Tuesday, October 25, 2011

untuk adik2 yang disayangi

bismillahi walhamdulillah...

sudah lama saya ingin menulis surat cinta buat adik-adik seperjuangan yang diri mereka sangat Allah sayang.merekalah insan yang dipilih Allah untuk menjadi seorang yang tabah dan cekal.

wahai adik2 yang disayangi, ingatlah ujian bukan membuatkan kita lemah tetapi mampu membina kekuatan jika kita menyelak tabir hikmah yang ada.janganlah berputus asa.inilah masa untuk kita muhasabah dan mendekatkan diri kepadaNya.jangan hiraukan bisikan syaitan yang bakal mematahkan akal sihat kita.abaikan juga kata-kata yang membingitkan telinga.

bangunlah wahai jiwa yang telah berusaha dan bertawakal padaNya.anda telah berusaha sebaiknya tetapi rezeki anda Dia simpan untuk suatu waktu yang terbaik buat anda.saya bukanlah insan yang layak untuk menguraikan mutiara kata semangat buat adik-adik semua.namun atas permintaan seseorang saya tuliskan juga.moga-moga kata yang bakal terluah ini mampu menyelusur masuk ke hati-hati untuk bangkit meneruskan perjuangan kita yang masih panjang.

saya juga pernah melalui jalan yang adik-adik lalui sekarang.pernah gagal dan pernah mengulang tahun.tapi atas nasihat dan semangat dari ayah bonda, sahabat-sahabat dan housemates saya bangun!tanpa menoleh ke belakang gagal kali kedua saya istikhoroh sama ada mahu meneruskan perjuangan di bumi mesir atau tidak.akhirnya Allah masih memilih saya untuk terus berjuang di sini.banyak hikmah yang saya singkap untuk dua tahun kebelakangan ini.alhamdulillah~

terima kasih buat adik beradik PUTERI yang tak pernah meninggalkan saya dan tidak putus-putus mendoakan yang terbaik buat saya.tidak lupa buat ahli beyt yang selalu menceriakan dan merawat duka saya.tak saya lupa jasa mereka terutama kanutt yang selalu bebel kat saya!kata-kata dan cerita dia saya sematkan dalam hati moga suatu hari nanti saya dapat lalui dan belajar apa yang dia cerita...alhamdulillah bile saya dengar apa yang doktor ajar kat kelas 'macam pernah dengar je'..saya senyum sendiri, ni macam pernah soal kanutt je..hahaha.

sekarang adik-adik perlu setting balik niat, kenapa saya nak amik medik ni?kenapa saya datang sejauh ini?setting kan kembali niat asal anda pada mula-mula anda mencecahkan kaki di bumi mesir yang penuh debu ini.jangan pernah menyerah kalah.jika niat anda betul dan ikhlas, Allah akan mudahkan.

kemudian settingkan balik jadual hidup anda.jangan ingat anda gagal kali ini anda akan gagal lagi pada masa akan datang.hidup perlu diteruskan.muhasabah kembali kenapa aku diuji begini.adakah hak yang aku belum tunaikan?hak sesama ahli beyt hak sesama sahabat atau siapa sahaja.paling penting adakah aku tunaikan hak Dia Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Allah tidak akan menguji hambanya melainkan dengan kemampuan.pusingkan kembali tabiat atau cara study.maybe pada masa itu ada cara yang salah yang patut dibetulkan.akhir sekali ingatlah Allah sentiasa kerana Dia tidak pernah melupakan hambaNya..ihfazillah yahfazka!

-kegagalan lalu menjadikan saya seperti yang anda lihat saya sekarang...



Tuesday, October 4, 2011

Wedding Najwa & Nabil

bismillahi walhamdulillah

seorang lagi sahabat yang telah selamat melangsungkan perkahwinan beliau.najwa nor hisham dengan pasangannya nabil abas.saya simpan sayu hati ini kerana tidak dapat menghadiri majlis di kedua-dua belah pihak.semasa majlis walimah di kota bharu (sebelah perempuan) majlis tersebut berlangsung pada hari yang sama walimah sepupu dan untuk di KL (sebelah lelaki) saya berada jauh menyeberangi laut china selatan.

wa yang saya rapat selepas saya keluar dari matrikulasi iium di PJ atas perkenalan dari sahabat baik cik sanah dan kiniey.kalau dulu saya berziarah ke uia kuantan merekalah yang menjadi tourist guide saya!haha.merekalah tempat saya berkongsi cerita dan pengalaman.cuma balik kali ini saya tidak berkesempatan untuk berbuat demikian.maaf sahabat andai diri ini tidak menghubungi...tetapi sedih setiap kali  saya belek muka buku itu!biarlah saya menjadi silent reader dan stalker, itu lebih baik.

wa saya tiada hadiah istimewa untuk wa.cukuplah saya doakan wa dan beyt muslim yang dibina berkekalan hingga ke syurganya.smoga dikurniakan zuriat soleh solehah penyambung ummat perjuangan Rasullullah saw. barakahullakuma wabara 'alaikuma wajama'a bainakuma filkheir:)

Senyuman dia dah cukup membahagiakan saya. Saya gembira dia bahagia. May Allah bless, both. Ameen.
-kate mereka


lots of love,
zaty
bintulu, sarawak
1.11am