Friday, February 23, 2007

_tanggungjawab jihad_

Sabda Nabi s.a.w Maksudnya: "Sesiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang (jihad) dan tidak pernah berlintas dalam dirinya untuk berperang (berjihad), maka dia mati atas satu cabang nifaq (kemunafikan)" *1

Huraian..

Hadith ini memasukkan mereka yang tidak menyertai jihad atau berhasrat menyertai jihad sebagai golongan yang mati di atas satu cabang dari nifaq (sifat munafiq). Ini kerana sifat golongan munafik sejak pada zaman Nabi S.A.W. takutkan dan enggan menyertai perang jihad.

Perkataan jihad di dalam Islam memang luas maksudnya. Ianya merangkumi, jihad harta benda, pendidikan, dakwah dengan lisan, penulisan dan seumpamanya. Namun apabila kita menyebut peperangan atau di dalam bahasa Arabnya al-Harb, atau disebut sebagai al-Jihad al-Qitali iaitu jihad peperangan atau mungkin diterjemahkan sebagai perang jihad maka kita maksudkannya ialah peperangan menentang musuh demi menegakkan al-din dengan senjata. Kata al-Zurqaniy (wafat 1222H):


"Jihad di segi syarak ialah mencurahkan tenaga dalam memerangi golongan kuffar" *2


Islam tidak memerangi golongan kuffar melainkan dengan alasan yang kukuh iaitu pencerobohan atau kemelampauan terhadap umat Islam. Inilah pegangan jumhur (majoriti) ulama bahawa `illah (punca) sebenar mereka diperangi ialah (al-Hirabah) iaitu kerana penentangan dan peperangan yang mereka lancarkan. Oleh itu, bagi golongan non-muslim yang tidak melancarkan peperangan dan permusuhan mereka terhadap umat Islam, maka mereka tidak diperangi dan dibunuh. Antara dalil-dalil dalam perkara ini ialah ayat-ayat berikut:

Firman Allah :


(maksudnya): "Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas" (Surah al-Baqarah: ayat 190)

Juga ayat 36 daripada Surah al-Taubah:

(yang bermaksud): "Perangi golongan musyrikin itu keseluruhannya seperti mana mereka mereka memerangi kamu keseluruhan".




Pengajaran Semasa

1. Umat Islam hari ini adalah bertanggungjawab untuk membela saudara muslim yang sedang ditindas di serata dunia. Jihad dalam peringkat sebegini boleh mencapai ke peringkat fardu `ain, terutama ke atas bahu para pemerintah umat.


2. Jika kita tidak mampu untuk membela saudara kita kaum muslimin lain yang tertindas disebabkan halangan-halangan yang ada, maka kita hendak berazam satu hari nanti untuk melaksanakan tanggungjawab itu apabila Allah membuka ruang untuk kita.


3. Antara tanda umat Islam berazam membela saudara mereka yang tertindas ialah dengan cara membina kekuatan persenjataan negara-negara umat Islam dan memastikannya berada di tangan mereka yang berhasrat membela umat.


..diri kita di mana...?

adaptasi..
nur_izz

Thursday, February 22, 2007

_mission n vision_



my mission n vision..

Tuesday, February 20, 2007

..kepenatan berganda..

alhamdulillah syukur pada ilahi setelah hampir 2 minggu igazah(ijazah=cuti=holiday) telah masuk ke semester kedua tahun pertama kuliyyah.

walaupun result mid year xm xberapa power..tp syukur ku padaMu ya Allah kerana masih kurniaan kan secebis kejayaan.alhamdulillah.

naik sem baru..jadual tersangat la pack.almost everyday lecture start pkul 8 sampai 4.ponat..ponat..tp ku gagahkan jua untuk org tersayang n amanah yg dibawa..

ya Allah,
kurniakan aku kekuatan untuk menempuh mehnah dan duri perjuangan.pandulah aku supaya xterbabas dari garisan sebenar.tolonglah aku,permudahkan segala urusanku..

kurniakan kejayaan kepadaku..bantu lah aku dalam urusan pembelajaran ku..permudahkan segalaNya..

ya Allah..ameen!!!

