuantiti..banyak kuantiti tapi tak de kualiti tak guna..kita nak yang berkualiti..

selepas usaha tawakal la padaNya..jika kita tak usaha dengan baik macam mana nak mintak dengan Allah..tak ke malu..usaha tak seberapa..tapi mintaknya bukan main..tawakal dengan sesungguhnya..kerana kita tak punya apa-apa melainkan ilmu yang Allah bagi..semua itu milik Allah..kita hanya pinjam sekejap sahaja..jika Dia tarik balik..terumbang-ambinglah kita..jika Dia bagi..syukurlah..moga-moga ilmu yang ada pada kita berkat..untuk kita gunakan merawat patients..pada masa akan datang..

if takut untuk hadapi exam..teringat pesan saya kat sahabat-sahabat yang lain..jangan takut..takut untuk exam adalah normal..tapi tak takut untuk exam adalah abnormal..sebabnya banyak hormone terembes semasa kita takut..so perasaan akan bercambur baur..mintalah kekuatan dengan Allah..kerana kita Allah..

sekadar perkongsian pendapat..ampun dan maaf jika terkasar bahasa..

insan biasa yang banyak melakukan kesilapan..peringatan untuk tangan yang menulis dan mata yang memandang..

insyaAllah..may Allah give us najah..ameen!!

"if you make intense supplication
and the timing of the answered is delayed
do not despair of it
HIS reply to you is guaranteed
but in the way HE choose
in the moment HE desires
not the moment you ask!!"

Saturday, June 7, 2008

=aku hanya adaMu ya Allah=

Aku tak tahu di mana hendak ku mulai..tapi yang pasti orang yang melihat tak sama dengan orang yang merasa..orang yang memandang tak sama dengan orang yang memikul..

Manusia hanya mampu berkata sabar..tapi hendak melaksanakan itu mengambil masa..memerlukan ketahanan dan kekuatan fizikal..dan juga kekuatan dalaman..iaitu iman dan taqwa..

Allah sayangkan mereka yang pasti!!

Redha lah wahai insan dengan ujianNya..kamu tidak tahu di sana ada nikmat besar yang menanti..biar la apa orang nak kata..orang pandang kita serong..orang kata keji..orang tengok meluat dan jelik..

Pandangan mata selalu menipu

Pandangan akal selalu tersalah

Pandangan nafsu selalu melulu

Pandangan hati itu hakiki

Kalau hati itu bersih..

Lupakan pandangan manusia..

Biar kita rendah di bawah pandangan manusia..tapi nama kita tinggi di kalangan penghuni langit..

Tidak tertanggung rasa beban yang menyesakkan dada..memberati kepala..ya Allah aku mohon denganMu Kau berilah aku kekuatan..untuk terus ku melangkah..bantulah aku..

Aku hanya ada Mu ya Allah..

Aku harap hanya pada Mu ya Allah..

Aku hanya ada Mu ya Allah..

Tuesday, June 3, 2008

::specialty...try this::

saje main test ni...mengisi masa lapang di kala otak penat memulun..ye ke??study ke aku??hehe..

but it is a long way to go..a long journey to walk n go through..if you want your dream to come true..you must work hard to achieve it..even though you have to face all the diffuclties..all the problems..Allah make all this to built your strength..for you to face your future life..trust and have faith in Allah..Allah always by your side..HE always give the best to you..

Rank



Specialty














Score
1



physical med & rehabilitation














46
2



hematology














46
3



med oncology














45
4



rheumatology














45
5



occupational med














44
6



radiation oncology














44
7



psychiatry














43
8



pathology














43
9



otolaryngology














42
10



obstetrics/gynecology














42
11



thoracic surgery














42
12



radiology














42
13



pulmonology














42
14



nephrology














42
15



plastic surgery














42
16



dermatology














42
17



anesthesiology














42
18



colon & rectal surgery














41
19



endocrinology














41
20



ophthalmology














41
21



infectious disease














41
22



nuclear med














41
23



preventive med














40
24



aerospace med














40
25



gastroenterology














40
26



allergy & immunology














40
27



cardiology














39
28



general surgery














39
29



neurology














39
30



neurosurgery














39
31



orthopaedic surgery














39
32



pediatrics














39
33



urology














38
34



general internal med














38
35



family practice














38
36



emergency med














38




for those who want to try this..plz go to university of virginia

have a nice try..(^_^)

jom pulun memulun n hafal menghafal for physio yg best!!