Thursday, February 1, 2007

_inspiration(^_^)

to the sun that brighten everyday and fill world with love..

to the moon that lighten the darkness and helps others find their way..

to the great heart that captured all small heart..

i give my admiration,respect n love...


adapted from web dr adel bondok www.abondok.jeeran.com

_doa seorang kekasih_

lirik utk dihayati..

Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
Andai diriMu tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharap teman setampan Yusuf,
Jika kasih tak setulus Zulaikha.
Tak perlu mencari teman seteguh Ibrahim,
Andai diri tak sekuat Hajar dan Mengapa didamba teman
hidup sesempurna Muhammad .......

oh Allah..
seandainya telah Engkau catatkan dia milikku..
tercipta untuk diriku..
satukanlah hatinya dgn hatiku...
titipkanlah kebahagiaan

ya Allah..
kupohon ape yg telah Kau takdirkan
kuharap dia adalah yg terbaik buatku
kerana Engkau tahu segala isi hatiku
pelihara daku dari kemurkaanMu

ya Tuhanku yg Maha Pemurah
beri kekuatan jua harapan
membina diri yg lesu xbermaya
smaikan stulus kasih dijiwa
kupasrah kepadaMu kurniakan aku
pasangan yg beriman bisa menemani aku
supaya ku dan dia dapat melayar bahtera
kembara cinta yg Engkau redhai

ya Allah..oh tuhan..
seandai dia menjadi milikku
satukanlah

ya Tuhan ku yg Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
dgrkan rintihan hambaMu ini
jgn Engkau biarkan ku sendiri
agar ku bisa bahgia walau tanpa bersamanya

gantikanlah yg hilang
tumbuhkan yg telah patah
kuinginkan bahagia di dunia dan akhirat
padaMu Tuhan ku phon segala

hadirnya tanpa ku sedari
menggamit kasih cinta bersemi
hadirnya cinta insan padaku ini
anugerah kurniaan ilahi

lembut tutur bicaranya..
menarik hatiku untuk mendekatinya
kesopanannya memikat di hati
mendamaikan jiwaku yg resah ini

ya Allah jika dia benar untukku
dekatkanlah hatinya dgn hatiku
jika dia bukan milikku
damaikan lah hatiku dgn ketentuanmu

dialah permata yg dcari selama ini...
baru kutemuai
tp ku xpasti rencana ilahi
apakah dia kan kumiliki
tidak sekali dinodai nafsu
akan kubatasi sgn syariatMu
jika dirinya bukan untukku redha hatiku dgn ketentuaanMu

ya Allah tempat ku bergantung harapanku
kuharap diriku sentiasa di bwah rahmatMu

andainya dapat engkau mendgrkan suara
dihatiku melagukan rindu
kiranya engkau mampu mentafsirkan setiap
bait kata-kata yg terucap..

pasti dirimu kan memahami harapan kasih yg terbina
sekian lamanya disudut hatiku hanyalah untukmu
bukanlah aku sengaja melindungi rasa di jiwa
namun bimbang diri kan terleka..
hanyut dibuai angan dan mimpi indah
singga terabai segala cita
sedang khayalan tak menjanjikan
segunung kebahagiaan
sebagai mahar hantaran
apakah mungkin engkau mengerti
setiap cinta yang dilafazkan
bukanlah sekadar mainan
tetapi sebuah janji
hanyalah untuk mu..

jika ada kelemahan
pada dirimu dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikkan
Carilah kebaikkan pada dirinya
Bersyukurlah kerana dapat dipertemukan dengannya dan
Berdoalah agar dia menjadi milikMu selama-lamanya. .....Amin.

-ayat ke-58 surah yaasin-

ﺴﻟﻡ ﻘﻮﻻ ﻤﻦ ﺮﺐ ﺮﺤﻴﻤ

diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan maha kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku.

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang dan mencintai islam.

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan penghantar maklumat yang aku dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin.

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang beriman kesihatan zahir batin.

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan AMINNNNN.